Denaihati - Hidupkan untuk memberi

Aku Seorang Blogger

Artikel diterbitkan pada 24-07-2011 10:20

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa bezanya dengan perkataan aku seorang Usahawan, aku seorang Doktor, aku seorang Jurutera, aku seorang Cikgu atau Aku Seorang Blogger. Kalau 2-3 tahun lepas Blogger hanya aktiviti sambilan kepada sebahagian kecil masyarakat yang mahir dengan IT tetapi tidak lagi sekarang. Berapa ramai sekarang rakan blogger yang sudah berani mengatakan bahawa Aku Seorang Blogger sepenuh masa.

Untuk mengumumkan Aku Seorang Blogger adalah perkara mudah tetapi untuk menjaga etika profesion seorang blogger itu yang susah. Apabila kita sudah mengaku Aku Seorang Blogger maka kita juga mesti merasai diri kita seperti Usahawan, Doktor, Jurutera dan Cikgu yang mesti mempunya kod etika dan disiplin.

blog logo1 Aku Seorang Blogger

Menyelongkar rahsia Blog

Menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan menjana pendapatan untuk kehidupan keluarga adalah perkara lumrah sekarang. Jika nilai sebuah property atau harta tanah terletak pada lokasi, lokasi dan lokasi, nilai blogger sepenuh masa pula terletak pada trafik, trafik dan trafik. Lihat sahaja Google, Yahoo dan Facebook berusaha dengan berbagai cara untuk menguasai trafik sehingga sanggup mengeluarkan ratusan juta dollar membeli website yang mempunyai trafik yang tinggi.

Aku Seorang Blogger tidak boleh menjadii tiket untuk tulis apa sahaja atau publish apa sahaja gambar hanya kerana nak dapat trafik tanpa memikirkan sensitiviti Agama, keamanan Negara dan keharmonian Bangsa.

Aku Seorang Blogger akan terus berusaha supaya apa juga yang aku buat akan memberi manafaat bukan sahaja kepada blog denaihati tetapi kepada blog-blog lain terutama yang baru seperti tip blogging terbaik dan memberi manafaat kepada seluruh alam sebagaimana tagline Hidupkan Untuk Memberi. Top Blogger Malaysia bukanlah matlamat utama untuk Aku Seorang Blogger.

Bagaimana pula anda rakan blogger?

Nota : Jangan lupa baca tip blogging terbaik dari semua 60 rakan blogger Malaysia dan Indonesia @ link.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Ibang S R April 27, 2012 at 1:32 am

    Informasi yang bagus, terima kasih DH atas share nya.
    Entri terbaru Ibang S R – Sit And Stand StrollerMy Profile

  • nida March 17, 2012 at 6:04 pm

    sila kunjungi blog sy utk mengetahui tentang produk keluaran bumiputra yg tidak kalah dengan keluaran luar negara

  • [...] Blogging Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa tahun lepas aku ada buat entri “Kenapa anda berblogging kerana duit atau hobi” memang banyak feedback yang diterima darpada Rakaan Blogger ketika itu. Masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka mempunyai blog. Berbagai idea dan pandangan juga dikongsikan oleh Rakan Blogger dalam entri “Aku seorang Blogger“. [...]

  • Steward John September 30, 2011 at 3:19 pm

    Rasanya belum mencapai tahap yang itu lagi Bang Iwan.. Banyak lagi perlu dipelajari.
    Entri terbaru Steward John – Alamat Rumah Cikmin?My Profile

    • Ibang S R April 27, 2012 at 1:33 am

      Iya terus lah pelajari,biar tercapai apa yang Diingkan, sukses selalu Steward John.
      Entri terbaru Ibang S R – Evenflo ExersaucerMy Profile

  • Syarih August 4, 2011 at 4:56 pm

    usaha tangga kejayaan…

  • blogger newbie August 4, 2011 at 11:05 am

    nice info.. go on blogger :D
    Entri terbaru blogger newbie – Harga Mobil Nissan TerbaruMy Profile

  • Kak Long Mawar Merah July 30, 2011 at 11:15 pm

    Jadi blogger memang perlu menjaga etika.
    Entri terbaru Kak Long Mawar Merah – Ribut di Pusat PeranginanMy Profile

    • Steward John September 30, 2011 at 3:20 pm

      Setuju sangat.. penulisan tu kena hati-hati, ramai jer blogger dekat luar tu disaman
      Entri terbaru Steward John – Alamat Rumah Cikmin?My Profile

  • Sya Isya July 29, 2011 at 1:24 am

    Bukan senang juga sebenarnya menjadi blogger ni
    Entri terbaru Sya Isya – STATUS FB PENUH KOMEN PASAL BOLA, ENTRI BLOG PUN PASAL BOLA JUGAMy Profile

  • Forum Promosi Gratis July 27, 2011 at 1:02 pm

    ah ya, betul sekali. Semakin hari saya melihat lebih banyak blogger full.
    dan saya sependapat, menjaga kode etik itu penting.
    semoga saya juga bisa.
    salam
    Entri terbaru Forum Promosi Gratis – KERIPIK TALAS/KELADIMy Profile

1 2 3 4