Ujian Itu Anugerah Dan Penuh Dengan Hikmah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Setiap insan telah direkodkan ujian untuk menilai prestasi kehidupannya.

Bukan sekadar dengan menggunakan pensel atau pen dan kertas yang dinilai berapa markah di sekolah yang membezakan kita berada di kelas hadapan atau di belakang.

Tetapi ujian yang sebenar adalah di mana kita meletakkan Allah sebelum, semasa dan selepas diuji.

Ada orang masih tak tahu yang ujian hebat untuk orang yang hebat atau yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah.

Cuba fahami ayat dalam Surah al-Taghabun: ayat 11, maksud-Nya :

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Baca : Redha Dengan Ujian Yang Menimpa, Allah Cuci Dosa Kita

Tips menghadapi ujian dalam kehidupan :

1. Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

2. Semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.

3. Ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.

4. Selalulah untuk berfikir positif.

5. Setelah kesulitan, maka akan ada kemudahan.

6. Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan.

7. Hadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.

Manusia memang diciptakan untuk diuji. Cinta Allah buat hambaNya langsung tak pernah lari cuma kita yang sering menjauhkan diri dari meraih cinta Ilahi.

Berlapanglah dada. Ada hikmah dan ganjarannya buat mereka yang sering diduga kehidupannya.

Wallahu’alam.

2 Comments

  1. bersabar dan selalu bertenang selain sentiasa berdoa untuk dapat jalan keluar kepada permsalahan hidup yang kita hadapi.

    ujian itu sendiri mendekatkan kepada Allah SWT

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!