Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sehingga hari ini, masih ramai yang berkira-kira sama ada ingin membina laman sesawang @ website atau tidak? Antara faktor utama adalah kerana ianya melibatkan kos pembangunan dan kos untuk selenggara domain dan hosting setiap tahun. Sebenarnya ini berlaku kerana masih ramai tidak pasti kenapa perlu ada laman sesawang untuk perniagaan atau jenama mereka.
Dalam artikel kali ini, kita akan berbincang 7 sebab mengapa setiap perniagaan perlu mempunyai laman sesawang. Ini agar tiada lagi perasaan ragu-ragu untuk membina laman sesawang untuk syarikat masing-masing. Mari kita baca di ruangan di bawah.
1. Membina kredibiliti
Laman sesawang sebenarnya dapat mewakili syarikat kita untuk membina kredibiliti tanpa kita perlu ada di situ. Laman sesawang akan dapat menyampaikan info-info penting dan seterusnya membolehkan perkenalan dan perhubungan dengan pelawat baru terbina.
Ini antara perkara penting yang perlu kita fahami, laman sesawang yang dibina dengan baik akan menyampaikan asas jenama syarikat tersebut. Apa yang ingin disampaikan, konten apa yang ingin disogok kepada pelawat, semuanya adalah sebahagian daripada perancangan apabila kita membina laman sesawang.
Bayangkan, sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet akan dapat melayari laman sesawang syarikat kita dan seterusnya berkenalan dengan perkhidmatan atau produk yang kita ingin pasarkan.
2. Alat Pemasaran Digital
Laman sesawang adalah salah satu daripada alat penting dalam mendominasi pemasaran dalam dunia digital masa kini. Kita boleh menggunakan rangkaian media sosial, aplikasi mobile, forum, email dan sebagainya. Namun begitu, ianya sangat berbeza dengan konsep atau strategi yang digunakana apabila kita membina laman sesawang.
Menggunakan laman sesawang, anda boleh memperkenalkan perniagaan anda kepada bukan sahaja pasaran di Malaysia, bahkan di seantero dunia. Ini merupakan satu perkara yang memerlukan kos yang sangat tinggi 20 tahun yang lalu. Namun sekarang, anda boleh melakukannya dengan lebih jimat dan mudah. Laman sesawang akan bertindak sebagai wakil pemasaran anda di mana juga anda berada.
3. Sebagai wakil membuat jualan
Apabila melakukan perniagaan, pasti dan pasti kita mahukan jualan berlaku. Semakin banyak jualan, semakin seronoklah pernaigaan kita diteruskan. Jualan dalam dunia digital ini boleh berlaku dalam banyak saluran. Saluran media sosial, sistem perhubungan seperti Whatsapp dan tidak dilupakan melalui laman sesawang.
Jualan yang berlaku menggunakan laman sesawang sebenarnya lebih menyeronokkan. Ini kerana ianya berlaku secara automatik tanpa penglibatan kita secara langsung semasa proses jualan berlaku. Kita boleh berada di mana sahaja semasa proses jualan itu berlaku. Tidak perlu lagi mengadap telefon pintar setiap masa hanya kerana ingin membuat jualan.
Namun begitu, teorinya lebih mudah berbanding praktikal, kita perlu terlebih dahulu bersusah payah untuk mengenalpasti sama ada laman kita cukup bagus untuk menjadi wakil jualan kita. Ini perlukan ilmu dan perancangan yang teliti.
4. Membuat analisa lebih mendalam
Apabila kita mempunyai laman sesawang, adalah lebih mudah untuk kita membuat analisa apa isi kandungan yang digemari, dari mana pelawat kita hadir, lokasi mana yang menjadi tumpuan dan topik apa yang menarik perhatian ramai. Kebanyakan data-data ini kita boleh perolehi secara percuma sahaja. Memang berbaloi-baloi apabila kita dapat membuat analisa yang mendalam dan seterusnya memberikan impak kepada perniagaan kita.
Semakin banyak data yang kita kumpul daripada laman sesawang, semakin hebat perancangan yang akan dapat kita sediakan. Kuasa laman sesawang ini memang sangat luar biasa seandainya diusahakan dengan baik. Apa yang penting, kita selenggara laman sesawang kita dengan baik. Pasang alatan untuk mengumpul semua data berkaitan dan akhirnya membuat analisa yang diperlukan.
5. Menyampaikan maklumat dengan baik
Kita biasa baca, dengar atau lihat, pernyataan “content is king” atau “isi kandungan itu raja”. Jika benar kita faham mengenai perkara ini, isi kandungan yang berbentuk maklumat ini akan menyebabkan kita boleh merajai atua mendominasi dunia digital untuk industri yang kita ceburi.
Tambah menarik, apabila menulis artikel di laman sesawang, ianya dapat disusun mengikut apa yang kita telah rancang. Berbeza jika kita menulis di rangkaian media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Kita terpaksa akur dengan tetapan yang telah disediakan.
Apabila maklumat dapat disampaikan dengan baik, pelawat yang tidak mengenali kita, akan mula mengenali. Apabila perkenaalan telah berlaku. proses untuk menukarkan status pelawat kepada pembeli itu akan lebih lancar dan mudah. Semua ini akan berlaku dengan susun atur maklumat yang baik dan bukan sekadar untuk menjual. Didiklah mereka dengan ilmu secukupnya, jualan akan berlaku selepas itu.
6. Fleksibiliti dalam pengurusan
Laman sesawang juga membenarkan kita untuk menjadi lebih fleksibel dalam menguruskan perniagaan. Sama ada kita menggunakan telefon pintar, laptop mahupun komputer meja, semuanya masih boleh digunakan untuk menguruskan perniagaan kita seperti mana kita menggunakan laman media sosial dan lain-lain.
Laporan jualan, analisa prestasi harian, mingguan, bulanan dan tahunan, semuanya berada dalam genggaman kita dan hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan semua laporan ini. Mudah bukan?
7. Pusat hentian setempat
Akhir sekali, laman sesawang akan menjadi tempat hentian setempat untuk pembaca, bakal pelanggan, pelanggan, ejen jualan dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenai berita terkini dan perkembangan syarikat kita. Ianya akan memudahkan proses penyampaian berita dan banyak lagi.
Semua ini memang boleh dilakukan juga menggunakan saluran yang lain, namun dengan laman sesawang, ianya boleh kita susun agar mudah untuk dicari dan dirujuk semula.
Semoga perkongsian kali ini menjawab persoalan rakan-rakan yang masih berfikir-fikir sama ada perlu atau tidak membina laman sesawang untuk perniagaan masing-masing.
65 Comments
info yang sangat berguna… buat bisnes dalam internet niu mudah cuma perlukan maasa uasaha dan kesabaran..
Thank you so much for sharing this wonderful blog. It is useful to everyone. Very interesting blog. – centrifugal pumps, metering pumps
http://www.dencilpumps.com/
zaman sekarang nak cari info pasal sesuatu mesti kena search..nak cari barang google itu google ini..haa sinilah blog itu penting hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Hukum Hadiah Pertandingan Memancing Dalam Islam
zaman sekarang semua bnd perlukan ict, baik berniaga atau apa sekalipun. Jadi mmg penting sgt sbnrya bnd ni semua. Org ckp, boleh tembus ke dalam rumah org la kalau guna it nk bisnes ni hehe
Tak dapat nak develop website, sekurang-kurangnya perlu develop blog untuk bisnes untuk memenuhi 7 perkara di atas.
Walaupun sosial media dah power, website dan blog tetap jangan dilupakan.
Curahan rasa razis @ ..Zlatan Ibrahimovic Bakal Pakai Jersi No.10. Betul ke?
dari 7 point ni pun dah nampak dengan jelas betapa pentingnya laman sesawang untuk setiap ici bisnes. rugilah kalau pemilik bisnes memandang sepi potensi sesebuah laman sesawang.
Buat apa pun kalau bersungguh sungguh sampai habis memang bagus
Dari buat sikit, susah berhenti
Lepas tu cuba benda lain
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..15 Cara Kurang alahan mengandung supaya ibu & bayi cukup zat!
Dengan adanya laman sesawang perniagaan sendiri, kita boleh susun mengikut citarasa sendiri berbanding media sosial lain yang terikat dengan ketetapan yang perlu dipatuhi.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Perniagaan yang tiada laman web, akan ketinggalan ke belakang. Promosi bisnes melalui laman web lebih meluas berbanding iklan akhbar dan TV dan jauh lebih murah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tip Menghadapi Kenaikan Harga Minyak
Laman sesawang adalah penting untuk membina kredibiliti dan jenama sesuatu bisnes
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..CARA TANGANI DAN KURANGKAN STRESS DI TEMPAT KERJA
Bila ada laman web sendiri, ibarat kita mempunyai wakil jualan yang membuat kerja jualan untuk kita selama 24jam setiap hari. Contohi macam Lazada. Tak kira walau jam berapa sekalipun, tetap ada orang beli.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
Dengan adanya laman sesawang, prospek boleh terus Google maklumat. Jika kedudukan laman sesawang kita berada dalam SEO yang baik, maka tinggilah peluang untuk dijumpai oleh mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ebook Percuma Separa Perubatan
Memang lebih baik ada website untuk perniagaan, mudah untuk reach audience dan kongsikan info2 lengkap dan terbaru tentang perniagaan
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Bina Rutin Positif Baru Hanya Dengan 20 Saat
Info yang sangat berguna. TQ sharing. Blogging juga boleh menjana pendaatan jika dimanfaatkan dengan baik
Curahan rasa semakini @ ..Semak Permohonan Rayuan UPU Online bagi Lepasan STPM/Setaraf 2017
membina jenama sendiri di internet memang sangat penting. apatah lagi utk bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jambatan Pulau Pinang Ditutup 2017
Comments are closed.