10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun

January 11, 2010

Kisah Kehidupan

Maaf entri ini lebih bersifat diari keluarga.  Aku masih teringat kira-kira 6 bulan lepas apabila aku bertanya kepada Abang, anak ketiga samada dia berminat kalau dihantar ke Madrasah Tahfiz. Jawapannya Alhamdulillah abang sangat berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Al-Quran. Ibu pun memang dari awal berhasrat untuk menghantar salah seorang daripada anak lelakinya mendalami ILMU dalam bidang Al-Quran.

Alhamdulillah hari yang ditunggu selama berbulan-bulan akhirnya tiba juga. Pada usia 10 tahun tepat jam 6.30 pm 10.01.10 abang secara rasmi telah menjadi pelajar di sebuah Madrasah Tahfiz di Shah Alam. Sebak juga hati kami nak meninggalkan anak yang baru berusia 10 tahun tetapi abang kelihatan sungguh kuat. Kekuatan abang memberi kekuatan kepada kami.

Kami sedar apabila abang melangkah keluar daripada rumah hari ini adalah berbeza dengan langkah keluar pada hari-hari yang lepas. Langkah keluar hari ini langkah keluar selamanya di mana abang hanya akan pulang apabila ada cuti sesekali setahun. Langkah keluar hari ini bermakna abang telah kami wakafkan kepada perjuangan Agama. Insyallah kami suami isteri yakin Allah akan mempermudahkan segala urusan abang. Kami juga yakin Allah akan memberi kekuatan kepada kami suami isteri untuk melalui hari-hari rindu mengingati abang. Kami suami isteru REDHA untuk melepaskan abang.

Semuga Allah memudahkan segala urusan abang dan anak-anak yang lain dunia dan akhirat sebagaimana Allah memudahkan urusan Agama para solehan.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • nasslimdiet2 June 16, 2011 at 11:39 am

    semoga di menjadi orang yang berguna dan dapat menyampaikan apa yang dipelajarinya kepada orang lain. amin
    Entri terbaru nasslimdiet2 – Teknik Jualan BerpengaruhMy Profile

  • haiqal June 15, 2011 at 6:11 pm

    Terharu baca entri ini.Ye,dalam family saya pun ada yang ke sekolah agaman,sekolah english dan sekolah biasa.So,memang banyak percampuran sedikit.Apa-apapun,kalau ikutkan,sekolah agama ini bagus.:).

  • jenal March 3, 2011 at 9:39 am

    makin asyik

  • munir ardi August 23, 2010 at 9:55 am

    hijrah kepada kebaikan tak adalah yang patut dirisaukan

  • aduka May 5, 2010 at 1:44 pm

    langkahnya menuju ke jalan Allah.. jgn risau.. berdoa utk kejayaan dia..

    :)
    .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • zuriey April 29, 2010 at 12:19 pm

    alhamdulillah,nak juga abang belajar di situ. melentur buluh biar dari rebungnya
    .-= zuriey´s last blog ..Jangan mudah terpedaya… =-.

  • Dya April 25, 2010 at 7:51 pm

    syukur alhamdulillah, kecik2 dh dpt hidayah, dya pn turut berbangga..sbb zaman sekarang ni pn dh xramai yg berminat utk mendalami ilmu agama….dya doakan semoga keluarga denaihati selamat selalu & abang berjaya dunia akhirat amin … :lol:
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  • apis March 10, 2010 at 4:39 pm

    tahniah kepada abang…..daku juga sekarang bergelar seorang huffaz….kepada semua ibubapa…jangan lah menganggap pabila anak2x dihantar ke tempat pengjian agama ataupon tahfiz..dyer x der tmpt bekerja ataupon tiada masa depan kerana daku juga seorang al-hafiz yg berjaya mencapai matlamat hidupku….inginku ceritakan pengalamanku semasa daku belajar di tahfiz dulu… ;-)
    paling best mser blaja dulu..kita dapat pelbagai2x pengalaman yg baik dan buruk….biase la lumrah belajar..mse dlu…syer pernah ditanya..oleh seorang tua…klu daku belajar tahfiz…mana nak kejer??katernye …nak jadi imam pon skang kner ader diploma…kner ader kelulusan…well…sya jawap senang jer…kita pegang ilmu allah..allah akan tolong kita..betol x sme…macam contoh..kawan syer..sblm ni dyer langsung x pandai membaca dan mengingati sesuatu….ibubapa dyer hampir putus asa dgn sikap anaknya..tp syer ikhtiar untuk pujuk ibu bapa dyer untuk hantar masuk ke tmpat syer blaja(pondok tahfiz)..alhamdulillah..kini dyer sudah berjaya dengan memiliki sebuah diploma..sama seperti sya…..hasil berkat usaha yg gigih dari dirinyer. daku amat terharu dengan perjuangnyer…..ok la…klu korang nk tau..paling best..kitorang selalu menjadi jumputan ke pelbagai majlis..contohnya tahlil and other big ceremony…paling best…diundang oleh sultan ke istana.untuk jamuan makan malam….bukan sekali.tapi..berkali2x.. :o
    daku kter.banyak keistimewaan kita pabila membawa ilmu allah ni…..daku harap kepada semua ibu bapa….hantarlah anak2xmu untuk mencari ilmu allah yang sebenar2x ilmu….seimbangkan dunia dan akhirat…trima kasih kerana sudi membaca..

  • ceriterahamba February 11, 2010 at 12:41 pm

    salam… Alhamdulillah.. akan bertambah lagi seorang hafiz dalam kalangan umat ini… Moga dia jadi zuriat penyejuk mata ibu bapanya.. juga sebagai penolong buat ibu bapanya nanti..

  • imran February 7, 2010 at 3:25 am

    Salam,

    Tahniah diucapkan pada saudara DH kerana tidak ramai penjaga yang berpemikiran sebegini. Bahkan apabila anak dihantar ke pusat tahfiz pada usia muda, ramai yang memandang serong. Mungkin kerana tidak mengikut arus perdana.

  • permatamutiiara February 6, 2010 at 11:28 am

    Salam..Semoga Allah memberkati .amin

  • Incik RestNrilekS January 12, 2010 at 10:23 pm

    Syabas Bro dan juga syabas Abang.

    Berhijrah kepada sesuatu yang baik. Pengorbanan yang baik juga.

    Moga-moga kejayaan dicapai. InsyaALLAH
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan =-.

  • lizz January 12, 2010 at 5:22 pm

    alhamdulilah, InysaAllah abang akan jadi anak yang berjaya dunia akhirat :)

  • Dak Wan January 12, 2010 at 3:12 am

    Itulah pengorbanan orang tua yang sejati…. susah nak jumpa orang2 macam saudara lagi
    .-= Dak Wan´s last blog ..Islam Malaysia =-.

  • Hidup Berani untuk Gagal January 11, 2010 at 11:53 pm

    Terharu rasanya.. Moga segala urusan dipermudahkan olehNya.

  • kulanz January 11, 2010 at 11:45 pm

    sangat terharu membaca kisah hijrah dalam keluarga saudara.. Alhamdulillah, bagi sya memang itulah pengorbanan yg sepatutnya dilakukan oleh sorg bapa.. InsyaAllah akan jadikan ini sbg panduan dalam mendidik anak2
    .-= kulanz´s last blog ..Hadiah Tarikh Keramat 100110 =-.

    • denaihati January 12, 2010 at 12:20 am

      @kulanz, Dalam keadaan DUNIA yang bercelaru ini apa;agi yang hendak kita cari melainkan ALLAH…tengoklah kristian pun nakkan ALLAH …kenapa tidak kita???

      • aduka May 5, 2010 at 1:58 pm

        @denaihati; bgitu bermakna skali kata2 saudara DH.. saya amat kagum dgn kesungguhan saudara DH sbg seorg ayah n suami..
        .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • Eriyza January 11, 2010 at 10:35 pm

    Bagus tul bebudak yg nk pi skolah tahfiz.
    Anak jiran sy pun pi skolah agama gak tp
    tak pasti plak blajo tahfiz ke tak.
    .-= Eriyza´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 11:35 pm

      @Eriyza, Jangan lupa check akaun bank dah bertambah RM50 untuk hadiah peserta bertuah ke 125.

      • Eriyza January 12, 2010 at 11:29 pm

        @denaihati,
        Terima kasih. :)
        .-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.

        • aduka May 5, 2010 at 1:56 pm

          @Eriyza; tahniah!
          .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

    • aduka May 5, 2010 at 1:57 pm

      @Eriyza; x kisah.. asalkan belajar ke arah jalan yang diredhai oleh Allah.. lebih2 lagi hal yg berkaitan agama Islam..

      :)
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • sha-hir January 11, 2010 at 3:01 pm

    alhamdulillah..
    semoga abang menjadi anak yg soleh..
    amin..
    .-= sha-hir@meng´s last blog ..AJL, AIZAT, BLACK DAN TWITTER =-.

    • Precious January 11, 2010 at 8:30 pm

      @sha-hir@meng, setiap ibu bapa mengharapkan yg terbaik utk anak2. Memang ibu bapalah yg mencorakkan kehidupan awal anak2 … memberi bekal utk anak itu mengharung arus dunia yg ganas!
      .-= Precious´s last blog ..Kau Nak Kupon Makan Free tak =-.

      • aduka May 5, 2010 at 1:55 pm

        @Precious; sependapat dgn kamu.. :)
        .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • zuls January 11, 2010 at 1:01 pm

    sekolah tahfiz.. Alhamdulillah.. :)
    .-= zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower =-.

  • yangbaik January 11, 2010 at 11:36 am

    syukur… mudah-mudahan anak2 aye juga akan berfikiran seperti ‘abang’. Sedikit rasa sebak juga sebab skrg ni baru 4 thn, dah nak sekolah….

    • denaihati January 11, 2010 at 7:04 pm

      @yangbaik, INsyallah doalah tanpa henti. Semua tu hidayah daripada Allah dan Allah juga yang memilih seseorang itu jadi baik atau sebaliknya.

    • aduka May 5, 2010 at 1:53 pm

      @yangbaik; bagusnya.. bestnya dpt tgk anak sendri pertama kali melangkah ke alam persekolahan.. :)
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • temp. housewife January 11, 2010 at 10:37 am

    alhamdulilah. semoga abg menjadi anak yg soleh. Anak dara saya yg sulung pun sama tarikh lahirnya dgn anak saudara DH. Cuma anak sulung saya baru berumur 5 thn. :smile:

    • denaihati January 11, 2010 at 7:02 pm

      @temp. housewife, Insyallah semuga Allah akan pilih abang menjadi anak yang soleh.

      • aduka May 5, 2010 at 1:52 pm

        @denaihati; amin ya rabbal’alamin..

    • aduka May 5, 2010 at 1:52 pm

      @temp. housewife; dah ckup umo bleh la anta anak kamu skolah tahfiz juga ya..

      :)
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • Precious January 11, 2010 at 10:29 am

    Semoga abang tabah berjauhan drp keluarga …
    .-= Precious´s last blog ..Nani DiBuat Orang =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 6:59 pm

      @Precious, Pagi ini sms USTAZ katanya abang ok je. INsyallah besok pak cik nya akan jengok tanya kabar dah ambil pakaian kotor.

      • Precious January 11, 2010 at 8:26 pm

        @denaihati, wakakaaaa … nampaknya, abang tu ok jer .. cuma mak ngan paknya yg kelam kelibut risau dan rindu! Biasalah tu …
        .-= Precious´s last blog ..Nani DiBuat Orang =-.

        • denaihati January 11, 2010 at 9:24 pm

          @Precious, betul lah tu memang terbayang-terbayang je …siapa tak sayang anak ooooo!!!

          • aduka May 5, 2010 at 1:49 pm

            @denaihati; haha.. btol tu DH.. sapa x sygkan anak.. saya tgk ayah saya pn dah rindu2 sama adik yg masuk pondok.. bru 2 3 ari dh sebut2 nama adik.. hehe..
            .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • tpinky January 11, 2010 at 10:10 am

    tersentuh rasa.. alhamdulillah.. mulianya pengorbanan ibu dan ayah…mudah Allah mempermudahkan segala urusan. amin..
    .-= tpinky´s last blog ..Smart Reader……. =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 6:58 pm

      @tpinky, tidak mudah untuk membuat keputusan memerluka pengorbanan. Tetapi dalam dunia setiap kejayaan mesti ada pengorbanan.

      • aduka May 5, 2010 at 1:47 pm

        @denaihati; pengorbanan DH sgt2 mulia.. seharusnya org lain perlu mencontohi DH.. jgn biarkan ilmu agama lemah dalam diri anak2 kita.. tahniah DH..

    • aduka May 5, 2010 at 1:48 pm

      @tpinky; sama meng-aminkan juga..
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • umiharizahin January 11, 2010 at 9:53 am

    salam bro… skrg nie, dah ramai parents hantar anak2 ke madrasah tahfiz…. insyaallah…
    .-= umiharizahin´s last blog ..3rd Blood donation Campaign’2010 =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 6:56 pm

      @umiharizahin, Alhamdulillah semakin ramai tetapi lebih ramai lagi yang tak yakin untuk hantar anak2 ke madrasah tahfiz. Ada yang tanya nak kerja apa nanti??

      • aduka May 5, 2010 at 1:46 pm

        @denaihati; alhamdulillah.. bagus tindakan DH melatih anak ke jalan yg diredhai.. insyaAllah anak DH bakal menjadi tahfiz masyhur kelak..
        .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • beliamuda January 11, 2010 at 9:50 am

    Abang telah membuat pilihan yang jarang2 dilakukan oleh anak-anak sekarang. kebanyakannya pasti tidak akan memilih bidang berkaitan agama pada usia setahun jagung. hanya segelintir yang mempunyai kecenderungan ke arah bidang agama, apatah lagi al-Quran. Semoga Abang akan menjadi seorang tahfiz dan dia mampu untuk menyebarkan pengajaran al-Quran kepada muslim yang lain.
    .-= beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 9:56 am

      @beliamuda, Tahniah jadi penGOMEL pertama. Mujahadah juga untuk buat keputusan ni. Semuga Allah permudahkan semuanya.

    • Precious January 11, 2010 at 10:31 am

      @beliamuda, Amin! Tersentuh jiwa aku yg rapuh ini … Semoga ibu dan ayahnya senyum berbangga!
      .-= Precious´s last blog ..Semoga Megat Terus Tabah =-.

Trackbacks
  • [...] seks bebas, mengandung anak luar nikah kemudian membuang bayi tidak akan memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita. Jangan sangka apabila kita mengamalkan seks pelik seperti lesbian, [...]

  • [...] yang di Madrasah positif Virus Influenza A (H1N1). Hari Ahad lepas semasa aku hantar dia balik ke Madrasah alhamdulillah sihat walafiat tapi ini pasti ujian kecil daripada Allah. Doktor hantar abang ke [...]