Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Cara Tuntutan Duit Bantuan Persekolahan RM100

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, ramai yang bertanya maklumat terkini tentang duit bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet tahunan. Sebelum ini Kerajaan telah umumkan cara tuntutan bantuan RM500 kepada yang layak. Mengikut sumber Berita Harian, kerajaan baru umumkan cara Duit bantuan persekolahan RM100 akan diagihkan. Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid. Bayaran telah mula diagihkan pada Khamis lepas.

Bantuan persekolahan itu disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan tahun sebelumnya. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan tahun bajet disebut, pembayaran bantuan RM100 akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing. Ini untuk memudahkan urusan pembayaran kerana dikhuatiri pelajar bertukar sekolah.

buat-duit-dengan-blog

Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak masuk sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima duit bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan tersebut.

Rezeki jangan ditolak tetapi mesti diuruskan dengan betul supaya tiada pembaziran. Jangan pulak ada ibubapa yang menggunakan duit bantuan RM100 ini untuk kegunaan peribadi beli make up, baju atau rokok. Terbaik gunakan untuk membeli keperluan sekolah tahun 2012 atau simpan dalam akaun bank atau ASB anak kerana mereka yang lebih berhak.

Terkini : Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.

---

  1. salam..knapa bekas pelajar tngkatan 5 2011 tak dapat bantuan rm100 tu??

  2. salam…bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2011 tk dapat bantuan rm100 tu??

  3. assalam…nk tanya mmg dapat ke bantuan rm100 ni? sbb kat sek anak saya xder pula pihak sek bagi rm100 ni sampaila skrg dah masuk bulan 3.

  4. NOAZLINDA OTHMAN says:

    anak tak dapat lagi RM100. dan bulan Mac 2012. Anak tahun 1 (2012)

  5. Adam Putra says:

    Anak saya dah masuk tahun satu tahun ini, esok dah masuk bulan Mac, tapi sampai sekarang sekolah senyap jer, Makan duit apa?

  6. kalau di Indonesia duit bantuan persekolahan itu disebut Bea Siswa.
    Entri terbaru Bang Iwan – Cinta Sejati dan Kesejatian CintaMy Profile

  7. Ya, masih belum dapat bantuan RM100 tu. Anak sekolah Tahun 1 di SK Peramu Jaya Pekan tapi katanya bantuan tak masuk lagi. Tak tau la apa maknanya tu. Pelik gak, dalam berita kata dah siap agih sejak ujung bulan Disember 2011.

  8. suraya ngah says:

    kata pelajar tahun 1 untuk tahun 2012 dapat pada bulan januari,..tapi ni dah pertengahan bulan 2 dah,..tapi masih tak dapat…klu dapat tu blh la ringankan sdkt bebanan,..maklum la awal persekolahan byk yg nak kena beli,..nak2 yg baru masuk thn 1..

  9. Boleh memberi sedikit bebanan yg ditanggung, cuma RM 500, masih tak dapt sbb senarai tanggungan tak lengkap. Membuat rayuanlah ni. Harap2 dapat.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  10. Sedikit sebanyak badget yg dibentangkan dulu memberi impak yg besar pada PR 13 nnti.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  11. Ada cam BN dpt undi kemenangan dlm PR 13, kalau semua berterima kasih pada DS Najib ni dan menyokong parti yg diperintahnya.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  12. Bolehlah digunakan utk membiayai persekolahan mereka di awal musim persekolahan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  13. salut untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, semakin besar budget semakin besar kemungkinan …….berkembang
    Entri terbaru Belajar SEO – 3 Pilar Utama Tehnik SEO Dasar Penentu Ranking (Bagian II)My Profile

Trackbacks

  1. […] BANTUAN PERSEKOLAHAN – Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 5. […]

  2. […] Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“. […]

  3. […] Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“. […]

  4. Andi Soraya Menikah | Serambi Corners says:

    […] Andi Soraya Menikah tepat pukul 07.00 WIB di Masjid Kubah Emas, Sawangan. Kelihatan Steve Emanuelle tidak hadir di tempat pernikahan Andi Soraya. Banyak yang mengatakan kalau Andi soraya menikahi Rudy sutopo karena dia adalah seorang pengusaha minyak dari Indopetro. […]

Artikel pilihan...close