Camar Bulan dan Tanjung Datu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Indonesia terlalu rapat dengan aku selain dari sering berulang alik ke Jakarta, Bandung, Pekanbaru, Bali, Padang dan banyak lagi kota yang lain, keluarga aku juga berasal dari Indonesia. Keturunan Emak berasal dari Jawa Barat, keturunan Abah berasal dari Sumatera Barat dan paling menarik Ibu Mertua aku katanya berasal daripada keturunan Pengeran Diponegoro. Bukan sahaja aku malah ramai lagi rakyat Malaysia yang keturunan susul galurnya dari Indonesia. Kerana itu ramai yang merasakan Indonesia itu terlalu rapat di hati sebahagian besar rakyat Malaysia.

Malangnya rasa kasih sayang rakyat Malaysia tidak dapat dirasai oleh sebilangan rakyat Indonesia. Isu demi isu dibawa untuk menyalahkan Malaysia. Rakyat Malaysia keturunan Jawa dikatakan mencuri budaya Indonesia dengan wayang kulit, tarian kuda kepang dan sebagainya. Nasib baik rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengamalkan budaya Cina tidak dituduh mencuri budaya oleh rakyat China dan rakyat Malaysia keturunan India yang mengamalkan budaya India tidak dituduh mencuri budaya oleh Rakyat India.

Kalau dulu Ambalat kini Malaysia dikatakan menceroboh Camar Bulan dan Tanjung Batu. Kerajaan Malaysia sudah berulang kali mengatakan bahawa tiada pencerobohan berlaku di Camar Bulan dan Tanjung Batu. Perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia tetapi masih adalah lagi rakyat Indonesia yang tidak puashati dengan meneruskan demostrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Perkataan Ganyang Malaysia terus berkumandang di sana-sini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Adakah mereka cemburu dengan kejayaan Malaysia dianggap adik oleh Indonesia. Atau mungkin Malaysia hanya menjadi punching bag apabila berlaku isu dalaman sebagaimana kes Ambalat apabila rakyat Indonesia marah bila harga petrol dinaikan oleh Kerajaan. Atau mungkin ada pihak ketiga yang akan sentiasa mencipta isu supaya Malaysia dan Indonesia tidak menjadi rakan karib secara tidak lansung Islam akan menjadi lemah.

Sampai bila kita mesti begini?

Comments

  1. naw1074 says

    Ini adala agenda yang telah ditanam oleh penjajah barat (British dan Belanda) sejak dari dulu lagi untuk provok sesama sendiri sebelum dibagi kemerdekaan dan inilah hasilnya..

  2. says

    Betul tu Pulauweb. Kita sewajarnya belajarlah jadi bangsa yang mudah terpengaruh dengan provokasi dari mana2 pihak yang memang berhasrat untuk mengeruhkan hubungan senusantara antara malaysia dan indonesia. Jika, kita mendengar dan melihat sesuatu berita, sebaiknya, di cari dulu dimana akar umbi isu itu bermula. Dan di nilai secara fair .
    Entri terbaru manja sheila – BAJU KEBAYA MODERN ^__^My Profile

  3. says

    memetik dari komen cik leezaili ” mmg ada pihak yg tk puas hati dgn hubungan baik antara kita.” mungkin saja ada kebenaran nya. apatah lagi ada segelintir pihak di dalam negara kita yang sengaja memburuk-burukan nama baik negara di mata negara luar. Dan sebagai rakyat malaysia saya rasa sungguh berbangga dengan sikap tolak ansur yang banyak kita berikan kepada pihak indonesia baik kerajaan nya mahupun WNI nya. Didalam banyak isu yang dibangkitkan, pihak kita lebih banyak bersabar. Dan ini jelas bisa di lihat sejak zaman konfrontasi ganyang malaysia oleh pemimpin PKI Sukarno. kita tidak membalas tuba dengan tuba. Kita masih saja sudi memaafkan pihak indonesia . Kemudian, timbul pula isu budaya yang di mainkan oleh pihak indonesia. dengan sewenang2nya mereka menuduh malaysia maling budaya, pengklaim budaya, walaupun tanpa bukti yang kukuh seperti isu tarian pendet. Tak cukup dengan itu, isu kes kononya isteri kepada Tengku Fakry, manhohara odelia pinot di dera . Hingga isu ini menjadi “ngetop” di seluruh tanah indonesia. apatah lagi mano bersama ibunya mencanangkan isu ini dan meminta simpati sekalian warga dan dukungan VIP disana. sekali lagi, malaysia dipandang buruk oleh majoritas WNI. apatah lagi, kalo negara kita ini memang diperkiranya adalah negara yang punya jumlah daftar kasus penderaan TKI tertinggi dikalangan negara2 yang mengunakan khidmat TK dari indonesia.

    diatas semua itu. ada perkara yang tidak terungkai. iaitu keadilan buat malaysia. jika mereka seringkali mengatakan kita ini negara penyiksa TKI. mengapa tidak pihak indonesia, melihat ,mengikuti, memberikan, mengupas dan memaparkan kasus penderaan ini secara lengkap dan tuntas untuk pengetahuan semua WNI agar jelas kedudukan kasus yang terbabit. jadi tidak la terlihat bias. tempoh hari, tatkala perjumpaan PM malaysia, Dato’ sri Najib bersama presiden SBY, beliau (PM) menasihati agar majikan2 malaysia tidak lagi menzolimi pembantu rumah mereka karena ini akan mengeruhkan hubungan dua hala malaysia indonesia. namun, saya agak terkilan dengan pihak indonesia pula. apakah tidak mereka ketahui bahawa kes2 amma mendera anak majikan juga terjadi, amma melakukan aksi kriminal dengan mencuri juga terjadi, amma yang tidak bertanggungjawab tatkala majikan tiada dirumah juga terjadi. itu realitynya. namun kenapa pihak indonesia sama sekali tidak mau mengkaji salah silap mereka pula. walau bagaimana pun saya tau. sesungguhnya kes penderaan di malaysia bukan lah gambaran menyeluruh semua majikan malaysia sedemikian rupa.begitu juga sebaliknya. tidak semua amma indonesia buat hal di malaysia.
    Entri terbaru manja sheila – MAXI DRESS & HOODIES (album code: DG)My Profile

  4. leezaili says

    sikap rasa tk puas hati antara indonesia dgn malaysia sudah lama kedengaran. mmg ada pihak yg tk puas hati dgn hubungan baik antara kita. kita sebagai rakyat sepatut nya tunggu keputusan perbincangan antara pemimpin dlm satu2 isu dan bkn nya berpiket tk tentu arah. mgkin di upah agaknya. orang yahudi pun kalu nk percaya satu2 cerita dia buat 3 perkara. 1) DENGAR 2) BERFIKIR 3) MELIHAT kalau tak caya tgk ceramah utz kazim dlm you tube. wahai sahabat2 dari indonesia,jangan keruh kan keadaan yg baik demi segelintir org yg ingin merosakan keamanan.

  5. bondariang.blogspot.com says

    Sbnarnya keakrapan hubungan kedua 2 negara banyak dicemburui oleh musuh 2 kedua dua negara…..dan kebersamaan kedua dua negara boleh membawa banyak manfaatnya pula itulah yang ditakutinya …oleh musuh kedua 2 negara….lihat lah ‘win win situation ‘jika kita akrab ……sukar untuk di musnahkan jadi biarla kita sepakat dan jangan bermusuhan itu hanya akan mendatangkan kemusnahan…sahaja.

  6. says

    salam ukhwah buat semua. budaya itu adalah hak bangsa. ia dipraktikan, dilestarikan dan diwarisi oleh bangsanya sendiri. itu pada hakikatnya. dek kerana itulah di malaysia ini hanya ras jawa yang mempraktikan warisan budaya leluhurnya. jika kita perhatikan baik-baik, kebudayaan jawa yang asalnya dari tanah jawa, indonesia itu sendiri, hanya wujud di beberapa negeri di malaysia. contohnya di negeri selangor dan juga johor. mana bisa anda melihat budaya jawa seperti barongan di mainkan di neger-negeri lain di malaysia. jangan dek karena mereka sudah bergelar WNM (warga negara malaysia) maka hilang lah hak mereka ke atas budaya leluhur mereka.
    Entri terbaru manja sheila – FOR HER: RM42 EXCLUDE POSTAGE (album code: PES)My Profile

  7. Pengobatan Alami Asam Urat says

    sudah saya bilang, ini adalah pengalihan isu,,,! supaya rakyat Indonesia tidak memperhatikan kasus para koruptor yang ada di negri kami. memang betul adanya tidak ada istilah mencuri kebudayaan… kami bangga jika semua negara mempelajari atau mengamalkan kebudayaan kami,,,