Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf

January 15, 2010

Islam, IsuSemasa

Kita memulakan 2010 dengan Gerhana Bulan Separa. Gerhana Bulan Separa berlaku pada jam 1.00 – 5.00 am pagi Jumaat. Selang 15 hari pada petang Jumaat akan berlaku pula Gerhana Matahari Cincin dari jam 3.01 – 5.38 pm. Aku pernah terbaca sekiranya berlaku Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari pada hari jumaat dalam bulan yang sama adalah pertanda akan berlaku bencana besar. Maaflah puas aku selongkar untuk cari sumber cerita ini tapi masih belum terjumpa.

Pada 12/01/2010 jam 4.53 pm waktu Malaysia telah berlaku gempa yang sangat hebat di Haiti yang membunuh ratusan ribu jiwa. Aku ada terbaca satu pesanan di Twitter yang menyatakan bahawa jumlah korban di Haiti mungkin mencecah 500,000 orang. Kalau mengikut tanda Gerhana ini Kita tunggu apalagi bencana besar akan menimpa manusia yang semakin jauh dengan Allah sehingga kalimah Allah pun manusia politik dan rebutkan.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Apabila terjadi gerhana matahari, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu.

Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat menjadi makmum kerana Allah

Cara Solat Kusuf :

1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.

Semuga Allah swt memilih kita hendaknya.

@Sila rujuk Hidup Biar Sedap untuk cara melihat gerhana matahari.

@Sila rujuk Aku Dan Kamu untuk melihat waktu paling tepat berlaku gerhana matahari di kawasan anda.

@Boleh juga terus ke Falak Online.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:30 pm

    Shalat Khusuf adalah shalat sunnah ketika terjadi gerhana bulan, sedang shalat kusuf adalah shalat sunnah ketika terjadi gerhana matahari.
    Entri terbaru Bang Iwan – Daftar Lengkap Nominasi dan Pemenang Piala Citra FFI 2010My Profile

    • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:30 pm

      Pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah pendapat Abu Awanah dan sebuah riwayat dari Abu Hanifah yang menyatakan wajibnya shalat gerhana. Hal ini berdasarkan perintah yang terdapat dalam hadits Abu Bakrah di atas dan semisal dengannya hadits Al-Mughirah, Aisyah, Ibnu Umar, dan Ibnu Abbas, yang semuanya menyebutkan adanya perintah Nabi shallallahu alaihi wasallam untuk mengerjakan shalat ketika terjadi gerhana.
      Entri terbaru Bang Iwan – Daftar Lengkap Nominasi dan Pemenang Piala Citra FFI 2010My Profile

      • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:31 pm

        Ini adalah pendapat yang dikuatkan oleh Asy-Syaukani, Shiddiq Hasan Khan, Al-Albani, dan Ibnu Al-Utsaimin rahimahumullah. Dan Asy-Syaikh Ibnu Al-Utsaimin menyatakan, “Jika kita mengatakan hukumnya wajib, maka yang nampak wajibnya adalah wajib kifayah.”.

        • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:31 pm

          Tidak ada azan dan iqamah sebelumnya, yang ada hanyalah seruan untuk shalat berjamaah. Hal ini berdasarkan hadits Abdullah bin Amr di atas.

          • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:32 pm

            Hadits-hadits yang datang dalam masalah ini menerangkan pelaksanaan shalat gerhana ini disunnahkan untuk dikerjakan secara berjamaah.

    • Bang Iwan December 7, 2010 at 4:33 pm

      Gerhana matahari (kusuf) dan bulan (khusuf) termasuk dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang dengannya Dia mempertakuti para hamba-Nya. Karenanya Ar-Rasul alaihishshalatu wassalam telah mensyariatkan untuk mengerjakan shalat ketika salah satu dari kedua tanda ini terjadi.

  • Bang Iwan September 5, 2010 at 3:38 pm

    Dari hal itu semua shalat memiliki kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, sehingga layaklah setiap insan yang mengaku dirinya muslim untuk melaksanakan printah shalat dengan sebaik-baiknya dan menjadikan shalat sebagai kebutuhan bukan kewajiban yang membebani diri sehingga ketika menunaikan ibadah ini dilakukan dengan baik dan khusyu .
    Entri terbaru Bang Iwan – Yes I am the WinnerMy Profile

  • Bang Iwan September 5, 2010 at 3:37 pm

    Shalat merupakan ibadah yang sangat penting, selain merupakan salah satu rukun Islam yang lima, shalat juga merupakan tiang agama, pembeda antara iman dan kafir dan amalan yang akan pertama dihisab oleh Allah pada hari kiamat nanti.
    Entri terbaru Bang Iwan – Yes I am the WinnerMy Profile

  • Bang Iwan September 5, 2010 at 3:27 pm

    mari Kita hidupkan sunnah Nabi agar sunnah menjadi kebiasaan umat islam dan tidak asing dimata umat islam pada saat ini.
    Entri terbaru Bang Iwan – Yes I am the WinnerMy Profile

  • munir ardi August 23, 2010 at 9:50 am

    Gerhana adalah sebuah tanda-tanda kebesaran Nya

  • Kujie January 15, 2010 at 10:53 pm

    Kak Jie tengok gerhana tadi, guna filem yang dilipat 2 supaya lebih tebal dan gelap . Alhamdulillah dapat juga bersolat sunat
    .-= Kujie´s last blog ..Keputusan Kemasukkan Ke Sekolah Berasrama Penuh Anak Saya =-.

  • ratusalju January 15, 2010 at 7:37 pm

    td dapat solat sunat gerhana..namun gerhana ni adalah 4 perkara besar yg telah berlaku pada hari jumaat..erm,rmai yg da mengkaji tentang perkara2 besar ni sbgai petanda kiamat.takut dan haap sntiasa pda rahmat Allah~
    .-= ratusalju´s last blog ..Selamat Tinggal Dunia Mengajar =-.

    • denaihati January 15, 2010 at 7:57 pm

      @ratusalju, itulah yang saya baca dari sumber-sumber sebelum ini.

  • temp. housewife January 15, 2010 at 2:45 pm

    subhanallah.
    .-= temp. housewife´s last blog ..Waterlemon, Binanna & mashmallow . =-.

  • Mr.Bintang January 15, 2010 at 12:01 pm

    yay.. hehe.. x sabar nk tngok nnt.. :)

    • ratusalju January 15, 2010 at 7:38 pm

      @Mr.Bintang, x dapat nak tgok la sbb x pakai spek..hahahah~ tyme tu pon ngah ngaja..adeyhhh
      .-= ratusalju´s last blog ..Selamat Tinggal Dunia Mengajar =-.

      • Steward John August 16, 2010 at 8:18 am

        Ler.. kan boleh ada alternatif lain tu.. kalau dulu kami just tengok dekat TV jer benda ni..
        Entri terbaru Steward John – Webhosting Promotion- Get free DomainMy Profile

    • Steward John September 5, 2010 at 3:45 pm

      Bila lagi rasanya benda macam ni akan berulang? Kejadian yang jarang2 berlaku ni rugi kalau tak disaksikan sendiri.

  • yangbaik January 15, 2010 at 10:30 am

    kejadian gerhana jarang-jarang berlaku …

    • Precious January 15, 2010 at 11:39 am

      @yangbaik, yang jarang2 inilah yg kita nak tengok. Lepas ni, lama lagilah fenomena ini akan berulang.
      .-= Precious´s last blog ..Gerhana Matahari Separa =-.

      • Steward John September 5, 2010 at 3:43 pm

        Kalau ada fenomena tahi bintang depan mata lagi best kan… benda ni memang jarang sangat berlaku.

    • beliamuda January 15, 2010 at 12:01 pm

      @yangbaik, kalau tak silap, kita hanya boleh melihat gerhana matahari seterusnya pada 2016.
      .-= beliamuda´s last blog ..Mencari Si Dia Yang Secomel Tiz Zaqyah, Eira Syazira dan Memey Suhaiza =-.

      • Hidup Berani untuk Gagal January 15, 2010 at 7:27 pm

        @beliamuda, emm, lama nya tu.. Ntah bumi ni masih ada ke x de..
        .-= Hidup Berani untuk Gagal´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.

        • Steward John July 25, 2010 at 3:17 pm

          Tu la pasal.. tapi agaknya bumi masi ada lagi tu. hehe

      • Steward John July 25, 2010 at 3:16 pm

        Lamanya lagi jangkamasa tu.. Entah sedar ker tak gerhana seterusnya

    • Steward John July 25, 2010 at 3:18 pm

      Tu la perlu manfaatkan masa yang ada.. takut pula gerhana waktu tu merupakan gerhana terakhir kita kan.. siapa la yang tahu sangat.

  • eyriqazz January 15, 2010 at 10:10 am

    Belum pernah lagi tengok sendiri gerhana matahari…masih belum berani utk melihat.
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Hanis Zalikha =-.

    • Precious January 15, 2010 at 11:37 am

      @eyriqazz, saya pun pernah tengok. Kalau nak tengok ada cara yg betul. Salah cara boleh memudaratkan …
      .-= Precious´s last blog ..Anak Hisap Rokok =-.

      • denaihati January 15, 2010 at 11:38 am

        @Precious, kongsikanlah cara yang betul tengok gerhana matahari untuk panduan semua

        • Precious January 15, 2010 at 3:18 pm

          @denaihati, aku dah menyahut seruan ko supaya buat entri cara2 tengok gerhana walaupun aku bukan seorang expert. Hahahaaa… tapi aku seorang yg rajin membaca meluaskan pengetahuan. Hihiiii, puji diri sikit .. jom baca!
          .-= Precious´s last blog ..Cara-cara Tengok Gerhana Matahari =-.

          • Hidup Berani untuk Gagal January 15, 2010 at 7:22 pm

            @Precious, bagus ni.. maklum lah x penah tgk..
            .-= Hidup Berani untuk Gagal´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.

          • Steward John July 25, 2010 at 3:12 pm

            Wa, cara2 mau tengok gerhana matahati? Saya masih teringat kami selalu guna filem tu atau pun melalui bayang2 dekat air saja.. hehe
            Entri terbaru Steward John – DoFollow and NoFollowMy Profile

      • Steward John July 25, 2010 at 3:15 pm

        Ha.. pernah juga terbaca pasal ni.. yer la, kalau silap teknik, boleh jadi buta..
        Entri terbaru Steward John – DoFollow and NoFollowMy Profile

    • beliamuda January 15, 2010 at 12:00 pm

      @eyriqazz, tgk terus mmg tak boleh. lagikan bahaya pula.
      .-= beliamuda´s last blog ..Gambar Gempa Bumi di Haiti =-.

  • beliamuda January 15, 2010 at 10:04 am

    kejadian gempa bumi di Haiti sangat menyedihkan. melihatkan mangsa yang cedera, mereka2 yang telah kehilangan rumah dan kerosakan yang teruk, ianya satu bencana yang besar.
    .-= beliamuda´s last blog ..Kejadian Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari =-.

    • Precious January 15, 2010 at 11:30 am

      @beliamuda, Memang ini adalah amaran dari Allah. Sudah banyak amaran yg diberi. Bila manusia nak sedar …
      .-= Precious´s last blog ..Gerhana Matahari Separa =-.

      • beliamuda January 15, 2010 at 11:57 am

        @Precious, yang lebih ditakutkan, kita hanya akan sedar apabila bencana seperti ini melanda negara kita sendiri.
        .-= beliamuda´s last blog ..Kejadian Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari =-.

        • Steward John July 25, 2010 at 3:14 pm

          Kalau manusia namanya, bila benda tu berlaku depan mata baru nak mula percaya..
          Entri terbaru Steward John – DoFollow and NoFollowMy Profile

Trackbacks