Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.
Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.
Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.
Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?
Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.
Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.
Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.
Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.
Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.
153 Comments
baca entry nie teringat kata2 saidina Ali “Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang abadi”. Maka tulislah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya sesuatu yang mengaibkan.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
betul tu. bila kita mati nan, setap apa yang kita tulis akan dihisab juga. kalau entri entri yang teruk tu, sampai lepas mati pun, doa masih bertimbun
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
Pendapat saya yang cetek ilmu ini, Entry yang baik dan bermanfaat akan menyumbang trafik yang banyak kepada blog itu sendiri. kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa pasti orang akan cari untuk dijadikan sebagai rujukan…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
setuju. mungkin hari ni orang ak baca pun. tapi mana tahu esok lusa orang perlukan maklumat tentang apa yang kita dah kongsi kan
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
Betul tu. Saya pun sekarang sedang belajar untuk membuat satu entry berkualiti ataupun orang selalu sebut artikel ‘killer content’ ini..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
saya punmasih lagi belajr bagaimana untuk hasilkan entri yang berkualiti dan mampu memberi manfaat pada orang lain
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
Blogger yang berkualiti adalah blogger yang banyak membaca.
Ya setuju, blogger adalah pemikir hebat.
Bila kita kongsikan ilmu, kita juga akan dapat pahala berterusan.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
Dari pembacaan secara tidak langsung pengetahuan semakin bertambah. Apabila ilmu pengetahuan banyak, maka ulasan-ulasan dalam penulisan pun bernas dan berkualiti berdasarkan daripada pembacaan itu tadi..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
itu lah. kalau kita baca sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi, apa kata kita sebarkan pada orang lain jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
betul. dapat pahala juak bila kita kongsikan imu yang bermanfaat pada orang lain
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
perkara baik yang kita kongsikan dalam blog mudah dicapai oleh pembaca. maka mudahlah saham akhirat bertambah insyaAllah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Betul tu. Antara 4 amalan yang mana pahala akan terus mengalir walaupun kita sudah meninggal dunia. Ilmu yang bermanfaat….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
semoga apa yang kite tulis dalam blog ni bermanfaat bukan saja untuk tambahan amalan kite lepas mati nanti, tapi jugak bermanfaat untuk orang lain
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
insyaAllah kalau baik apa ayng kite tulis tu, bertambah lah amal kite bila di alam mati nanti
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
memang banyak soalan yang akan difikirkan oleh seorang blogger sebelum menulis
Memang banyak bro. Salah satunya elakkan daripada menulis sesuatu yang kita tahu akan menyinggung hati mana2 pihak…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
ini pun sangat penting tapi kadang-kadang susah jugak nak menjaga hati pembaca
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Ada Apa Dengan Nama?
betul tu. kena fikir baik buruk apa yang kite akan tulis, apa effect die san sebagainya
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
kalau albert einstein ada zaman sekarang ini, mungkin dia juga akan ada blog untuk mencurahkan pemikiran beliau
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Juga seorang tokoh yang begitu disegani. Siapa yang x kenal Albert Einstein?
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Berblogger, biar sampai kaya. Tapi sudah tentu bukan dengan menabur fitnah. Kat FB byk betul blog2 yang kejar traffic semata-mata, dan isi kandungannya sungguh x berkenan di hati.. huhuhuh..
Artikel terkini…Harga Set Bersalin Shaklee
Curahan rasa Farha IbuCergas @ ..Tak Larat Dah Makan Ubat Kencing Manis?!
seorang blogger mungkin tidak kaya harta, tetapi dia kaya dengan idea dan pemikiran
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Betul tu. Blogger yang serius dalam bidang blog sebenarnya bukannya tin kosong. Dalam kepala mereka tersimpan idea2 yang ingin diterjemahkan kepada dunia melalui medium blog masing2. Hebat!
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
bukan kaya dengan harta semata-mata tapi jugak dengan ilmu dan nasihat
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
setiap bait-bait ayat yang ditulis, perlulah memberi impak kepada pembaca!
barulah orang ingat kita pemikir yang hebat
ya…saya setuju dengan Zack One dan yang penting mudah difaham oleh pembaca
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Penulisan yang meninggalkan impak kepada pembaca pastinya bukan 1, 2 hari untuk dipelajari…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
memang sukar tapi tak mustahil untuk mencapainya
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
setuju. memberi impak yang mendalam. bagi pembaca pulak yang berfikir
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Warisan – Sudirman
Apa pun yang kita tulis, biarlah setiap tulisan kita mendapat redha Allah. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Kimia Matrik : Susah atau Senang?
ini lah yang utama dalam kehidupan kita. apa yang kita tulis akan jadi sia-sia kalau tidak diredhai Allah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Yang penting jangan pernah ada niat menulis untuk menjatuhkan atau mengaibkan orang lain…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Blogger yang hebat mampu memberi ilmu kepada pembacanya. Tetapi ada juga blogger yang hebat memberi kesan yang negatif kepada orang lain iaitu dengan penulisan yang berunsur fitnah,
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
suatu ilmu dikira bernilai adalah maklumat yang diperolehi dan diamalkan.
Blogger yang memberikesan negatif itu bukan blogger hebat bagi saya… Macam x kena letak tittle blogger hebat..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Blogger sebagai pemikir hebat perlu fikir nak post apa dalam blog mereka. Dan mereka jugak perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka post. Sebaik-baiknya, post sesuatu yang boleh memberi ilmu kepada orang lain instead of gosip-gosip artis dan kutuk-mengutuk
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cara Melakukan Qunut Nazilah
Blogger adalah pemikir dan ajen penyampai maklumat yang mulia jika berkongsi perkara bermanfaat
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Artikel yang memberi semangat kepada blogger dan meningkatkan keyakinan diri
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Terima kasih atas maklumat ni.. Masih dalam proses belajar
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Comments are closed.