Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sana sini mengeloh bila harga minyak RON95 naik. Jangan mengeloh ini mungkin peluang untuk kita jadi lebih kreatif. Antara cara paling mudah dan rendah modalnya adalah buat duit dengan blog. Ramai yang sudah berjaya jadi tidak ada yang mustahil untuk mengandakan duit dengan blog yang penting mesti ada ilmu di dada. Bila dah ada ilmu mudahlah merancang strategi seperti strategi teknik SEO merah jambu.
Pasti ramai yang telah sedia maklum mengenai WordPress Master Class yang dianjurkan oleh Akademi Denaihati. Kelas yang hanya sesuai dihadiri oleh individu yang telah biasa dengan asas WordPress tetapi ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengurusan laman WordPress mereka. Kelas ini diadakan setiap bulan, pada hari ahad, pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun begitu, ianya bukanlah sekadar kelas yang akan tamat dalam sehari, tetapi ianya merupakan kelas yang berterusan.
Pihak Akademi Denaihati akan sentiasa memberi bantuan atau khidmat nasihat yang berterusan kepada pelajar-pelajar Master Class ini. Tujuan kami masih sama sejak bermulanya siri seminar demi seminar yang dianjurkan setakat ini, ingin memajukan industri blog tanahair. Mahu ataupun tidak, industri blogging terus berkembang saban hari, walaupun mungkin ada yang berputus asa di pertengahan jalan, namun masih ramai yang meneruskan usaha dan mendapat hasil yang lumayan daripada penulisan blog.
Mungkin ramai yang masih ragu-ragu, dan merasakan tiada keperluan untuk menghadiri kelas seperti ini, namun sekiranya anda benar-benar ingin melangkah setapak ke hadapan, marilah bersama-sama kami di Akademi Denaihati untuk menongkah arus yang pasti banyak gelombangnya. Beberapa sesi perbincangan untuk penjanaan idea dan bagaimana untuk merangka strategi demi strategi akan diadakan bersama-sama peserta-peserta Master Class. Ini untuk memastikan kita akan sentiasa berdaya maju dan berdaya saing dengan blogger-blogger lain seantero dunia. Membina kerjaya sebagai blogger bukanlah perkara yang mustahil, namun kita perlu bekerjasama dalam memajukan industri yang berkembang pesat ini.
Mari kita lihat video peserta Master Class yang terdahulu iaitu saudara Ishak Ismail dari Sohoque.com dan juga saudara Muhammad Rasul dari iluvtour.com
Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama Akademi Denaihati dalam merungkaikan segala cabaran dalam bidang blogging ini, jom daftar ke sesi WordPress Master Class yang seterusnya yang akan diadakan pada 17 November 2013. Butiran lanjut boleh diperolehi di halaman WordPress Master Class – Akademi Denaihati.
Jimat RM699 untuk memulakan online bisnis
Akademi Denaihati juga menyediakan insentif khas kepada pelajar master. Insentif ini terbuka untuk 20 pelajar pertama termasuk untuk Sohoque.com dan iLuvtour.com.
- Setiap trafik blog dari backlinks ke blog Denaihati akan di bayar RM0.05.
- Minima trafik mestilah 500 dibawah 500 tidak akan dibayar.
- Jumlah trafik akan dikira menggunakan Google Analytics.
- Cara memberi backlinks kepada blog Denaihati mengikut ilmu yang telah diajar di kelas master WP.
- Insentif akan diberi selama 6 bulan dari bulan pertama layak mendapat insentif.
- Setiap bulan admin akan menyenaraikan jumlah pendapatan yang terkumpul oleh pelajar master.
Bertindak sekarang untuk pendapatan online yang lebih lumayan.
175 Comments
Teringin juga nak turut serta dalam kelas ini bagi menambah lagi ilmu berblogging ini..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Memang teringin nak join kelas wordpress untuk tambah ilmu pengetahuan tapi sekarang lebih selesa dengan blogspot lagi. mungkin nanti akan berhijrah ke wordpress jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Teringin pula nak join 🙂
Curahan rasa farrabell @ ..Kisah Ashabul Kahfi – Kembara Palestin
Memang betul menulis di blog boleh mendatangkan uang. Syaratnya harus istiqomah dan jgn putus asa.
fajar pakong prediksi bola dan togel
Comments are closed.