Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

BERSIH 2.0 : Senarai jalan yang akan ditutup

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menjelang perhimpunan bersih 2.0 selain 91 individu dilarang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur lebih daripada 50 jalan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kepada lalulintas pada 9/7/2011. Sekatan Jalanraya oleh PDRM akan dilakukan bagi memastikan perhimpunan haram ini gagal. Tetapi tidak semudah itu pasti ada yang sudah menyusup masuk ke dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Peta Kuala Lumpur - Sumber Google

Antara jalan-jalan yang akan ditutup mengikut sumber 2dayblogger adalah :

  1. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
  2. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
  3.  Bulatan Pudu/Jalan Pudu
  4.  Bulatan Sungai Besi
  5. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
  6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
  7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
  8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
  9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
  10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
  11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
  12. Bulatan Kampung Pandan
  13. Jalan Selatan
  14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
  15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
  16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
  17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
  18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
  19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
  20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
  21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
  22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
  23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
  24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
  25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
  26. Jalan Tun Razak/Perkeso
  27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
  28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
  29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
  30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
  31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
  32. Bulatan Pahang
  33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
  34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
  35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
  36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
  37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
  38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
  39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
  40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
  41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
  42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
  43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman
  44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
  45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
  46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
  47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
  48. Jejambat Wisma Tani
  49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
  50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
  51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
  52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
  53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
  54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
  55. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
  56. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
  57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
  58. Jalan Sulaiman (KTM)

Teringat aku pada satu kisah seorang budak meminta derma daripada seorang Pak Cik yang ingin memasukan duit RM20ribu ke akaun banknya. Setelah dirayu akhirnya Pak Cik itu memberi RM1 maka budak itu pun berlalu. Ketika berjalan keluar setelah memasukan wang RM20ribu Pak Cik tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Kebetulan budak yang dapat infaq RM1 berada disitu melihat Pak Cik yang nazak sambil melihat wang RM1.

Pengajarannya di sisi Allah SWT wang infaq RM1 sangat bernilai dan akan menjadi bekalan Pak Cik tersebut di alam akhirat kelak manakala RM20ribu akan menjadi rebutan ahli keluarga. Begitu juga pasti akan ada manusia yang keras hatinya demi perjuangan akan menyelusup masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur walaupun akan dihalang dan jalan ditutup. Cuma ingatlah apa juga perjuangannya yang penting apabila di akhirat kelak adakah apa yang kita buat dan perjuangkan itu ada nilai di sisi Allah SWT. Yang pasti kuasa Politik akan terus menjadi rebutan bagi manusia yang hidup.

[ad#Yieldads]

---

  1. truk btul laaa…lau nk mogok g laa kt hutn tu..haha
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  2. sgt menyusahkan ramai org..

  3. akhirnya …dah tamat perhimpunana bersih…

    Jom baca Entri Menarik:Kereta Lutsinar pun Ada!!
    Entri terbaru Famili Ceria – Kereta Lutsinar Pun Ada !!My Profile

  4. Semoga semuanya dapat terselesaikan dengan aman.
    Entri terbaru Bang Iwan – Nominasi FTV Awards 2011My Profile

  5. Semalam majikan saya suruh balik awal.

  6. Sudah dijangka,berlaku kesesakkan di ibu negara, menyusahkan org ramai., tak dpt mencari rezeki, gi ke tmpt kerja susah, mbawa klga b/siar2 t/gendala, smpah sarap b/taburan dan byk lg yg tak diingini tlh b/laku. Tengoklh apa yg tlah b/laku kini…Fikir2….lah sendiri.

  7. lumpuh negara kita!!!

  8. memang tak ar, konfem jam la
    adoi la,buat kat stadium sudah, ni sampai melarat sakit ar

Artikel pilihan...close