Bilik Asmara

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tertarik keywords bilik asmara yang digunakan oleh Harian Metro baru-baru ni. Pada satu kejadian beberapa pasangan wanita Islam telah ditangkap kerana bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam di dalam bilik asmara yang telah diubahsuai oleh tuan rumah. Mungkin wanita Islam ini fikir bila bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam maka mereka terlepas. Di dunia pun dah kena tangkap dan pasti di akhirat pun akan dihukum kecuali mereka taubat nasuha.

Di Indonesia pakar psikologi telah mencadangkan bilik asmara kepada mangsa-mangsa letupan Gunung Merapi bagi mengurangkan tekanan psikologi akibat bencana yang membunuh ratusan nyawa.

Mengikut kajian Tabung Haji masalah jemaah ketika menunaikan haji berkurangan dengan mendadak apabila pihak pengurusan menyediakan bilik asmara atau lebih dikenali dengan bilik berkat.

Di rumah juga perlu ada bilik asmara yang teratur mengikut konsep yang disukai oleh pasangan, jangan dibiarkan bilik asmara bersepah tidak menentu bagaikan tidak diurus lansung kerana kekadang ini salah satu faktor pasangan beralih sayang kepada orang baru.

Naluri asmara ini adalah naluri semulajadi yang ada pada setiap manusia biasa dan manusia sanggup pelawan hukum Allah demi memuaskan hasrat hati. Nasihat kepada rakan blogger yang bujang jangan sesekali terpedaya dengan asmara sebelum berkahwin kerana ianya akan merosakkan kehidupan dan akibatnya akan berpanjangan turun temurun, no turning back. Almaklumlah bilik asmara ini boleh di sewa dengan mudah di kota besar dan kecil dengan harga yang murah.

[ad#nuffnang336]

Comments

Trackbacks