Contest Qurban di Kemboja

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada eQurban.com yang sudi memilih denaihati sebagai platform untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman blogger. eQurban.com adalah sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan khidmat qurban lembu di Kemboja sempena Hari Raya Aidiladha. Keunikan eQurban berbanding syarikat lain kerana lembu yang disediakan adalah ternakan usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja. Harga untuk satu bahagian qurban juga sangat kompetitif iaitu hanya RM230 untuk sebahagian. Setiap peserta qurban akan mendapat sijil setelah qurban disempurnakan dan kepada yang berminat untuk melihat proses qurban juga boleh diuruskan.

Ladang lembu usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja

Dengan semangat Hidup Untuk Memberi, sempena musim hari raya qurban tahun ini, eQurban.com bermurah hati menganjurkan Contest Qurban di Kemboja. Kepada blogger yang berminat mudah sahaja. Anda hanya perlu membuat satu entri Promosi Qurban di Kemboja kemudian tinggalkan link tersebut di ruangan komen dan share kan di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283. Mudahkan.

Apa hadiahnya?? Hadiah Qurban di Kemboja adalah 7 bahagian lembu bernilai RM230 untuk setiap bahagian disediakan kepada 7 pemenang makanya setiap pemenang akan mendapat 1 bahagian qurban. Blogger boleh buat entri di lebih satu blog tetapi hadiah hanya layak untuk seorang blogger untuk satu bahagian sahaja.

Bagaimana pemenang dikira tu?? 7 blogger yang mendapat klik LIKE tertinggi di http://www.facebook.com/pages/Denaihaticom/131306343566283 akan dikira sebagai pemenang contest Qurban di Kemboja.

Siapa yang layak untuk join?? Semua blogger Islam yang berada di atas muka bumi Allah.

Tarikh tutup : Contest Qurban di Kemboja akan ditutup secara rasmi pada 11.59pm 19/10/2010.

Pertanyaan : Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru. Kepada yang hendak terus menempah qurban sila terus ke eQurban.com. Infaq baju terpakai juga diterima.

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

[ad#nuffnang336]


Spread the love

71 Comments

    1. Untuk qurban seekor lembu akan dibahagi 7. I bahagian tu maknanya 1/7 daripada bahagian seekor lembu. Makanya seekor lembu tu layak untuk 7 orang untuk qurban.

  1. bro, lagi satu, ku pernah buat contest like2 kat facebook ni, memang ada benda yg kita tak nampak nak share pengalaman skit

    1-kadang2 bila dah post kat ‘page’ seseorang, tanda ‘like’ tu takde, tak tahu kenapa
    2-bila like kat wall, tak untung orang yang pertama yang masuk sebab orang tu kena scroll bawah-bawah baru jumpa post tu. lagi satu org tu xleh bagi permalink kat org suruh like, klu suruh like gambar, ok sebab ada permalink

    just kongsi pengalaman
    huhu
    Curahan rasa joegrimjow @ ..DiGi IPhone 4 PlayMy Profile

    1. Insyallah niat yg baik untuk tujuan yg baik. Ini pun sebagai satu kaedah promosi berskil murah. Nak lawan ezqurban yg iklan kat radio IKIM tak mampu lagi sebab kosnya puluh ribuan RM.

      1. Ha.. bro ni kalau promosi memang hebat ni kan.. cepat jer maklumat tu tersebar… kalau blog saya yang kurang pengunjung tu, entah dapat ker tak promot?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!