Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Pasti ramai pembaca baru yang terjumpa blog ini kerana kata kunci “Dividen Tabung Haji 2016” merupakam antara carian yang paling banyak di blog ini.
Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman Dividen dan Bonus oleh Tabung Haji yang merentap hati pelabur kerana nilainya lebih rendah berbanding Dividen dan Bonus 2015. Tabung Haji mengumumkan dividen dan bonus 2016 adalah 4.25 sen seunit dan bonus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen berkurangan berbanding tahun 2015, kerana pelaburan Tabung Haji adalah pelaburan patuh syariah untuk jangka masa panjang. Pelaburan Tahung Haji ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka diajar untuk melabur pada berbagai bakul pelaburan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari sifu pelaburan Azizi Ali yang merupakan jutawan pelaburan. Abang juga belajar ilmu pelaburan melalui perkongsian sifu-sifu yang lain. Semakin banyak ilmu semakin bijak kita menguruskan pelaburan dan kewangan.
Pesan guru Abang jangan fokus hanya satu jenis pelaburan kerana setiap pelaburan ada risikonya. Kalau satu bermasalah yang lain akan dapat membantu. Contohnya hanya fokus hartanah sehingga ada berbelas-belas rumah dah macam jadi agen hartanah. Agen dan pelabur hartanah adalah dua perkara yang berbeza.
Selamat melabur dan jangan lupa indaq sebahagian daripada dividen dan bonus untuk rezeki yang berganda-ganda. Itu janji TUHAN.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
60 Comments
Alhamdulillah, untung betul ada tabung haji
.
urusan haji kita banyak dibantunya
Curahan rasa Mazni Klang @ ..Kebaikan Vivix Shaklee 5 Soalan Kontroversi Dan Testimoni Pengguna
When some one searches for his vital thing, so he/she needs to be available that in detail, thus that thing is maintained over here.
Curahan rasa metoprolol.piba.info @ ..metoprolol.piba.info
Wonderful beat ! I wish to apprentice at the same time as you
amend your web site, how can i subscribe for a weblog web site?
The account helped me a applicable deal.
I have been tiny bit acquainted of this your broadcast
provided vibrant clear concept
Curahan rasa Clyde @ ..Clyde
Selama nie menyimpan untuk tabungan haji dan simpanan sendiri. Nanti bolehlah check dividen dan bonus sekali. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Fungsi Magnesium Yang Semua Orang Patut Tahu Supaya Badan Tak Sakit Sana Sini
harap benda baik sebegini ada la faedah berbanding simpanan lain…kerana wang kebanyakan buta hati haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Proses Kejadian Fenomena Buih ‘Cappuccino Foam’ Pantai Balok
Makasih sudah berbagi pengalaman tentang haji nya jadi banyak tahu saya, salam kenal ya bang…
Curahan rasa Ali Afif @ ..Puisi : Sajak Patrialis
Ekonomi tak berapa nak okeh nih dividen pulak rendah, hurmmm harap-harap thn 2017 nanti naik balik aaa…
Curahan rasa Supernifz @ ..Bagaimana Atasi Masalah Rambut Beruban dan Rambut Gugur
rendah gak divuden tahun ni harapnya ada peningkatan tahun depan
Curahan rasa raihanah @ ..Suami Menderita SLE Myasthenia Gravis Kini Semakin Sihat
Itu lahnya kan. Besar harapan nih kalau 2017 nanti dividen dapat naik dengan jayanya.
Curahan rasa Supernifz @ ..Bagaimana Atasi Masalah Rambut Beruban dan Rambut Gugur
mudahan tahun depan lebih baik. insya Allah. yang penting berbagaikan bakul pelaburan jika boleh…
Curahan rasa Denaihati @ ..Dividen dan Bonus Tabung Haji 2016
yang penting simpanan untuk menunaikan haji tu.. dividen tu sebagai bonus..
lagipun ekonomi agak teruk ..sukar untuk tabung haji bagi dividen tu
Curahan rasa zool @ ..Bengkel SKT di Avilion Hotel, Port Dickson
Betul tuh, nakkena konsisten menyimpan di tabung haji untuk memastikan tabungan terus meningkat.
Curahan rasa Supernifz @ ..Bagaimana Atasi Masalah Rambut Beruban dan Rambut Gugur
simpan banyak atau sikit tetap akan terima dividen. lagi bagus kalau mula menabung dari awal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan A Series Of An Unfortunate Events di Netflix
Kalau banyak simpanan, mesti seronok jer nengok bonus yang banyak jugak kan. Seronoknya lah ada simpanan yang banyakk…
Curahan rasa Supernifz @ ..Bagaimana Atasi Masalah Rambut Beruban dan Rambut Gugur
Tak kisahlah sikit ke banyak bonus dan dividen yang diterima… sebagai umat Islam kita wajib menyimpan dalam Tabung haji..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Cuma rasa terkilan sebab lambat daftar haji… saya daftar haji tahun 2013…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Saya mula buka akaun tabung haji pada tahun 2005.. dan mula bekerja pada tahun 2006..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tapi masa tu tak tahu pun keperluan kena daftar haji..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Bila ada rakan sekerja berumur 30 tahun dah pergi haji… baru tahu, kalau nak dapat tarikh giliran pergi haji, kena daftar haji dulu..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
bagus2 daftar awal awal.. mana tahu TH pilih nama utk pegi mekah awal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Kalau ada rezeki, ada kekosongan sebelum tarikh yg tabung haji beri yg dipanggil, insyaAllah tu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesaikan Masalah Berdengkur dengan Citrex Asonor
oklah tu.
niat memang simpan nak pi haji.
bukan sebab nak dividen ke hape.
syukur kalau ada.
Curahan rasa titan @ ..Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.
ya… dividen dan bonus tu semunya kira bonus le. niat asal untuk haji.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman berkawan dengan artis popular
Tak sabar nak tengok bonus tabung haji ni. Tabung haji tempat paling selamat untuk simpan duit selagi tak link dengan mana2 bank.. haha
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Bagaimana Penghidap Kanser Tahap 4 Boleh Jadi Pelajar Cemerlang
Bila baca komen ni saya pun rasa tak sabar nak semak dividen dan bonus tagung haji dalam buku akaun…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
minggu ni kot ramai kat kaunter, tunggu minggu depan le kot…hee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman berkawan dengan artis popular
Comments are closed.