eQurban.com peluang membantu sesama manusia di Kemboja

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, eQurban.com memang sudah tidak asing kepada pengunjung blog denaihati selain sering menjadi sponsor kepada beberapa contest, blog denaihati juga adalah rakan usahasama kepada eQurban.com.

eQurban.com melangkah setapak lagi di tahun 2011 apabila laman website dengan penampilan baru yang sudah diubahsuai akan dilancarkan pada bulan Jun akan datang.

Tujuan utama eQurban.com ditubuhkan adalah penyokong projek ternakan lembu usahasama Al-Ansar Agro (Malaysia) dan Koperasi Muslim Kemboja untuk menjana ekonomi bagi membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif dan ketinggalan dalam semua bidang. Alhamdulillah pada tahun pertama operasi lebih 120 ekor lembu telah dapat dikorban dan aqiqahkan.

Perjalanan masih jauh untuk eQurban.com melangkah membantu masyarakat Islam Kemboja. Dengan pelancaran website baru yang disertai program Affiliate untuk memberi peluang semua blogger di Malaysia, Indonesia, Singapore dan 1Dunia ikut serta membantu meningkatkan ekonomi umat Islam Kemboja.

Jika syarikat Qurban yang lain gunakan radio Ikim.fm atau suratkhabar sebagai tempat promosi, eQurban.com telah mengambil keputusan untuk kongsikan kos promosi dengan seluruh blogger yang menjadi rakan niaga melalui sistem Affiliate eQurban. Setiap 1 bahagian yang dijual oleh rakan niaga eQurban akan mendapat komisen RM15 dan RM105 untuk setiap 1 ekor lembu.

Insyallah semuga dengan cara ini dengan izin Allah kita akan mendapat pesanan Korban yang lebih banyak untuk tahun 2011 dan sudah pasti ianya akan memberi manafaat semua yang terlibat terutamanya umat Islam Kemboja.

Kepada semua blogger yang berminat untuk menjadi rakan niaga eQurban sila ke eQurban.com dan daftar sebagai rakan niaga di Affiliate. Insyallah blogger yang menjadi rakan niaga akan dijemput dipelancaran website eQurban.com pada bulan Jun ini. Kalau ada rezeki tak mustahil rakan niaga eQurban yang mendapat pesanan kurban tertinggi akan dibawa ziarah keluarga Islam cambodia.

Jangan lepaskan peluang untuk membantu sambil menjana pendapatan kan hidup ini untuk memberi insyallah pasti akan merasa. Jooomm jadi Rakan Niaga eQurban

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

71 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!