Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Blogger Kena Saman

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Adam Roslan tuan blog AdamRoslan.com. Semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :

Dua tiga kali saya cuba fikir apa tajuk yang sesuai bagi sedarkan Rakan blogger, dan juga diri sendiri dalam isu Blogger Kena Saman. Kes pertama yang saya nak bangkitkan ialah semasa Gambit Saifullah mencela blogger selepas ramai blogger mengutuk video klipnya walaupun sememangnya layak dibuat begitu. Sebelum itu isu seorang remaja sekolah yang membuka pekung di dada dengan mengaku tiada dara. Dan baru-baru ini, kes GaySec yang kononnya membongkar identiti Arlene Tan sebagai Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Islam tetapi akhirnya mengaku salah sasarannya.

Jadi di sini saya cuba kaitkan kenapa saya dan anda (ya anda yang mempunyai blog dan menulis di blog) bahawa anda terdedah kepada Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1984. Ambil sahaja contoh Amizudin Ahmat diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia. Mampukah anda penulis blog picisan membayar saman tersebut kerana menulis atau menyebarkan sesuatu yang tidak sahih sumbernya?

Cukup dengan tiga situasi biasa dan satu kes berprofil tinggi ini. Bagi yang belum tahu bagaimana mangsa (Gambit Saifullah dan Arlene Tan) boleh menyaman anda seorang blogger. Dalam Akta Fitnah 1957 ada menyebut tulisan terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Apabila anda menulis atau menyebarkan sesuatu berita yang kita sendiri tidak tahu sahihnya, sudah pasti bukan anda seorang yang menulis dan mula menjadi rantaian berita yang tidak sahih. Bayangkan Gambit ketika itu mengambil salah satu daripada tulisan yang mempunyai unsur makian (walaupun niat anda membantah, tetapi emosi membuatkan anda menggunakan kata kesat). Ambil pula contoh Arlene Tan, apabila dia disahkan bahawa dirinya difitnah, dia sendiri boleh memetik mana-mana tulisan yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia dan menjadikannya isu. Hal ini terjadi kepada Amizudin Ahmat yang mana dia menyebarkan artikel dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim merogol pembantu rumah Indonesia yang hangat diperkatakan beberapa bulan lepas.

Bahasa mudah, mangsa mempunyai 1000 pilihan blog (mungkin lebih!) yang mana memfitnahnya, dia petik satu nama dan dia boleh failkan saman.

Jelas dengan contoh dan penerangan tentang proses bagaimana Blogger Kena Saman? Saya lihat ramai antara kita yang menulis blog dengan emosi walaupun sebenarnya anda cuba membantah tindakan artis, gadis terlanjur dan gadis disangka menghina Islam dan sebagainya. Nasihat saya, jadilah seorang blogger yang berilmu, beretika dan bijak!

Jangan lupa singgah di blog Adamroslan.com dan follow beliau di Facebook @Adamroslan dan Twitter @Adamroslan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca pandangan Rakan Blogger tentang isu Kod Etika Penulis Blog Perlukah? sebagai panduan.

---

  1. saya baru tahu bahwa blogger itu ada kode etiknya
    Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Yunani vs RusiaMy Profile

  2. salam.
    Mungkin kita bisa petik sisi positif dari berbagai peristiwa yang telah terjadi. Ada segi negatif mungkinakan ada sisi positif juga
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  3. terima kasih kerana bagi info bguna…
    Entri terbaru Nana – Masih adakah cinta sejati?My Profile

  4. ilmu yg sgt berguna..tq for sharing

  5. bimbang jgk jd mcm ni.
    Entri terbaru manmala – Happy Birthday GoogleMy Profile

  6. RM400,000? Wa, mana nak dapat duit sebanyak tu. Biar benda ni jadi ingatan untuk kesemua blogger agar berhati-hati dalam penulisan.. kalau copy paste entri orang lain pastikan diikuti bagitau sumber artikel tu.
    Entri terbaru Steward John – Interesting Pearls of WisdomMy Profile

  7. kalau betul memang blogger ‘picisan’ itu yang salah, memang patut disaman tapi melihatkan keadaan negara ini yang semua orang tahu kan kerajaan kita akan jaga kroni2nya dengan sebaik mungkin..

    teringat lagi dulu kes bekas menteri melaka rogol, peguam yang bela mangsa rogol kena masuk penjara..baru2 ni rais yatim menang kes siap dapat rm400ribu..kalau ikut keputusan hakim dia betul tapi hakikatnya kita tak tahu sama ada dia merogol atau tak..sistem mahkamah malaysia berat sebelah kalau melibatkan kroni..
    Entri terbaru ROJAK – KetupatMy Profile

  8. bahaya seoarang penulis..
    yang penting mind your own word before click publish button..

    pada aku menegur takpe..takpi ada caranya bukan menabur fitnah semata-mata..
    papepun jadilah blogger yang berhemah…
    Entri terbaru afendi – Video Parody Rugby yang CoolMy Profile

  9. iyelah tu.. lebih baik banyak kongsikan ilmu yang berguna daripada mengumpat huhu..
    Entri terbaru matdin – Downgrade Windows 7 to Windows XPMy Profile

  10. Fv goo.gl
    well…bro.
    bila lagi nak komen pasal isu ni?
    blog lain blm lg.
    http://goo.gl/mZ6RE

    Media arus perdana sendiri buat silap, apatah lagi kita yang tak ada ilmu kewartawanan ni.

  11. Suka entry ni…

Artikel pilihan...close