Asal jangan MLM

Assalamualikum dan Salam 1Dunia, cabang bisnis ada macam-macam jenis antaranya adalah pernigaan berkonsep multi level marketing. Daripada komen-komen dalam entri “Nak buat Duit pun tak yakin” memang ramai yang memandang negatif kepada industri MLM. Majoriti yang negatif kepada MLM ini samada mereka tidak mengenali bak kata pepatah “tak kenal maka dan cinta” atau pernah tertipu dengan pemain industri MLM. Ramai yang guna istilah apa pun boleh Asal Jangan MLM dah macam slogan politik pulak “asal jangan UMNO” atau “asal jangan Anwar Ibrahim”.

Buat Duit Online Hari-Hari dengan World of Hijab

MLM adalah sebuah industri besar di dunia yang menjana ekonomi dunia sehingga trillion dollar. Banyak syarikat MLM yang tersenarai antara 1000 syarikat terbesar dunia yang sudah bertapak puluhan tahun. Dengan izin ALLAH banyak syarikat MLM telah mengubah nasib ramai keluarga di dunia dari zero menjadi hero. Aku juga salah seorang pengiat MLM yang sangat aktif suatu masa dahulu.

Believes-MLM

Sebab paling utama ketika itu aku menceburi dunia MLM adalah untuk mendapat pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan bandar yang mendesak. Aku suka MLM kerana modalnya rendah, jadual kerja mengikut kelapangan masa, dapat mengamalkan ilmu motivasi yang dipelajari dari sifu motivasi dan paling penting berpotensi mendapat pendapatan diluar jangkaan tanpa diukur dengan sijil yang dimiliki.

Aku tak salahkan ramai yang berpandangan negatif kepada dunia MLM sehingga keluar slogan “Asal Jangan MLM” kerana kerosakan tersebut datang dari dalam. Antara kesilapan yang dilakukan oleh pengiat MLM :

1. Memanipulasi sistem MLM sehingga ahli perlu membayar yuran kemasukan yang sangat tinggi untuk membeli pangkat. Lebih malang apabila skim pinjaman disediakan untuk membeli pangkat sehingga RM30 ribu yang akhirnya ahli terbeban dengan hutang dan produk yang melambak sedang janji bonus beratus ribu hanya tinggal janji. MLM sebenar mesti dengan modal rendah untuk membeli produk dan perlu membeli produk setiap bulan untuk keperluan sendiri pada jumlah tertentu mengikut pangkat.

2. Skim Piramid dengan hanya fokus mencari network tanpa produk dengan janji pendapatan lumayan sehingga masyarakat beranggapan bahawa semua MLM adalah sistem piramid. Ketakutan kepada skim piramid sangat mendalam sehingga ramai memandang negatif kepada industri MLM. Semua skim Piramid di Malaysia tidak berdaftar atau bertopengkan syarikat MLM untuk mengkaburi mata penguatkuasa.

3. Disiplin pengiat MLM juga sangat buruk tanpa sistem berniaga yang betul dengan lebih suka memerangkap kawan-kawan tanpa kira masa dan lokasi. Ada ahli MLM yang berusaha mencari network baru tanpa kira masa sehingga lewat malam dan pergi ke rumah pelanggan walaupun mereka tidak bersedia. Ramai usahawan MLM yang berjaya kerana mereka mempunyai sistem kerja yang baik seperti menetapkan masa bertemu pelanggan dan menetapkan lokasi bertemu pelanggan. MLM juga perniagaan jadi pengiat mesti melaksanakan dengan minda bisnis untuk berjaya bukan cara carca merba tanpa sistem.

Bill-Gates-Network-Marketing

Dalam dunia yang semakin mencabar dan inflasi yang semakin tinggi kita tidak boleh mengharap segalanya disediakan oleh Kerajaan. Dunia akan terus berubah menjadi semakin mahal dan petrol juga akan semakin mahal kerana reserve minyak dunia semakin kurang. Mungkin kita tidak berpuashati dengan gaji kita hanya RM2500 sebulan tetapi dengan merungut menyalahkan orang tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena bangun membina ekonomi keluarga kita sendiri walaupun mungkin anda tidak suka dengan berbagai alternatif yang ada seperti MLM, buat duit online, jual poduk online dan sebagainya. Buangkan prasangka negatif seperti slogan “Asal Jangan MLM” kerana ianya tidak dapat membantu mengeluarkan anda daripada masalah kewangan yang berpanjangan.

warren buffet melabur dalam MLM

Tiada apa yang salah dengan MLM cuma yang salah adalah pengiat yang tamak jadi kita jangan keliru sehingga membuang jauh satu industri yang berpotensi sangat besar untuk mengubah nasib masa depan kita. Jangan takut apabila kita masuk MLM maka kawan kita akan jadi Jutawan kerana setiap hari ada sahaja orang yang menjadi jutawan atas setiap barang yang kita beli walaupun bukan dari produk MLM. Paling penting sifat terima kasih apabila kawan-kawan memberi peluang dan kita sendiri yang menilai samada ianya sesuai atau tidak bukan kerana terpaksa.

Tips Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%

Hari ini ada orang yang kreatif meraih pendapatan setiap hari, ada yang meraih pendapatan setiap bulan dan ada pulak dengan satu projek boleh menampung pendapatan satu tahun sedang ramai yang lain sedang mengeloh dan mengeloh setiap hari.  Bila lagi kita nak berubah? Belajarlah dari yang mahir jangan hanya mengharap orang lain menyuap keluarga kita.

961 Comments

  1. Setuju. Mlm ni sebenarnya banyak dapat membantu ekonomi sesebuah keluarga. Tapi kena pandai la, jangan nama MLM je terus nak join. Siasat dan selidik dulu latarbelakang syarikat, ahli panel pengarah syarikat dan banyak lagi. Aku dah setahun lebih join satu mlm ni. Memang banyak membantu ekonomi keluarga aku terutama waktu sesak macam nak kena hidupkan roadtax kereta, bil api tiba-tiba melambung, macam-macam lagi la. Nak harap gaji je, aku jamin memang tak cukup.
    Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Car Rental Shah AlamMy Profile

  2. Dulu pun aku tipikal bila sebut MLM. Salah satu sebab kena cari orang untuk dapatkan pair, baru lah masyuk. Memang kena aktif. Aku pulak jenis tak reti approach orang.

    November 2013 lepas, aku jumpa kompeni MLM kat Kedah, Classic Worldwide Corporation. Diorang meniaga makanan minuman kesihatan, buat sendiri. Diorang jual guna program ARBA Network.

    Dari December 2013, aku maintain dapat 1200 sebulan direct masuk Maybank. Tak payah cari orang, tak payah jual barang. Just register jadi ahli, dan beli produk sekali saja ikut modal. Tak payah maintain belian.

    Yang bestnya siap ada agreement stamping LHDN. Lesen KPDNKK (AJL) pun ada. Aku baru renew kontrak. Dah 13 bulan dengan syarikat. Terbaik dan aku rekemen kat korang yang tengah cari passive income.
    Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 7 @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah AlamMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!