Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
blog telah wujud sejak sekian lama, ianya bermula sebagai platform penulisan diari online kemudian berkembang menjadi satu platform pemasaran yang luar biasa berkesan. Sehingga kini, blog semakin relevan disebabkan perkongsian maklumat dan isi kandungan yang dekat dengan pembaca.
Walaupun ramai yang menyatakan orang sudah tidak membaca blog, tanpa sedar sebenarnya mereka menggunakan Google untuk membuat carian dan keputusan yang dipaparkan itu kebanyakannya terhasil daripada penulisan artikel di blog. Hari ini, sekiranya kita ingin melakukan pemasaran menggunakan isi kandungan (content marketing), blog adalah platform paling mudah.
Denaihati Network merupakan syarikat yang wujud daripada sebuah blog peribadi, kami menggunakan WordPress sebagai platform utama kerana setelah lebih 10 tahun menggunakan WordPress, banyak teknik-teknik dan strategi yang dapat dirancang untuk perjalanan pemasaran yang lebih efektif.
1. Blog sebagai alat penjenamaan
Blog kepada peniaga merupakan salah satu cara untuk kita bina jenama. Artikel-artikel yang ditulis untuk bidang atau topik yang tertentu secara terperinci akan memberikan kepercayaan kepada jenama yang kita usahakan. Harini ini pengguna semakin bijak untuk membuat pilihan apabila mereka ingin membuat belian.
Pengguna akan membuat carian terlebih dahulu dan membaca penemuan-penemuan dalam enjin carian. Sekiranya mereka menemui banyak bahan rujukan daripada blog perniagaan kita, dari situ mereka akan lebih mudah untuk terpikat dan membeli produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.
2. Membina perhubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada
Blog boleh digunakan untuk membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sangat berkesan. Apabila kita banyak menulis artikel yang memberikan faedah dan manfaat kepada pembaca, mereka akan kerap hadir ke blog kita untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti.
Perhubungan ini terbina apabila pembaca mendapat manfaat tersebut, dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pembeli apabila penawaran berlaku dan mereka telah percaya dengan apa yang kita sampaikan selama ini. Perkongsian tips kehidupan dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan adalah antara perkara yang boleh dilakukan.
3. Kos pemasaran semakin lama semakin berkurang
Menggunakan blog, kos pemasaran akan semakin berkurang semakin lama kita berada di persada platform digital ini. Apabila cukup banyak artikel yang boleh ditemui di enjin carian, ketika itu, rujukan kepada blog kita akan menjadi semakin hebat, dan apabila artikel disusun dengan baik, kita akan dapat membuat jualan dengan menggunakan blog.
Pada masa kini, ramai pengusaha blog yang hanya berdiam diri mengakut keuntungan daripada artikel yang mereka tulis, ada yang menggunakannya sebagai platform pengiklanan, menjual produk affiliate dan pelbagai lagi, semua disebabkan mereka telah menulis cukup artikel di blog mereka untuk blog mereka menjadi tumpuan.
Andai anda ingin belajar selok belok menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7&8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
alhamdulilah saya di beri petunjuk untuk bloging…moga berhasil utk mendapatkan income
Curahan rasa obat perangsang @ ..KLG Obat pembesar mrp original asli
Semoga dengan adanya blog, produk anda terjual denga kos yang rendah dan untung yang tinggi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
aku masih baru nih di dunia blog. begitu banyak yah mangfaat blog untuk barang dagangan kita
Curahan rasa izawa 678 @ ..KLG Obat pembesar mrp original asli
Baru atau lama semestinya perlukan komitmen untuk bermula dan bergerak secara konsisten.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
artikel 3 sebab mengapa peniaga online perlu mempunyai blog ini bisa menambah wawasan
Curahan rasa produkoris.com @ ..Ramuan Herbal Mengencangkan Payudara
Semoga ada peningkatan motivasi dan semangat dalam pergerakan membangunkan dunia blogging.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Selain media promosi , blog juga dapat dimanfaatkan sebagai media silahturami dan berbagi ilmu . 🙂
Setuju, dengan blog kita bisa kenal siapa yang sering berbagi ilmu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
informasi sangat lah membantu saya mas, terima kasih atas apa yang sudah anda berikan
Benar, ada banyak lagi info dalam blog denai hati yang boleh bantu kita bersama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
memang penting sih…tapi kayanya masih banyak juga yang belum demikian..
tapi juga meski demikian akhir akhir ini sudah berkembang’-‘
Curahan rasa Ahmad Fauzan @ ..Cara Upload Foto di Instagram Lewat Komputer
Untuk jadi kaya, harus cambahkan lebih satu dari paip pendapatan, baru pantas pencapaian untuk jadi kaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
Setuju sangat, sekarang ini orang lebih mudah mencari maklumat . Hanya di hujung jari jer . So blog penting untuk kita berada di laman carian .
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..4 Idea Perniagaan Dari Rumah Pasti Untung
Benar, mudah untuk terus buat duit secara online, hanya perlu pilih dan bertindak sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Blog bagi saye berfungsi sebagai personal branding, dalam bisnis online kepercayaan itu sangat penting. Melalui blog orang bisa menilai karakter dari tulisan pemiliknya. Sepertinya Bang Amir lebih paham mengenai ini.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gara-Gara Menyulap Motor Dinasnya, Polisi Perbatasan Ini Dipanggil Jokowi ke Istana Negara
Mula untuk penjenamaan peribadi, satu hari nanti boleh jenamakan syarikat pula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Sebab Nak Bayar Kereta
Terimakasih atas info yang sangat membantu kami semua….ini menjadi pelajaran yang sangat menarik.
Pelajaran dan pendidikan dalam blog ini sudah pastinya membawa manfaat lebih kepada 1,000 orang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
alhamdulilah saya di beri petunjuk untuk bloging…moga berhasil utk mendapatkan income
Curahan rasa nikrohayu @ ..ISLAM ITU INDAH (IKIM) : Solatoliks vs Workaholics
In Shaa Allah.. dengan adanya blog kita boleh menghasilkan beberapa income dalam satu masa..
Curahan rasa anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Walaubagaimanapun, kita janya berusaha.. rezeki sebenar datangnya dengan izin Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Nak bagi 2 ebook PERCUMA sekaligus (Link Download ada di dalam)
Comments are closed.