Aturcara Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.

Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s MalaysiaOtens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.

Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.

Aturcara Seminar Affiliate

 

Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.

Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.

Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!

daftar-sekarang


Spread the love

89 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!