Berniaga hangat-hangat tahi ayam

Spread the love

Salam 1Malaysia, kita lupakan sebentar JABULANI dan VUVUZELA kerana satu dunia dah tahu Netherlands (team yang aku sokong) dan Sepanyol akan bertemu diperlawanan akhir FIFA worldcup 2010 pada jam 2.30am waktu Malaysia atau 1.30am waktu Indonesia Barat pada 11/7/2010. Hari aku nak kongsi kisah benar dunia perniagaan yang berlaku depan mata kau sendiri.

Kisah pertama berlaku kepada aku sendiri pada akhir bulan lepas ketika aku membeli T-shirt Muslimah untuk isteri dan anak perempuan aku di bazar jualan, Ampang Park. Aku beli 2 helai T-shirt berharga RM75. Aku hulur wang RM100 kepada adik yang jual baju tu dan respondnya, maaf abang tak ada duit kecil lah. Apa lagi aku pun membebel lah tapi tak marah. “Adik lain kali kalau nak berniaga mesti sediakan duit kecil. Tak kan RM15 pun tak ada, ni meniaga apa ni?”.

Kisah kedua berlaku di depan mata aku di sebuah gerai makan, hentian RnR Seremban. Seorang jejaka berbangsa Cina mengambil sepinggan Nasi Campur dan menghulurkan wang RM50 untuk bayar. Kakak casher tu kata maaf encik tak ada duit kecil lah boleh beli barang lain dulu tak?

Pengalaman begini telah aku lalui banyak kali dan selalunya berlaku di kedai Melayu dan jarang sangat berlaku di kedai Cina. Kalau di kedai Cina sebesar mana pun kita guna duit untuk membayar pasti ada wang kecil untuk dipulangkan atau mereka akan pergi ke kedai sebelah untuk mendapatkan wang kecil. Lihat sahaja di KFC dan McDonald, seandainya bil kita berjumlah RM25.30 pasti casher akan bertanya samada kita ada atau tidak RM0.30 atau tidak. Casher ini dilatih untuk dapatkan duit kecil daripada pelanggan dengan cara berhemah tetapi tidak lah sampai menyuruh pelanggan tukar duit di kedai lain.

Tiada wang kecil nampak seperti masalah kecil dalam perniagaan tetapi ianya memberi kesan yang besar sebenarnya.  Daripada pengalaman aku, sudah pasti seorang perniaga akan tahu berapa keperluan wang kecil setiap hari berdasarkan prestasi perniagaan mereka. Masalah yang berlaku di kedai Melayu berlaku kerana perniaga Melayu tidak membuat persediaan dan tidak serious dalam perniagaan. Apa salahnya setiap kali sebelum berniaga siapkan wang kecil siling, RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah tertentu. Tu yang orang tua kata, berniaga hangat-hangat tahi ayam macam mana lah nak berjaya seperti AirAsia.

[ad#advertlets336]


Spread the love

142 Comments

  1. Hrmm aneh, komentar saya tiba2 menghilang. Pokoknya saya ingin mengatakan bahwa artikel ini bagus supaya tahu bahwa orang lain juga menyebutkan ini, karena saya mengalami kesulitan mencari info yang sama di tempat lain. Ini adalah tempat pertama yang mengatakan kepada saya jawabannya. Terima kasih.

  2. agaknya kenapa peniaga melayu macam 2 yer? Adakah deorang memandang rendah pelanggan atau tiada skill berniaga..kena wat study tu. Takkan nak biarkan peniaga melayu terus macam nie. Tak kemana kita nanti.

  3. perkara macam ni dah memang selalu terjadi..rata2nya peniaga melayu la..x tahu la kenapa jd mcm 2 ..atitude diorang kot..atau diorang saja cakap mcm 2..huhu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!