Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang dah tahu Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi tumpuan yang menarik dan sesuai untuk berlibur atau pergi bercuti. Hujung minggu hari Sabtu yang lalu Team Denaihati telah berpeluang pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Memang sangat cantik dan menarik tempatnya.
Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam terlebih dahulu untuk ambil seorang lagi kawan. Lepas dah ambil kawan di Shah Alam kami teruskan perjalanan menuju ke Cameron Highlands. Perjalanan ke Cameron Highlands kami fikir mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan kami menuju ke Cameron Highlands melalui Tapah Road. Tepat pukul 2.00 petang kami tiba di Strawberry Park Resort dengan selamat dan terus check-in.
Lepas dah register kami bergegas ke bilik untuk simpan beg pakaian dan berehat seketika untuk hilangkan penat. Dalam banyak-banyak bilik yang ada di Strawberry Park Resort, jenis bilik “Fresno Suite” jadi pilihan kami sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Besar dan luas juga bilik dia. Lengkap dengan sofa, TV flat screen, peti ais dan lain-lain. Tilam, bantal dan selimut pun sangat selesa untuk tidur atau baring dalam keadaan suhu yang sejuk. Tengok harga bilik rasanya memang berbaloi.
Selepas waktu Asar kami turun ke tempat dipanggil “The Garden Terrace” yang terletak berhadapan dengan bangunan lobby Strawberry Park Resort. Kami ke situ untuk sesi minum petang. Manager Strawberry Park Resort iaitu Mr. Ming pun turut sama menikmati juadah minum petang di situ. Hidangan minum petang yang disediakan sungguh sedap dan lazat. Pekerja Strawberry Park Resort pun melayan kami dengan senyuman yang mesra.
Sambil menjamu selera, kami berkenalan dan berbual-bual kosong dengan Mr. Ming yang baik dan peramah. Mr. Ming ada menerangkan kepada kami tentang apa istimewanya Strawberry Park Resort dan segala aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang kami bercuti di situ.
Tapi memandangkan keadaan cuaca pada petang tu tak mengizinkan sebab hujan turun, kami hanya boleh buat aktiviti sendiri jalan-jalan di sekitar kawasan Strawberry Park Resort. Sambil-sambil berjalan tu sempat ambil beberapa gambar yang nampak menarik sebelum balik ke bilik untuk sambung berehat dan menanti hidangan istimewa BBQ pada waktu makan malam.
Lebih kurang pukul 8 malam, kami ke tempat makan yang dipanggil “Jim Thompson Terrace” untuk menikmati makan malam. Nama “Jim Thompson” diambil sempena nama seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat yang telah membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera di Thailand.
Konsep hidangan buffet menanti kami pada malam tu. Ada pelbagai jenis makanan disediakan. “Jim Thompson Terrace” pada malam tu dipenuhi dengan para pengunjung Strawberry Park Resort. Masing-masing makan dengan penuh berselera. Kami pun turut sama makan sepuas hati sebab semua makanan yang disediakan memang sedap.
Dah selesai menjamu selera, kami keluar jalan-jalan sambil menikmati angin malam tapi tak mampu duduk luar lama-lama sebab suhu terlalu sejuk. Kami terus balik ke bilik dan menutup tirai hari pertama percutian kami di Strawberry Park Resort dengan tidur dalam keadaan selesa bersama bantal yang empuk dan selimut yang tebal.
Rasa macam nak pergi bercuti lagi di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Mencari-cari masa yang sesuai untuk ke sana. Sesiapa yang nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan info selanjutnya dengan pantas dan berita-berita promosi hebat yang sedang berlangsung.
128 Comments
wow, indah sekali pasti rasanya
Curahan rasa pengobatan herbal penyakit tbc @ ..pengobatan herbal dengan xamthone plus
pasti menggamit perasaan bercuti…
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
seronoknya….tenang dan mendamaikan fikiran…:))
pernah pergi skali je
Curahan rasa Razif Mokji @ ..Modenas Ace115
Tak pernag pergi lagi, nak rasa
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Dah p Cameron bln 3 thn lepas bersama mertua, tetapi serasa nak pergi lagi tapi kali ni cuma berdua 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Payment received from HeartBeat
Tempat kegemaran saya ni
tak pernah lagi bercuti ke sana… pernah singgah tgk dr luar jer..
Curahan rasa kakyong @ ..3 Janji slot Lestary TV3 – sinopsis penuh
Pun baru bercuti di Cameron baru-baru ni.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Boulevard
sejujurnya saya tak pernah sampai ke comeron highland..teringin sangat2 menikmati keindahan yang menenangkan tu..harap satu hari nanti dapat lah ke sana…
Curahan rasa BONI @ ..Jatuh Cinta Buat Pertama Kali Adalah Sesuatu Yang Terlalu Indah
Dah banyak kali gi Cameron tapi tak berpeluang nak nginap kat Strawberry Park sbb mahal. Untung la Denaihati dapat duk kat situ.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird Park
Memang seronok bercuti di Cameron Highlands tu
Curahan rasa wazy @ ..Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah
Tengok gambar pun dah seronok, bila pergi betul-betul lagi seronok lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Bener2 tempat yang sangat menyenangkan…..
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
Malam ni saya dan family pi bercuti di Cameron Highland DH.. tak sabar nak sampai kt sana
#kitaorg baru balik dari event Bro Framestone untuk kawasaki GT world.best gakk
Curahan rasa Mujahid @ ..Pelancaran Kawasaki GT World Dan Pusat Givi Di SC Premium Bikes
pehh..macam sedap ajeee…gi sini watpe bro?
Curahan rasa titan @ ..Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
alamak cntiknya suite yg Dh menginap tu… kami pun ada juga dpt kupon hotel equatorial kalo xsilap tp belum sampai seru nk pegi… ohh sedapnya hidangan ptg tu! 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kenapa awek Korea cun melecun
Comments are closed.