15 Cara Meningkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.

Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.

  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.

Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati.  Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.

---

  1. Entri yg terbaek…mudah untuk fahami dan ikuti…
    Jangan lupa lawati blog : http://www.blackberrywar.blogspot.com...
    Harga fon blackberry yg berpatutan,,,

  2. taip je ‘trafik blog’ terus jumpa entri ni, mcm mana ye? ada yang berani bocor rahisa?
    Entri terbaru BSJ – Sore Eyes 5 Day MC Nur Feetri – Meletoplah Budak ni…My Profile

  3. aduhai….macam mana nak dapat traffik sampai 3 ribu satu hari…Gulp! =.=”
    Entri terbaru pinkbubblegumprincess – "Loser" kah anda buat orang tua macam ni?My Profile

  4. suke tips bro ni.. thx so much
    Entri terbaru poruman – Lelaki didenda RM28,000 kerana mencabul sofaMy Profile

  5. thanks abg denaihati share tips…aduh knape la sekarang baru nak terfikir untuk majukan blog…

  6. nak register kat situ la…

  7. pendapat dan cadangan yang bernas…kepada blogger yang menghadapi masalah gangguan jin dan sihir, sila kunjungi laman blog saya.terdapat kaedah rawatan D.I.Y utk dilakukan sendiri dirumah.lawati http://bambooruncingrajawali.blogspot.com

  8. Denaihati..sy ni blogger yang baru je nak berkecimpung dalam blog serta pengiklanan dan segala2 tentang blog ni..semua sy belajar sendiri..xde sape pun nak ajar sy..(mod sedih)..sy minat berbloging dan cari duit sampingan..tp banyak sangat lagi benda yang sy xtahu dan xfaham..sy cari cara2 nak naikkan trafik..sy baca..tapi xpandai faham macammana caranya..heheeeee…..sy memang blogger baru..sampaikan sy langsung xtahu tentang kesalahan yang sy buat sblm ni (copy paste) heeee..tapi sy dah btulkan balik mana yg sy prnah copy paste 2..klu ad sape2 yang trasa sy tercopy paste entri korang 2..sy susun 10 jari tangan + jari kaki 10 = 20 jari sy susun elok2 mntak maaf dan mntak halal eh..semoga allah merahmati korang2 semua…aminnn…^_^
    Entri terbaru RuangAddin – Pelik! Ayam Berkaki EmpatMy Profile

  9. hello. tahniah jadi blogger berjaya. semoga sentiasa maju dan mencapai target yang diingini. insya-Allah, sy pun akan cuba apply tips2 ni

  10. terimakasih atas informasinnya… sangat bermanfaat …

  11. Maklumat disampaikan banyak faedahnya, boleh diserap pada blog kita.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  12. Patut diamalkan dan dipraktikkan ke atas blog kita, pasti ada perubaghan walaupun tidak byk tapi cukup sekadar permulaan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

  13. info ini amat menarik dan berguna bg newbie mcm sy ni

  14. Saat ini, popularitas situs jejaring sosial meningkat dari hari ke hari seperti facebook, TWITTER, orkut, digg dll …., kita dapat mengatakan jaringan sosial adalah salah satu cara terbaik dan gratis untuk meningkatkan TRAFIK
    Entri terbaru Bang Iwan – Semifinal Euro 2012 di dominasi Oleh Bintang Real MadridMy Profile

Trackbacks

  1. [...] tentry yang terbaru dikongsikan oleh Denaihati dalam blog beliau ialah 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog. Jom kita tengok apa [...]

  2. [...] 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog [...]

  3. [...] Cara tingkatkan alexa rank (636,000) 2. Entri webhosting blog terbaik (6,160,000) 3. Entri cara tingkatkan trafik blog (732,000) 4. Entri bagaimana mengguna tags (5,060,000) 5. Entri Hidup berani untuk gagal [...]

  4. [...] Penulis Jemputan Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah baca entri “15 Tips MeningkatkanTrrafik Blog“. Tips no 11 mengalakkan penulis jemputan menulis di blog anda. Kali ini Afiq Aiman tuan [...]

  5. [...] semangat dan kerajinan tak berbelah bagi. hehe ..Tengok sini Tips dari DENAIHATI –>> 15 Cara Meningkatkan Trafik BlogTips dari KOZUMI lak –>> Tips rahsia traffic budak nakal blogspotHaa itu je dah bebel [...]

  6. [...] sangat menarik dan tertarik ya baca entry terbaru denaihati tentang cara-cara meningkatkan trafik blog. weeeee!!!!! var addthis_config = {"data_track_clickback":}; [...]

Artikel pilihan...close