Budget Malaysia 2012 yang menarik


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pembentangan Budget Malaysia 2012 disambut dengan berbagai reaksi oleh seluruh Rakyat Malaysia. Fokus Kerajaan dalam pembentangan Budget 2012 adalah membela nasib golongan sederhana dan ke bawah yang merupakan 40% daripada jumlah populasi Malaysia. Golongan ini jugalah merupakan pengundi berdaftar yang paling tinggi berbanding daripada kumpulan yang lain dan strategi serampang dua mata pasti membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Banyak juga cadangan Rakan Blogger melalui entri “Budget Malaysia 2012 Cadangan Blogger” dan “Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak” yang diambil kira oleh DS Najib Razak dalam pembentangan Budget 2012. Antara yang paling menarik adalah kebenaran menggunakan simpanan KWSP untuk mendaftar Haji. Kemudahan ini sudah pasti dapat membantu ramai yang kesempitan wang untuk mendaftar Haji sehingga terpaksa menunggu bertahun-tahun.

Budget 2012 tidak kelihatan projek gergasi yang boleh merancakkan ekonomi Malaysia untuk bersaing dalam kegawatan ekonomi dunia tetapi Kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza. Insentif RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000, insentif RM100 kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, insentif baucer buku RM200 untuk pelajar tingkatan enam dan pelajar universiti, bonus kakitangan kerajaan minima RM1000 dan insentif RM3000 untuk keluarga bekas perjuang kemerdekaan kelihatan seperti gula-gula pilihanraya tetapi sebenarnya memberi kesan ekonomi yang sangat besar. (Kepada yang terima insentif jangan lupa infaq walaupun RM1 untuk dapat keberkatan).

Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan.

Aku setuju dengan Amanz.my yang agak kecewa dengan Budget 2012 yang kurang fokus kepada IT. Mungkin juga telah terlalu banyak fokus untuk IT pada budget-budget terdahulu menyebabkan Kerajaan mengalih fokus pada sektor yang lain.

Kepada usahawan muda Melayu tolong ambi perhatian dengan Budget 2012 dan cari peluang semaksima yang boleh daripada semua kemudahan kewangan yang disediakan. Masalah usahawan Melayu ini lebih suka disuap dan kurang rajin untuk mencari peluang walaupun berbagai kemudahan telah disediakan. Buktinya apabila buku budget dikeluarkan berapa kerat sangat usahawan Melayu yang berusaha untuk mengambil untuk membaca secara terperinci sedang usahawan bangsa lain berebut untuk mendapatkan naskah budget setiap tahun.

Istimewa di denaihati.com
  • Mas Gie 20 May 2012 at 2:32 am

    Salam DH
    Semoga semua menjadi sesuatu yang baik dan dapat diterima oleh semua fihak.
    Entri terbaru Mas Gie – Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas IndonesiaMy Profile

  • ida 10 January 2012 at 8:10 am

    best sebb dapat duit 100 :)

  • Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012 12 December 2011 at 10:38 am

    [...] gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi [...]

  • nurra 14 November 2011 at 8:08 pm

    mcm mne nk dptkn duit tuk plajar u 2

  • amie7834 26 October 2011 at 6:39 pm

    rsau xtrtunai jer…hehe :)
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  • manja sheila 26 October 2011 at 5:48 pm

    alhamdulillah.kerajaan benar2 prihatin. ^__^
    Entri terbaru manja sheila – SATCHEL BAGS JUST RM49 EXCLUDE POSTAGE ^__^My Profile

  • srikandi cinta 19 October 2011 at 8:56 am

    baucer buku? hurm, not bad. tapi, kami pelajar matrik ni elaun terpaksa ditunda.. katanya, kerajaan takde duit.. aduyaii,, bajet 2012 punyala banyak.. tp, nak kasi elaun kat kami pun susahh :(

  • amoi 16 October 2011 at 10:11 pm

    heharap jadilah pasal baucer buku tu T_T
    Entri terbaru amoi – [Sunday Song] #10 :Without Words – Jang Geun SukMy Profile

  • KiD 14 October 2011 at 8:07 pm

    harap kerajaan menunaikan bajetnya..
    Entri terbaru KiD – PERAK VS SELANGOR | Piala Malaysia 2011My Profile

  • Syarih 14 October 2011 at 3:27 pm

    pelbagai reaksi apabila memdengar perihal budget nih. ada yang suka dan ada yang sedih. namun hidup mesti diteruskan. perbelanjaan isi rumah mesti juga diuruskan . perlu diingatkan jangan membazir, jimat apa yang ada, fikir dulu sebelum berbelanja, disamping bersedekah dan berdoa akan kelapangan dan rezki yang berterusan dari Allah…
    Entri terbaru Syarih – Ketenangan Senja Di Kuala Kedah.My Profile

  • obat herbal dan alami 14 October 2011 at 1:31 pm

    setuju… mdah mdahan dengan seperti itu,, bisa meringalkan beban beban rakyat yaang kurang berutung.
    Entri terbaru obat herbal dan alami – obat herbal radang paru-paruMy Profile

  • obat herbal ginjal 14 October 2011 at 11:11 am

    bagaimana IT kedepannya..
    Entri terbaru obat herbal ginjal – obat herbal ginjalMy Profile

  • Bumilangkawi 14 October 2011 at 12:37 am

    baru brape hari budget 2012 dibentangkan..harga ayam nek singgit la.. :(
    Entri terbaru Bumilangkawi – Homestay di LangkawiMy Profile

  • jasa penerjemah tersumpah 13 October 2011 at 10:47 pm

    good product and amazing
    Entri terbaru jasa penerjemah tersumpah – Jasa Penerjemah TersumpahMy Profile

1 3 4 5


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network