Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Pasti ramai pembaca baru yang terjumpa blog ini kerana kata kunci “Dividen Tabung Haji 2016” merupakam antara carian yang paling banyak di blog ini.
Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman Dividen dan Bonus oleh Tabung Haji yang merentap hati pelabur kerana nilainya lebih rendah berbanding Dividen dan Bonus 2015. Tabung Haji mengumumkan dividen dan bonus 2016 adalah 4.25 sen seunit dan bonus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen berkurangan berbanding tahun 2015, kerana pelaburan Tabung Haji adalah pelaburan patuh syariah untuk jangka masa panjang. Pelaburan Tahung Haji ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka diajar untuk melabur pada berbagai bakul pelaburan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari sifu pelaburan Azizi Ali yang merupakan jutawan pelaburan. Abang juga belajar ilmu pelaburan melalui perkongsian sifu-sifu yang lain. Semakin banyak ilmu semakin bijak kita menguruskan pelaburan dan kewangan.
Pesan guru Abang jangan fokus hanya satu jenis pelaburan kerana setiap pelaburan ada risikonya. Kalau satu bermasalah yang lain akan dapat membantu. Contohnya hanya fokus hartanah sehingga ada berbelas-belas rumah dah macam jadi agen hartanah. Agen dan pelabur hartanah adalah dua perkara yang berbeza.
Selamat melabur dan jangan lupa indaq sebahagian daripada dividen dan bonus untuk rezeki yang berganda-ganda. Itu janji TUHAN.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
60 Comments
Tak semak lagi bonus TH dapat berapa. Ya betul tu nak buat pelaburan kena pelbagai tapi yang paling penting pelaburan ilmu agar tidak rugi di kemudian hari.
Curahan rasa emalin mohd @ ..Sakit Sebelum Datang Period Dan Ubat Untuk Mengatasinya
Alhamdulillah, ada divoden sikit untuk simpanan Tabung Haji. Semoga lepas ni akan bertambah lagi dividennya. hehe
Marilah kita sama-sama berdoa supaya ekonomi negara kita semakin pulih…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
bila dah pulih nanti mungkin dividen dan bonus tabung haji boleh meningkat semula…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
tak boleh melabur atas 1 tabung je, kena pelbagaikan tabung pelaburannya.
wang ringgit tidak menyimpan nilai 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cara Beli Emas Public Gold Melalui Akaun GAP Kali Pertama
Ya betul..
Sebaiknya pelbagaikan cabang pelaburan.. bila nilai ringgit jatuh, wang kertas sudah jatuh nilainya..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tapi siapa yang menukarkan wang kertas kepada emas fizikal masih boleh tersenyum..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Sebab harga emas dinilai berdasarkan mata wang US dollar.. tetap mahal nilainya berbanding ringgit…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Saya setuju…
Tukarkan simpanan kertas kepada emas. Mulakan dengan emas serendah 0.5gm. Sikit-sikit kama2 jadi bukit. 🙂
Curahan rasa sharimah @ ..RAMBUT LEBAT : CARA MELEBATKAN RAMBUT BAYI
alhamdulillah anak-anak semu dah ada akaun tabung haji, sikit-sikit menyimlan lama2 jadi bukit
Curahan rasa ajumohit @ ..Buggy Stroller yang ringan, mudah lipat dan jimat ruang
okay la kan dari takde langsung.. baik mula menabung awal2.. tengok2 dah banyak. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia
Kalau dicampurkan dividen dan bonus banyak jugak turunnya tu.. tapi bersyukur dengan rezeki yang ada..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Alhamdulillah. Itu rezeki dari Allah. Pelbagaikan pelaburan.. Amanah Harta Tanah Bumiputra adalah alternatif yang terbaik juga.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Mencari hotel di Kuantan.
Dapat hasil dari pelaburan tabung haji.
Seronok juga tu.
Kena tambahkan menyimpan yea.
Walupun sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah
Dapat hasil dari pelaburan tabung haji.
Seronok juga tu.
Kena tambahkan menyimpan yea.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Bubur Kacang Hijau Mudah
Turun 1% sahaja, tapi masih berjaya memberikan pulangan, syabas Tabung Haji.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Masih ada pulangannya. aset Tabung Haji Malaysia juga ada di Indonesia, sentiasa mengukuhkan pelaburannya. tak risau sentiasa buat untung .
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesaikan Masalah Berdengkur dengan Citrex Asonor
Alhamdulillah, syukur… 🙂 tabung haji mmg terbaik walaupun menempuh byk dugaan, salah satu pelaburan yg patuh syariah.
Alhamdulillah.. saya juga setuju dengan tuan.. tabung haji bentuk pelaburan yang patuh syariah..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Boleh diyakini 100% jika hendak dibandingkan dengan pelaburan yang lain.. sebab tu kita kena pilih tabung haji.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
syukur alhamdulillah. tu lah, bagus buka akaun utk anak2 kecik awal2, bila dia dah besar dah besar tabungannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Nilai duit di mata manusia kerana ramai tidak menghargai
nasi baik dah lama menabung di TH.. walaupun tak banyak, sekurang2nya dapat jugak hasil
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga dan Spesifikasi Oppo R9S Malaysia
Alhamdulillah, jumlah yang memuaskan dalam keadaan ekonomi sekarang. Harapan agar ianya lebih baik tahun 2017 nanti
Curahan rasa MySemakan @ ..Jumlah Bonus Tabung Haji 2016 Kadar Hibah Tahunan
syukur alhamdulillah. mudah-mudahan 2017 lebih baik nanti, walaupun macam susah dgn ekonomi dunia sekarang ni je tapi tak mustahil kot.
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit
syukurlah dapat byk ni gak dgn ekonomi skang..mujurlah tak tertumpu melabur dlm TH je..pelbagaikan instrumen pelaburan
syukur alhamdulillah. pelbagaikan pelaburan bila ada duit lebih. terbaiklah tu bro.
Curahan rasa Denaihati @ ..Usahawan untuk berjaya mesti berjiwa besar
tahun ni tak sebanyak tahun lepas, iaitu hibah cuma 4.25%. dengan ekonomi sekarang, alhamdulillah
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Menyertai Swiss-Garden Damai Laut Food & Fun Hunt
alhamdulillah. masih ada rezeki walaupun tak sebanyak taun lepas. memang tak jangkakan dividen lebih tinggi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklan
Comments are closed.