Google update Page Rank ke?

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku nak tanya ni Google sedang update Page Rank ke? 3 hari lepas ketika aku sibuk kemas kini akaun iWEBTOOL (bagus join ni untuk analisa blog kita), aku terperasan Page Rank denaihati dah jadi PR0. Semalam banner Page Rank yang aku tampal di sidebar dah berubah status dan ini meyakinkan aku bahawa Google sedang update Page Rank. Apalagi aku pun gunakan beberapa PR checker seperti My PageRank dan Google PageRank dan hasilnya sama PR0.

Aku redha denga penurunan status PR Denaihati. Hukum hidup ibarat roda sekali di atas sekali bawah. Hukum fizik dah jelas kalau cepat naik pasti cepat turunnya. Apabila Denaihati dengan mendadak naik dari PR0 ke PR4 dalam tempoh 3 bulan bukanlah suatu yang mengembirakan. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan status PR4 dengan blog yang baru setahun jagung. Aku juga telah melakukan beberapa kesilapan yang agak besar yang tidak mesra kepada Google dan boleh mengakibatkan penurunan status Page Rank. Aku cuba perbaiki dalam entri-entri yang terakhir ini tetapi sudah agak terlambat.

Kepada teman-teman blogger yang mahir Page Rank, APAKAH KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH DENAIHATI.COM SEHINGGA STATUS PR JATUH?? Kongsikan ILMU dan  TEGURAN anda walaupun pahit untuk diterima untuk dijadikan panduan kepada semua blogger lain.

Alexa Traffic Rank in MY pada 5/6/2010

Langkah baru bermula, perjuangan mesti diteruskan. Semangat Hidup Untuk Memberi mesti di kukuhkan. Seperti kata Ariffshah Page Rank ini misteri tugas kita menulis dengan betul selainnya terserah kepada Google. Page Rank sangat penting bagi denaihati tetapi misi paling utama adalah untuk meletakkan denaihati di Alexa Traffic Rank Malaysia top 100 dalam tempoh 1 tahun dari sekarang (kalau ada yang sudi tulis review terus ke Alexa Review).

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH DAN JANGAN LUPA PULANG ZIARAHI ORANG TUA KITA DI KAMPUNG.

@Sudikan singgah blog peserta contest ke 13 dan 14 StewardJohn.com dan Dahlia.
[ad#advertlets336]


Spread the love

291 Comments

  1. Pingback: Bila Google Update PR…. -- YoycullendotcoM

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!