Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Budget Malaysia 2012 perhatian untuk @Najibrazak

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebelum ini aku ada buat entri bertajuk “Budget 2012 Cadangan Blogger” untuk memberi ruang Rakan Blogger memberi cadangan Budget 2012 untuk perhatian PM DS Najib Razak melalui twitter beliau @Najibrazak. Terima kasih kepada seua Rakan Blogger yang telah memberi cadangan samada cadangan lama yang diperbaharuhi dan tidak kurang ramai juga yang memberi cadangan-cadangan baru.

Antara cadangan menarik Blogger Malaysia untuk Budget Malaysia 2012 adalah :

1. Akubiomed : Saya mengharapkan sistem pendidikan mengambil kira semua tahap penerimaan murid-murid supaya murid yang lemah didalam pelajaran tidak tercicir. Mereka ini bukan tidak pandai cuma agak perlahan penerimaan mereka. Meningkatkan hasil pertanian di dalam negara dan mengurangkan pergantungan import. Negara kita ini kaya dengan hasil herba tetapi kita tidak komersialkan sehingga peringkat dunia.

2. CMRatu : Kalau saya pula harap dapat tinggkat mutu pendidikan dari sekolah rendah, kerana asasnya di situ. Jika pendidikan agama terabai maka lahirlah generasi yang tidak beragama dan rosak akhlak.

3. Zainal : cadangan saya…budget untuk pendidikan awal kanak2 perlu dilebihkan peruntukkannya…

  • Selain itu pendidikan islam di sekolah juga saya cadangkan supaya memperbanyakkan latihan amali seperti bersolat…walaupun kita nampak perkara seperti ini kecil…tetapi kadangkala perkara2 kecil inilah yang akan memberi impak yang besar….jadi…..beri perhatian kepada perkara2 kecil yang memberi impak besar kepada kita..
  • memperbanyakkan taska2…
  • memperkasakan sistem pembelajaran di taska-taska terutamanya berkenaan agama islam…contohnya dengan memperbanyakkan latihan amali terutamanya latihan bersolat…menghafal surah2 pendek yang boleh di baca dalam solat…memperkenalkan siapa sebenarnya NABI MUHAMMAD S.A.W….dengan harapan bila bebudak nih dah besar nanti takde la nak jadi sesat macam Hajjah Makcik Sitt AlWuzara tuhhhh….
  • selain itu ilmu2 keduniaan juga amat perlu diperkemas dan diperkasakan sistem pembelajarannya terutamanya ilmu matematik…sains…bahasa inggeris as second language….dengan harapan ini akan menimbulkan minat bebudak nih…
  • Tapi kita sebagai rakyat perlulah juga bersedia untuk spend a little bit more money for our children…klu nak harap smua kerajaan sponsor alamat jenuh lerrrrrrr kerajaan….
  • bagi saya…saya tak kisah nak keluar duit lebih skit asalkan anak2 saya mendapat pelajaran yang terbaik….

4. Zuls : Bagi prasarana internet pula aku mencadangkan agar prasarana internet di Malaysia di upgrade lagi supaya lebih pantas daripada yang sedia ada. Selain itu aku juga mencadangkan peruntukan latihan bisnes secara online kepada industri kecil dan usahawan-usahawan di kawasan pedalaman untuk tujuan memperkembangkan bisnes mereka.

5. Firdaus latib : Saya berharap jika ada kenaikan gaji kepada sektor awam, perkara ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Apa yang saya lihat, jika ada pengumuman bonus atau kenaikan gaji kepada sektor awam, pihak peniaga melihat ini satu faktor untuk menaikkan harga barang. Walhal, jika pemberian bonus kepada pihak swasta (hingga 14 bulan) tiada apa yang berlaku pula. Saya bukan menyokong kenaikan harga barang, tapi saya melihat satu trend yang tidak sihat apabila sebarang berita gembira diumumkan kepada sektor awam. Impaknya terlalu besar kepada rakyat Malaysia.

6. Engine : Bajet untuk pelajar ipta tempatan.kesian tgk rakan2 terpaksa kerja part time utk tampung duit ptptn… ptptn tu dah la pinjaman…

7. Fairus Salim : Saya yang bekerja di industri makanan (Biskut) pun rasa ada tekanan dan tiada galakkan kemudahan oleh pihak kerajaan, kerana apabila industri makanan mengalami masalah kenaikan bahan mentah, pengguna akan terasa tempiasnya

8. Aimaniman : Cadangan mama, rebat untuk anak di bawah tanggungan ditingkatkan daripada satu ribu kepada 3 ribu, selaras dengan dasar kerajaan mahu meningkatkan mutu modal insan memandangkan kos penjagaan, kos rawatan, kos makan pakai, kos persekolahan semakin meningkat. Selain itu, tolonglah naikkan gaji kakitangan awam selaras dengan kenaikan kos hidup dan meningkatkan martabat kakitangan awam Malaysia.

9. Deeyaudeen Sabri : harap sgt sgt, nasib OKU, orang miskin semua tu btul btul terjaga tnpa ada birokrasi melampau.. serius, ada OKU yg terpaksa tunggu berbulan bulan untuk permohonan bantuan nya diluluskan JKM !

10. Pokli : kerajaan perlu memikirkan cara untuk mengurangkan beban hutang dikalangan pelajar yang telah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Sebahagian mereka yang cemerlang telah diubah kepada biasiswa. Bagaimana yang tidak cemerlang. Mereka merupakan belia aset kepada negara yang terpaksa menanggung hutang dalam jumlah puluhan ribu ketika usia muda. Mereka terpaksa memasuki pasaran buruh hanya semata-mata untuk membayar hutang. Menyediakan peluang atau insentif keusahawanan yang lebih besar adalah alternatif kepada graduan keluaran universiti untuk membangunkan ekonomi negara daripada meletakan beban hutang. Pendidikan percuma lebih berkebajikan.

11. Lyns : selaraskan lesen kereta…contoh jika tidak pernah memiliki lesen bayaran sebanyak RM850…jika ada lesen lain RM650….peniaga suka menindas…di mersing, johor,jika memiliki lesen motosikal,RM1040 untuk ambil lesen kereta…sedangkan di kluang hanya RM650 sahaja…peniaga jadi lintah darat kerana tiada pesaing dan tindakan kerajaan…harap maklum…

Ini sebahagian daripada cadangan Blogger Malaysia untuk Budget 2012 Malaysia. Tiada cadangan untuk kepentingan Blogger melainkan hanya ada satu cadangan dari pada Pacifista iaitu rebat cukai untuk pendapatan daripada berblog. Insya Allah PM DS Najib Razak perihatin dengan cadangan Rakan Blogger. Kita tunggu Pembentangan Bajet Malaysia 2012 yang akan dibentangkan oleh DS Najib Razak pada jam 4pm, 7/10/2011. Semuga Budget Malaysia 2012 akan memberi manafaat kepada seluruh rakyat 1Malaysia.

Kita sebagai Rakyat Malaysia juga mesti berazam menjadi manusia yang boleh memberi manafaat kepada Negara walaupun sekecil apa dan jangan hanya mengharap Kerajaan sahaja membantu kita. Jadilah seperti Steve Jobs, Pengasas Apple insan yang sangat banyak memberi manaafat kepada dunia kalau pun tidak mampun menjadi seperti Rasulullah SAW yang memberi manafaat kepada makluk seluruh alam.

Boleh juga ikuti live pembentangan Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012

---

  1. Pembentangan badget untuk 2013 ,Harap harap badget tahun 2013 nanti lebih banyak tertumpu pada kawasan luar bandar.Jurang perbezaan taraf hidup penduduk bandar dan luar bandar amat ketara dan harus diseimbangkan terlebih dahulu agar tidak timbul perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat sebagaimana slogan “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan”.Kedua duanya perlu seimbang agar tidak timbul perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat sehingga menimbulkan perkara perkara yang memburukkan nama baik negara kita Malaysia.

  2. bgus2..
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  3. bagus dong bugjet nya ditingkat kan..
    Entri terbaru obat herbal ginjal – obat herbal ginjalMy Profile

  4. wahahaha.. bagus nieh, post ke PM…. dah terlambat..
    Entri terbaru Ilhamix90 – Web – Domain Dot Com PERCUMA | Miliki Web SendiriMy Profile

  5. info yg berguna..thanks for sharing

  6. obat kanker usus says:

    walaikum salamm ,…ya baguss donkk bugjet nya ditingkatkan

  7. blogger tasikmalaya kapan ningkatin bugjetnya,,wahh ketinggalann nich
    Entri terbaru obat herbal penyakit gagal ginjal – Agen Jelly Gamat Gold-G KolakaMy Profile

  8. waalaikum salamm ,,wahh bugjed buat 2012
    Entri terbaru cara mengobati hepatitis C – Pengobatan Penyakit HIV/aidsMy Profile

  9. info yang sangat menarik dan menginspirasi

Artikel pilihan...close