Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng

Artikel diterbitkan pada 18-02-2012 15:22

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di persidangan Malaysia World Bloggers and Social Media Weeks 2012 isu perdebatan Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli banyak diperkatakan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat, Rafizi adalah pemenang dan kepada penyokong Barisan Nasional, Khairy adalah pemenang tetapi seperti kata Khairy apabila debat tersebut tersebar di Youtube pemenangnya bukan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional tetapi kepada Demokrasi Malaysia.

Selama ini rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik emosi samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Banyak isu peribadi di paparkan dalam ceramah-ceramah kepada rakyat melebihi daripada perancangan membina negara yang lebih berjaya.

debatchuavslim Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng

Debat Politik Chua vs Lim

5.00 pm, 18/2/12 akan menjadi satu lagi sejarah apabila Dr Chua Soi Lek dari Barisan Nasional akan berdebat menentang Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng jangan di pandang siapa menang siapa kalah kerana pasti setiap penyokong akan katakan merekalah pemenang. Info dari blog ZulkboDebat Chua vs Lim yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301), akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama dan Astro Awani (501) dengan alih bahasa. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Pandangan peribadi aku apa yang nak ditunjukkan adalah kematangan ahli politik Cina berpolitik. Apa pula pandangan Rakyat Malaysia yang lain?

Kepada yang belum mengundi sila buat pilihan anda di Ramalan Pilihan Raya Umum 13 di side bar kanan. Berdasarkan keputusan terkini pengundi Atas Pagar bakal menentukan masa depan Malaysia.

Antara perkataan yang menarik dipetik dari Malaysiakini : ”DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.

Video Debat Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng (dalam bahasa Cina)

Video Debat Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Bang Iwan May 3, 2012 at 3:00 pm

    Debat seperti ini sudah menjadi kebiasaan sebelum adanya pilihan raya.
    Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012My Profile

  • lili February 23, 2012 at 11:02 pm

    aku nk tgok najib debat dgn dsai…..ade ke najib??

  • neena February 23, 2012 at 3:05 pm

    dua2nya aku tak suka

  • Obat Herbal Alami February 20, 2012 at 6:25 pm

    saya dukung aja buat para kandidat calon !

  • Dadan February 20, 2012 at 11:19 am

    kalau masalah politik saya tak ada komentar…
    Entri terbaru Dadan – Info Lowongan Kerja PLN Seleksi UI Wilayah Jakarta – 29 Februari 2012My Profile

  • manja sheila February 20, 2012 at 11:10 am

    salam. debat yang mengandungi pros and cons. debat yang jarang2 terjadi secara live antara pempimpin parti yang saling bertentangan. semoga setiap yang mendengarkan akan membuka minda dan hati. dan jangan takut makan KFC…hehhehe

  • cikgu naman February 19, 2012 at 10:42 pm

    wah..tak tengok..ruginya terleps..suka tengok debat² mcm ni..ehehe
    Entri terbaru cikgu naman – Anwar IbrahimMy Profile

  • yangbaik February 19, 2012 at 9:08 pm

    politik memang kadang2 tu pelik sikit, tetapi kerana politik juga kita punya kuasa
    Entri terbaru yangbaik – Iklan Permohonan Pra/Diploma UiTM Sesi Mei 2012My Profile

  • kakyong February 19, 2012 at 6:48 pm

    alamak.. memang tak sempat lagi nak follow debat2 ni…
    Entri terbaru kakyong – Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©My Profile

1 2 3