Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sehingga hari ini, masih ramai yang berkira-kira sama ada ingin membina laman sesawang @ website atau tidak? Antara faktor utama adalah kerana ianya melibatkan kos pembangunan dan kos untuk selenggara domain dan hosting setiap tahun. Sebenarnya ini berlaku kerana masih ramai tidak pasti kenapa perlu ada laman sesawang untuk perniagaan atau jenama mereka.
Dalam artikel kali ini, kita akan berbincang 7 sebab mengapa setiap perniagaan perlu mempunyai laman sesawang. Ini agar tiada lagi perasaan ragu-ragu untuk membina laman sesawang untuk syarikat masing-masing. Mari kita baca di ruangan di bawah.
1. Membina kredibiliti
Laman sesawang sebenarnya dapat mewakili syarikat kita untuk membina kredibiliti tanpa kita perlu ada di situ. Laman sesawang akan dapat menyampaikan info-info penting dan seterusnya membolehkan perkenalan dan perhubungan dengan pelawat baru terbina.
Ini antara perkara penting yang perlu kita fahami, laman sesawang yang dibina dengan baik akan menyampaikan asas jenama syarikat tersebut. Apa yang ingin disampaikan, konten apa yang ingin disogok kepada pelawat, semuanya adalah sebahagian daripada perancangan apabila kita membina laman sesawang.
Bayangkan, sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet akan dapat melayari laman sesawang syarikat kita dan seterusnya berkenalan dengan perkhidmatan atau produk yang kita ingin pasarkan.
2. Alat Pemasaran Digital
Laman sesawang adalah salah satu daripada alat penting dalam mendominasi pemasaran dalam dunia digital masa kini. Kita boleh menggunakan rangkaian media sosial, aplikasi mobile, forum, email dan sebagainya. Namun begitu, ianya sangat berbeza dengan konsep atau strategi yang digunakana apabila kita membina laman sesawang.
Menggunakan laman sesawang, anda boleh memperkenalkan perniagaan anda kepada bukan sahaja pasaran di Malaysia, bahkan di seantero dunia. Ini merupakan satu perkara yang memerlukan kos yang sangat tinggi 20 tahun yang lalu. Namun sekarang, anda boleh melakukannya dengan lebih jimat dan mudah. Laman sesawang akan bertindak sebagai wakil pemasaran anda di mana juga anda berada.
3. Sebagai wakil membuat jualan
Apabila melakukan perniagaan, pasti dan pasti kita mahukan jualan berlaku. Semakin banyak jualan, semakin seronoklah pernaigaan kita diteruskan. Jualan dalam dunia digital ini boleh berlaku dalam banyak saluran. Saluran media sosial, sistem perhubungan seperti Whatsapp dan tidak dilupakan melalui laman sesawang.
Jualan yang berlaku menggunakan laman sesawang sebenarnya lebih menyeronokkan. Ini kerana ianya berlaku secara automatik tanpa penglibatan kita secara langsung semasa proses jualan berlaku. Kita boleh berada di mana sahaja semasa proses jualan itu berlaku. Tidak perlu lagi mengadap telefon pintar setiap masa hanya kerana ingin membuat jualan.
Namun begitu, teorinya lebih mudah berbanding praktikal, kita perlu terlebih dahulu bersusah payah untuk mengenalpasti sama ada laman kita cukup bagus untuk menjadi wakil jualan kita. Ini perlukan ilmu dan perancangan yang teliti.
4. Membuat analisa lebih mendalam
Apabila kita mempunyai laman sesawang, adalah lebih mudah untuk kita membuat analisa apa isi kandungan yang digemari, dari mana pelawat kita hadir, lokasi mana yang menjadi tumpuan dan topik apa yang menarik perhatian ramai. Kebanyakan data-data ini kita boleh perolehi secara percuma sahaja. Memang berbaloi-baloi apabila kita dapat membuat analisa yang mendalam dan seterusnya memberikan impak kepada perniagaan kita.
Semakin banyak data yang kita kumpul daripada laman sesawang, semakin hebat perancangan yang akan dapat kita sediakan. Kuasa laman sesawang ini memang sangat luar biasa seandainya diusahakan dengan baik. Apa yang penting, kita selenggara laman sesawang kita dengan baik. Pasang alatan untuk mengumpul semua data berkaitan dan akhirnya membuat analisa yang diperlukan.
5. Menyampaikan maklumat dengan baik
Kita biasa baca, dengar atau lihat, pernyataan “content is king” atau “isi kandungan itu raja”. Jika benar kita faham mengenai perkara ini, isi kandungan yang berbentuk maklumat ini akan menyebabkan kita boleh merajai atua mendominasi dunia digital untuk industri yang kita ceburi.
Tambah menarik, apabila menulis artikel di laman sesawang, ianya dapat disusun mengikut apa yang kita telah rancang. Berbeza jika kita menulis di rangkaian media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Kita terpaksa akur dengan tetapan yang telah disediakan.
Apabila maklumat dapat disampaikan dengan baik, pelawat yang tidak mengenali kita, akan mula mengenali. Apabila perkenaalan telah berlaku. proses untuk menukarkan status pelawat kepada pembeli itu akan lebih lancar dan mudah. Semua ini akan berlaku dengan susun atur maklumat yang baik dan bukan sekadar untuk menjual. Didiklah mereka dengan ilmu secukupnya, jualan akan berlaku selepas itu.
6. Fleksibiliti dalam pengurusan
Laman sesawang juga membenarkan kita untuk menjadi lebih fleksibel dalam menguruskan perniagaan. Sama ada kita menggunakan telefon pintar, laptop mahupun komputer meja, semuanya masih boleh digunakan untuk menguruskan perniagaan kita seperti mana kita menggunakan laman media sosial dan lain-lain.
Laporan jualan, analisa prestasi harian, mingguan, bulanan dan tahunan, semuanya berada dalam genggaman kita dan hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan semua laporan ini. Mudah bukan?
7. Pusat hentian setempat
Akhir sekali, laman sesawang akan menjadi tempat hentian setempat untuk pembaca, bakal pelanggan, pelanggan, ejen jualan dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenai berita terkini dan perkembangan syarikat kita. Ianya akan memudahkan proses penyampaian berita dan banyak lagi.
Semua ini memang boleh dilakukan juga menggunakan saluran yang lain, namun dengan laman sesawang, ianya boleh kita susun agar mudah untuk dicari dan dirujuk semula.
Semoga perkongsian kali ini menjawab persoalan rakan-rakan yang masih berfikir-fikir sama ada perlu atau tidak membina laman sesawang untuk perniagaan masing-masing.
65 Comments
laman sesawang saya tidak terurus sangat..
sebab itu kot kurang menjana pendapatan lantaran trafik /pelawat malu-malu untuk singgah kat laman sesawang saya nie
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Jurus Sakti Untuk Skrip Copywriting
Insya Allah boleh diusahakan tu MrHanafi , yang penting jangan kita putus ikhtiar, ilmu MrHanafi apa kurangnya 🙂
Curahan rasa Sani @ ..Percutian Itu Memang Menyeronokkan!
Laman sesawang perlu guna medium pengiklanan lain seperti Google Adwords atau FB Ads.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Senarai Kos Beli Rumah Lelong
memang penting punya blog saat ini walau belum guna yang berbayar masih gratisan cukuplah untuk cari uang
Curahan rasa web guru tech @ ..Dunia tanpa rokok
Boleh dikembangkan tu Web Guru Tech, menjadi pendapatan pasif, semuanya dibayar dengan pendapatan dari blog itu.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
Setuju..
Laman sesawang sangat penting untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara online…
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Content is a king.. database also very importent for internet marketing..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Perniagaan secara online boleh terkubur tanpa adanya database customer yang dikumpul melalui laman web..
Curahan rasa anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar dan Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Google Map
Memang penting bro anuar, database tu. apatah lagi sekarang dengar guna wabsite kita boleh retargeting balik pelanggan yg lama. Memang best kalau ada database.
Curahan rasa Sani @ ..Percutian Itu Memang Menyeronokkan!
Zaman sekarang teknologi dihujung jari. Biasanya kita akan mencari info tentang sesuatu produk sebelum membuat sebarang pembelian. Pembelian di laman sesawang lebig cepat,mudah & menjimatkan masa.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..ADAKAH SOYA SELAMAT UNTUK PESAKIT OVARIAN CYST?
Disamping itu boleh pergi ke arus perdana yang lebih ramai prospek dari seluruh dunia. Best kan macam tu?
Ya.. sedar akan keperluannyalah saya menapak ke dunia blog. Sangat baru bagi saya. Masih kekok mengurus post, blogwalking, facebook & ig.
Curahan rasa Noor aziana mohd salleh @ ..7 Tips Terbaik Kawal Emosi Ketika Ekzema
Mula mula memang rasa kekok, tapi lama kelamaan dah jadi satu aktiviti yang menguntungkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sewa Beli Kereta Proton Untuk Pemandu Uber
Kalau serius dalam pernigaan memang menjudi suatu kemestian. Saya ada website yang masih mendatangkan jualan walaupun kurang mengemaskini kandungannya.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Hebat, boleh kongsikan website tu dengan kami? Kurang update tapi jualan memberangsangkan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
Masih belajar menguruskan masa antara blog, fb, instagram dan wasap. Memang penting ada blog tetapi perlukan masa
Sekarang sudah ada tool yang boleh mengintegrasi semua media dan mudah menguruskannya dari satu tempat sahaja seperti iftt dan ada plugin wordpress yang boleh melakukkannya juga.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
GV pun kalu nak beli apa2x, selalu rujuk kat website atau internet dulu sebab nak tahu detail pasal barang tu. GV prefer website jualan yang letak harga jualan dia supaya senang customer decide nak beli yang mana satu.
Curahan rasa GALAKSI VIRAL @ ..GIMIK MELETOP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 YANG EPIK
di internet senang tak perlu beratur dan menunggu lama harga pun ada boleh nilai sendiri
Curahan rasa SZI @ ..Jangan pentingkan diri bila berada di Surau
Itu salah satu sebab unik kenapa orang beli belah di internet, jimat masa menunggu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
Lagi satu GV kita boleh membuat perbandingan dan mencari harga yang paling berbaloi dengan item yang kita inginkan.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Tidak pernah rugi jiak menggunakan laman sesawang dengan betul untuk bisnes anda
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BAGAIMANA BLOG ATAU LAMAN SESAWANG MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI BISNES ANDA
Betul tu… memang tak rugi jika bijak guna laman web untuk bisnes yang berfaedah
Curahan rasa SZI @ ..Jangan pentingkan diri bila berada di Surau
Ada kepentingannya lagipun ini untuk memudahkan orang ramai juga. Secara tidak langsung bantu jana income lebih baik.
Curahan rasa Ira @ ..omega
Setuju dapat jana income online… tak perlu bersusah payah yang penting jujur dan menghargai pelanggan.
Curahan rasa SZI @ ..Jangan pentingkan diri bila berada di Surau
Mudah untuk dapatkan ramai pelanggan jika betul cara dan strateginya. Kena ada ilmu baru boleh berjaya..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Website sendiri ni umpama ada negara sendiri. Nak buat apa pun boleh. Tak ada siapa boleh marah. Cuma ikut mampu ke tak nak buat apa yg kita buat.
FB, IG, Shopee dan lain2 ni umpama kedutaaan kita je sebenarnya. Ikut undang2 diorg dan kita ada presence pun ikut budi bicara mereka. Anytime boleh kena kick, kena tutup.
Jadi, mahu x mahu, kalau belum ada laman sendiri, kena ada plan utk itu.
Curahan rasa LovelySuri @ ..FREE ! Kurung Moden Giveaway
Itulah yang sebaik-baiknya. Strategi yang menguntungkan untuk jangka panjang dan terbukti masih evergreen.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Zaman sekarang ramai orang sibuk tapi barang nak cepat. Jadi laman sesawang sangat memudahkan kerja beli barang. Untung siapa yang perniagaan ada laman sesawang.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Benarkah Soya Selamat Untuk Pesakit Ovarian Cyst?
Banyak kemudahan untuk beli barang online, tak perlu keluar rumah, pergi bank atau buang banyak masa di jalan raya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Saya lah antara orang yang masih suka baca website jualan, dan kalau boleh nak terus klik beli aje dari laman tersebut. Tak berapa suka nak kena whatsapp bagai untuk tanya harga dan buat belian. Jadi, kalau ada produk yang disukai tapi takde website jualan, saya akan cari alternatif (produk) lain…
Curahan rasa Arnie @ ..Set Milk Booster Bukan Jaminan Susu Banyak Melimpah Ruah
Beli ikut flow lebih mudah dari beli guna WhatApps sebab kena tunggu orang balas mesej lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
Ya itu memang benar..sekurang-kurangnya mempunyai blog..bagi memperkenalkan produk jualan.
Bila ada blog, pelanggan yang tak ada akaun FB tak perlu buka FB untuk beli produk.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
Yang meniaga zaman sekarang ni wajib ada laman sesawang walaupun ayng percuma
sebab banyak peluang
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bina rumah banglo : Persediaan awal untuk tapak binaan
Bila ada laman sesawang sendiri, itu sudah dikira serius untuk berniaga di internet.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Comments are closed.