Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang dah tahu Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi tumpuan yang menarik dan sesuai untuk berlibur atau pergi bercuti. Hujung minggu hari Sabtu yang lalu Team Denaihati telah berpeluang pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Memang sangat cantik dan menarik tempatnya.
Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam terlebih dahulu untuk ambil seorang lagi kawan. Lepas dah ambil kawan di Shah Alam kami teruskan perjalanan menuju ke Cameron Highlands. Perjalanan ke Cameron Highlands kami fikir mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan kami menuju ke Cameron Highlands melalui Tapah Road. Tepat pukul 2.00 petang kami tiba di Strawberry Park Resort dengan selamat dan terus check-in.
Lepas dah register kami bergegas ke bilik untuk simpan beg pakaian dan berehat seketika untuk hilangkan penat. Dalam banyak-banyak bilik yang ada di Strawberry Park Resort, jenis bilik “Fresno Suite” jadi pilihan kami sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Besar dan luas juga bilik dia. Lengkap dengan sofa, TV flat screen, peti ais dan lain-lain. Tilam, bantal dan selimut pun sangat selesa untuk tidur atau baring dalam keadaan suhu yang sejuk. Tengok harga bilik rasanya memang berbaloi.
Selepas waktu Asar kami turun ke tempat dipanggil “The Garden Terrace” yang terletak berhadapan dengan bangunan lobby Strawberry Park Resort. Kami ke situ untuk sesi minum petang. Manager Strawberry Park Resort iaitu Mr. Ming pun turut sama menikmati juadah minum petang di situ. Hidangan minum petang yang disediakan sungguh sedap dan lazat. Pekerja Strawberry Park Resort pun melayan kami dengan senyuman yang mesra.
Sambil menjamu selera, kami berkenalan dan berbual-bual kosong dengan Mr. Ming yang baik dan peramah. Mr. Ming ada menerangkan kepada kami tentang apa istimewanya Strawberry Park Resort dan segala aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang kami bercuti di situ.
Tapi memandangkan keadaan cuaca pada petang tu tak mengizinkan sebab hujan turun, kami hanya boleh buat aktiviti sendiri jalan-jalan di sekitar kawasan Strawberry Park Resort. Sambil-sambil berjalan tu sempat ambil beberapa gambar yang nampak menarik sebelum balik ke bilik untuk sambung berehat dan menanti hidangan istimewa BBQ pada waktu makan malam.
Lebih kurang pukul 8 malam, kami ke tempat makan yang dipanggil “Jim Thompson Terrace” untuk menikmati makan malam. Nama “Jim Thompson” diambil sempena nama seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat yang telah membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera di Thailand.
Konsep hidangan buffet menanti kami pada malam tu. Ada pelbagai jenis makanan disediakan. “Jim Thompson Terrace” pada malam tu dipenuhi dengan para pengunjung Strawberry Park Resort. Masing-masing makan dengan penuh berselera. Kami pun turut sama makan sepuas hati sebab semua makanan yang disediakan memang sedap.
Dah selesai menjamu selera, kami keluar jalan-jalan sambil menikmati angin malam tapi tak mampu duduk luar lama-lama sebab suhu terlalu sejuk. Kami terus balik ke bilik dan menutup tirai hari pertama percutian kami di Strawberry Park Resort dengan tidur dalam keadaan selesa bersama bantal yang empuk dan selimut yang tebal.
Rasa macam nak pergi bercuti lagi di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Mencari-cari masa yang sesuai untuk ke sana. Sesiapa yang nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan info selanjutnya dengan pantas dan berita-berita promosi hebat yang sedang berlangsung.
128 Comments
Tempatnya nyaman, makanannya sedap dan lazat….ehhmmm…
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
kapan yah kang..? bisa bercuti kesana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ENAK SAMA ENAK
kalau saya mau bercuti kesana, nanti saya jemput kang dadan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ENAK SAMA ENAK
Saya jadi terliur melihat hidangan yang tersedia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ENAK SAMA ENAK
Karena tempatnya bagus,… pastilah makanannya juga enak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ENAK SAMA ENAK
bang iwan jemput dadan saja?
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
memang sesuai untuk berlibur di sana..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Yup…sesapa nak jalan alternatif sila taip je sg koyan ke cameron…insyaallah entri akan jumpa entri aku tu…
Curahan rasa yas @ ..1 MALAYSIA TERTIPU – KES SITI NUR FATIHAH
Sungai Koyan.. aku ni jakun sikit nama pelik2.. hik3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Tum Tum bersenam untuk terakhir kali
Ko jgn wat pasai sis…tu ramai ex army kt sana tu…hehehe
Curahan rasa yas @ ..LAGI KES CULIK – Siti Nur Fatihah Mahadi
ada jalan alternatif yea?
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Assalam..
Dah banyak kali ke Cameron, 2x je tidur kat sana. Hari2 lain pergi balik sebab dekat dengan rumah. Lagipun waktu malam tak ada nak ke mana-mana, lepak kat apartment je dalam kesejukan..
Sedap tengok hidangan tu…ais strawberry coklat..yum..yum..
Curahan rasa iza @ ..Lelaki Kacak: 7 Keburukan Yang Terserlah.
wahh..best..hari2 dpt ke sana…jeles la gitu..huhu..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
pertama sekali ke cameron masa darjah 6.. hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
wah bestnyer.. lagi best kalau dapat g holiday camni…
Curahan rasa Nurul @ ..Terima kasih Eyriqazz.com
bila kita nak gi holiday nurul?
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Pehhh…strawberry park…mmg besh la…kg aku nak ke C.H ni dalam sejam gak…tapi jalan baru mmg besh laa…cuma setau aku jalan tu belum diwartakan lagi…
Curahan rasa yas @ ..ROBERT BALES BAKAL TERLEPAS?
aku tak sampai lagi kesana brother… tgk brother kita pegi dah mcm
nak kesana jer..
Curahan rasa nurmisnan @ ..PUSAT PERUBATAN KOHILAL KLINIK PAKAR SAKIT PUAN DAN KANAK KANAK
boleh makan strawberry sekilo.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Bestnyer kalau dpt bercuti merehatkan diri camnih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Permohonan Online ke UiTM Program Profesional ambilan Semester 1 2012 / 2013
jom pergi reramai.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
Mungkin suatu saat akan ada hadiah untuk melancong kesana
Curahan rasa Bang Iwan @ ..ENAK SAMA ENAK
kena cuti seminggu nih.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
how much did you spend for visiting strowberry park
waaaahhh.. seronok nampak berlibur ke sana… rasa nak bercuti pulak lah
Curahan rasa KiD @ ..Hilal Geng Tali Barut Di On Air Astro
kann…tggu cuti sekolah pjg nnti jer la alamatnya..hehe..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
Pernah menginap disana bersama isteri. Lawat kilang Teh Boh sekali. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI
aku tak jejak lagi ke kilang Boh tuh.. cuma ladang teh yer.. itu pun
tahun 87.. hik3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Tum Tum bersenam untuk terakhir kali
paling best pasar malam brinchang tu..haha…tmpat bagus mnghabiskan duit.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
skrang teh pelbagai perisa dah.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Belum pernah melancong ke sana…ada rezki lebih boleh lah terjah sana 🙂 thanks for the info.
Curahan rasa azmanisma @ ..Awas Salinan IC Anda!
boleh jer tu..jom buat rombongan ke sana.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
memang sesuai untuk beristirehat di sana…
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
wah best nye…mmg de plan da nk holiday @ cameron ni..
agk2 bpe bjet nk dpt stay selesa gitu eh?
hehehe terliur sat tgok gmbr mkanan2 tu..
Curahan rasa are_rull @ ..Spontaneuos Thursday #1
enaknya liburan, asri kali tempatnya …
wahhh bestnya bila la dapat bercuti cam ni
mesti laaa kan.. cuti2 lama rehatkan minda..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
seronoknya dapat bercuti ke stawberry park. Cuaca dingin dan segar di sini
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 21 – Sama dan serupa tak?
lagi2 kalau makan2 yang enak..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
bercuti memang saat yang menyenangkan, apalagi pergi ke tempat seperti Strawberry Park Resort…
Curahan rasa Dadan @ ..Waspada Terhadap Serangga Tomcat
sejuk…itu yg paling best!!…
Curahan rasa dzuandiey @ ..Buffered Earning Nuffnang kembali lagi!
tak payah pasang aircond..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari elissmie.com
Comments are closed.