BERSIH 2.0 : Aku bukan antara 91 individu yang dilarang masuk KL

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pendapat peribadi aku BERSIH 2.0 adalah strategi yang salah. Kita analisa peristiwa yang berlaku di Thailand. Pilihanraya Thailand pertama setelah PM Thaksin Shinawatra digulingkan kerana dituduh dengan berbagai penyelewengan telah dimenangi oleh Parti yang disokong oleh Kumpulan Baju Merah. Pasukan Baru Merah adalah menyokong kuat kepada bekas PM Thaksin.

Kemenangan Kumpulan Baju Merah tidak disenangi oleh Kumpulan Baju Kuning maka mereka telah membuat demonstrasi besar-besaran dan menawan parlimen sehingga Perdana Menteri ketika itu meletakan jawatan. Abhisit Vejjajiva daripada Kumpulan Baju Kuning mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Kumpulan Baju Merah tidak berpuashati kerana Abhisit Vejjajiva bukan dipilih oleh rakyat telah mengadakan demonstrasi besar-besaran dan kerajaan Abhisit Vejjajiva telah melawan dengan kekerasan sehingga ramai anggota kumpulan Baju Merah yang terkorban. Pilihanraya  Thailand yang terbaru telah dimenangi oleh Kumpulan Baru Merah.

Kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand perlu dipelajari

Pengajarannya Kumpulan Baru Merah telah dipilih rakyat untuk memerintah Thailand dan cara Kumpulan Baju Kuning mengulingkan kerajaan secara paksa tidak dapat diterima majoriti rakyat. Tidakkah Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 belajar dari peristiwa Thailand. Strategi Kumpulan Baru Kuning BERSIH 2.O untuk menarik perhatian Rakyat menyertai mereka hanya mendatangkan rasa takut dan rakyat akan menjauhkan diri dari mereka. Yang menyokong Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 sudah tentu penyokong tegar yang sanggup buat apa sahaja yang diseru oleh pemimpin mereka.

Aku selalu cakap pada teman-teman kalau nak diharapakan penyokong parti PAKATAN atau BARISAN tidak akan menang pilihanraya. Kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh kumpulan ketiga yang tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi cintakan keamanan Malaysia. Kenapa tidak PAKATAN menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat daripada membuang masa menguruskan demonstrasi yang menggangu kehidupan rakyat biasa. Belajarlah dari kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand.

Alhamdulillah aku tak tersenaraai antara 91 individu yang dilarang masuk KL pada 9/7/2011. Ada orang kata biar je lah mereka buat demonstrasi besar-besar secara aman. Aku yakin kalau Pakatan memerintah pun akan halang demonstrasi jalanan sebagaimana Kumpulan Baju Kuning Thailand menghalang demonstrasi besar-besaran Kumpulan Baru Merah setelah mereka berkuasa. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga.

Antara 91 individu yang dilarang masuk KL atas arahan Mahkamah : Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri AnWAR Ibrahim, Datuk Megat Firdouz, Datuk Abdul Azeez, Tian Chua, Lim Kit Siang, Nur Izzah, Muhamad Sabu, Hishamuddin Md Rais, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Maria Chin Abdullah, Kamarulzaman Mohamad, Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Datuk Zulkifli Nordin, Badrul Hisham Shaharin, Syed Shahir Syed Mahamud, Syed Ibrahim Syed Noh, Teresa Kok, Shamsil Iskandar, Arutchelvam Subramaniam, Wong Chin Huat, Ong Boon Keong, Enalina Elumalai, Haris Fathillah Sathiasingam, Datuk Khalid Yunus, Dr. Zubir Harun, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Salahuddin Ayob, Rizalman Mokhtar, Datul Seri Reezal Merican dan ramai lagi yang akan di update senarainya kemudian.

[ad#Yieldads]


Spread the love

55 Comments

  1. Bro, sila cari apa tujuan Bersih sebelum menulis, ia bukanlah utk menggulingkan kerajaan (seprti di Thailand) tetapi memberi hak kepada rakyat utk memilih dlm demokrasi yg bebas.

    Nak pilih parti mana terpulang kpd rakyat tetapi biarlah dalam erti sebenar demokrasi.

    Yg komen pun byk tak faham apa tukuan Bersih. Aku malas nak tulis panjang2, lebih elok cari sendiri mungkin lebih bermakna Jgn mudah tuduh org lain taksub sesuatu yg kita tidak sendiri tidak ambik tahu (sekadar tengok berita TV3)

    1. Niat penyokong demonstrasi memang baik tetapi adakah itu niat sebenar penganjur dan pemimpin politik yang menyokong Besih 2.0? Atau mereka ingin menggunakan Bersih 2.0 sebagai platform untuk memprovokasi kerajaan setelah merasa semakin tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Atau mungkin Bersih 2.0 menjadi platform untuk menutup berbagai isu yang sedang dihadapi oleh Pembangkang. Atau mungkin Bersih 2.0 menjadi isu terbaru supaya Kerajaan hilang fokus kepada pilihanraya yang akan diumumkan bila-bila masa. Atau pun mungkin untuk menutup isu akhlak yg sedang menimpa salah seorang pemimpin pembangkang.

      Malaysia ini lebih demokrasi kalau nak dibandingkan dengan berbagai negara lain diluar sana.

      Ramai kawan yang meninggalkan komen adalah kumpulan ketiga yang inginkan Malaysia yang aman dan memilih kerajaan melalui pilihanraya bukan demonstrasi yg ada banyak kepentingan melebihi dari isu pilihanraya.
      Curahan rasa denaihati @ ..Alexa Ranking matlamat top 50 MalaysiaMy Profile

      1. “Kumpulan ketiga ingin memilih kerajaaan melalui piliharaya bukan demontrasi”

        Ironisnya kenyataan itu, kerana tujuan kumpulan penyokong bersih adalah untuk mememilih kerajaan melalui pilihanaraya juga.Bezanya penyokong bersih inginkan piliharaya yg bersih sedangkan kumpulan ketiga merasakan piliharaya skrg sudah bersih.

        La, masih tak faham lagi tujuan bersih, ia bukan utuk mmeilih kerajaan melalui demontrasi tapi (malah) untuk tuntut peluang supaya rakyat dapat memilih dengan adil.

        Isu2 lain yg ko mention tu aku leh jawab (cthnya pasal kes pembankang tu – Bersih 1.0 2007 sebelum isu tu lagi) tapi itu bukan isu pokok.

        Jadi kalau percaya sistem pilihnaraya kita memang betul2 adil, TAK PAYAHlah sokong Bersih. Terpulang diri sendiri utuk cari kebenaran.

  2. Today 9/7/11 will be in the school history book I must say. It’s sad knowing that some low minded selfish but so called educated people are doing this to make other Malaysian suffers. There are other ways to do this, other ways to be heard rather than doing riot, rallies or what so ever. Even though they say it will be a peaceful demo, but now look at it? 1Malaysia chaos. Roadblocks everywhere, people are afraid to go out. Now Malaysia, especially KL are same like other countries. Do they want to be like Thailand? They never learn others mistakes. Haih… 🙁

    1. “There are other ways to do this, other ways to be heard” easier said then done 🙂 , I am all ears to hear of what would be the better ways to be heard.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!