Antara Iklan Pop-Up Ataupun Tidak


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Perlu ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

pop up Antara Iklan Pop Up Ataupun Tidak

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan kontrak pengiklanan yang agak lumayan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari luar negara. Mereka nampaknya agak agresif untuk mendapatkan trafik dari Malaysia untuk rangkaian pengiklanan mereka.

Walaupun bayaran yang diberikan adalah lebih mahal dan biasanya mereka akan bayar on-the-spot bagi setiap kontrak yang telah dipersetujui, saya tetap menolak tawaran mereka disebabkan syarat jenis iklan yang ingin mereka letak, iaitu iklan jenis pop-up/pop-under.

Iklan jenis pop-up ni adalah format lama di mana iklan akan timbul dalam window baru di skrin komputer anda setiap kali anda memasuki laman yang dipasangkan iklan jenis ini.

Iklan jenis pop-under pula adalah format iklan di mana iklan akan terbuka secara automatik pada tab baru atau window baru tetapi tidak terpapar sebagai tab/window utama ketika anda melayari laman web yang dipasangkan iklan jenis ini.

Persamaan untuk kedua-dua jenis ini ialah iklan dilihat lebih efektif pada mata klien/pengiklan kerana bilangan view adalah tinggi. Mana taknya, bagi semua pelawat yang masuk, window/tab baru iklan dah dipaparkan di skrin mereka secara automatik!

Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada beberapa penyedia widget yang curi-curi meletakkan iklan pop-up/pop-under pada blog anda sekiranya anda menggunakan widget mereka. Ini sangatlah merugikan anda kerana penyedia widget tersebut mengambil kesempatan ke atas blog anda untuk menjana pendapatan mereka. Elakkan daripada menggunakan widget sebegini.

Pada saya, iklan pop-up/pop-under ni adalah sesuatu yang menyusahkan pembaca. Saya sendiri benci pada laman web yang menyiarkan iklan sebegini, jadi tak wajar kalau saya siarkan jenis iklan yang sama kepada pembaca saya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan menerima tawaran pengiklanan sebegini?

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Bro Yusri 2 December 2012 at 11:06 am

    iklan jenis pop up ni dah ketinggalan zaman …dulu memang banyak, sampai pening nak pangkah …
    Entri terbaru Bro Yusri – Teknologi Agro – Minuman Koko E-ManMy Profile

  • Blog Keperawatan 28 November 2012 at 1:12 am

    Bila kita mencari artikel dan mendapatkan semacam iklan pop up ini malahan membuat keinginan membaca artikelnya jadi menurun
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Mendidik Anak Dalam KandunganMy Profile

  • Blog Keperawatan 11 October 2012 at 6:59 pm

    Banyak juga ditemukan iklan pop up ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Mengapa Muslimah BerjilbabMy Profile

    • Blog Keperawatan 11 October 2012 at 7:01 pm

      Dan kebanyakan hak tersebut membuat tidak nyaman sebagian besar para pengunjungnya
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Mengapa Muslimah BerjilbabMy Profile

  • Jai 11 October 2012 at 12:24 am

    setuju..sy rimas jgak kalo pop up2 ni..loya btol nk tgk

  • dennis 25 September 2012 at 8:21 am

    Setuju. Aku akan blacklist mana mana blog yg ada iklan popup bagai nie. rimas
    Entri terbaru dennis – CENTRAL WETLAND, TAMAN WETLAND PUTRAJAYAMy Profile

  • Noorikmal 24 September 2012 at 1:22 pm

    Assalam, saya paling tak suka dengan blog yg ada iklan mcm nie… rasa geram pun ada juga sebab tengah syok2 baca, bila klik ini keluar pula iklan pop-up tu…
    Entri terbaru Noorikmal – Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2013My Profile

    • blog pendidikan 23 November 2012 at 7:35 pm

      memanfaatkan iklan pop up semua tergantung pemilik blog. memang sih dari segi penampilan mengganggu pengunjung
      Entri terbaru blog pendidikan – iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  • RIS-FAMILI 24 September 2012 at 8:11 am

    Saya pun tak suka blog/website macam ni. Mangganggu, jga blog yg ada popup yg keluar suruh like blog tersebut.
    Entri terbaru RIS-FAMILI – Penawar Batuk | Petua Orang TuaMy Profile

    • Jai 11 October 2012 at 12:25 am

      yup..nk suruh like atau sign dlu..mmg ttop tros la blog/web yg function mcm tu

  • dzuandiey 23 September 2012 at 9:05 am

    iklan jenis ini akan menyusahkan pengguna jer nanti kan…hurmm…
    Entri terbaru dzuandiey – [Wordless Wednesday] Adegan Gay Twilight?My Profile

  • khairil 22 September 2012 at 3:44 am

    bagi saya memang tak suka iklan pop-up.user experience yg buruk di situ.
    Entri terbaru khairil – Panggung Wayang Terbelah Dua Ketika Menayangkan Filem ‘Innocence of Muslim’?My Profile

  • yangbaik 20 September 2012 at 11:49 pm

    info ini memang menarik…tetapi terfikir juga macam mana lah bloger picisan seperti yangbaik ni boleh dapat tawaran macam tu… dah lah tak popular, cerita pun tak cukup sensasi sekadar cukup2 makan jer.. hehehhe… opss! :P
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

  • yangbaik 20 September 2012 at 11:47 pm

    hmmm… belum lagi menerima tawaran hebat begini dan kalau ditawarkan pun sama juga saya tak suka iklan pop up… mengganggu… kadang2 penuh skrin… :)
    Entri terbaru yangbaik – Eh! Ada hatiMy Profile

1 4 5 6


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network