Ustaz Ebit Lew tampil bantu auntie foodpanda, Christine Ti

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sedia maklum, seorang insan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk membantu insan-insan yang lain setiap hari. Ustaz Ebit Lew tidak duduk senang apabila melihat orang susah, ada sahaja bantuan yang akan dihulurkan kepada mereka.

Biodata Ustaz Ebit Lew, klik sini

Itulah sifatnya yang pemurah ditunjukkan kepada kita semua. Kami semua doakan segala urusan Ustaz sentiasa dipermudahkan oleh Allah dan dibalas segala jasa yang ustaz hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Amin.

Auntie Christine Ti, Chinese KL

Baru-baru ini tular lagi, Ustaz Ebit Lew membantu seorang wanita berbangsa Cina warga tua masih kuat semangat menjadi penghantar makanan menggunakan kereta Kancil lamanya demi mencari sesuap rezeki.

Jom ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew,

Sayu sebak tengok auntie Christine Ti, chinese kl. Sampai jer tadi terus berbual dengan aunty ni di bus stop. Terus menangis terasa rapat jer.

Berlinangan air mata. Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia.

Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja. Mula kerja food panda guna kereta kancil lama. Saya tolong repair kereta kancil auntie.

25 tahun kereta ni. Katanya dia sangat sayang keretanya. Gantikan tayar baru dan service. Seronok menangis gembira bila saya tolong repair kereta ni. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.

Tadi masa parking, dia nak bagi tiket parkingnya bayarkan untuk kereta kawan-kawan saya. Takper auntie. Baiknya. Doakan auntie ni. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah kesana sini. Tengok ada job rm4 masuk. Happy auntie ni. Lepas tu ada lagi job rm7. Jarang dapat rm7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin.

Komen-komen netizen yang prihatin

Tidak lupa juga kepada netizen yang selalu mendoakan yang terbaik buat Ustaz Ebit Lew.

Terbaik Ustaz Ebit Lew… Terharu… Mana tahu hidayah Allah. Asbab aunty ni masuk Islam. Juga secara tak langsung asbab kami semua buat baik macam ustaz.

Semoga urusan auntie Christine dipermudahkan selalu.

Sumber: Ebit Lew


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!