Tun Mahathir Lancar Portal ILHAM Karangkraf

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Kumpulan Media Karangkraf salah satu penaja #SBB2013 sekali lagi melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang penerbitan melalui dunia digital apabila melancarkan Portal Penulisan Online yang dikenali sebagai ILHAM melalui Grup Buku Karangkraf.

Majlis Pelancaran ILHAM yang juga merupakan portal komuniti penulisan online ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

majlis pelancaran portal ilham karangkraf

Dalam majlis yang sama, Tun Mahathir turut melancarkan buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad yang berjudul “Berani Tanpa Segan” dan tulisan Tan Sri Abdullah juga turut dimuatkan dalam ILHAM.

mahathir lancar buku berani tanpa segan

Idea menubuhkan laman web ILHAM tercetus apabila timbul kesedaran bahawa ramai yang berbakat dalam bidang penulisan. Bakat-bakat yang ada perlu diasah dan diperbaiki serta dipupuk seiring dengan perkembangan industri novel yang semakin meriah.

Maka, lahirlah portal ilham.karangkraf.com yang interaktif untuk menarik minat penulis menghasilkan karya kreatif, manakala pembaca pula dapat menikmati karya-karya tersebut untuk santapan minda. Hubungan erat yang terjalin antara penulis dan pembaca inilah yang diketengahkan kerana laman web ILHAM merupakan sebuah komuniti penulisan online.

ilham grup buku karangkraf
Antara Muka Laman Web Ilham Karangkraf

Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang dinamik, Grup Buku Karangkraf memandang positif usaha ini kerana ia mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara. Karya yang popular, berkualiti dan semestinya yang terbaik akan diterbitkan secara konvensional agar sambutannya berterusan sampai ke tangan pembaca. Ini juga yang disasarkan oleh Grup Buku Karangkraf iaitu memupuk semangat membaca kepada seluruh masyarakat.

Misi ILHAM ini diinspirasikan untuk penulis, pembaca dan Grup Buku Karangkraf selaku penerbit. Bagi penulis, ianya dapat mengetengah dan mengasah bakat menulis cerpen atau novel agar semakin bermutu, berkomunikasi dengan pembaca mengenai karya, dan mendapat maklum balas daripada pembaca secara terus.

tun mahathir pelancaran ilham karangkraf

Bagi pembaca, mereka dapat membaca pelbagai genre karya sama ada cerpen atau novel, memberi komen, like dan share karya yang digemari serta berkomunikasi dengan penulis.

Bagi penerbit pula, portal ILHAM mewujudkan satu jaringan penghubung antara penulis dan pembaca serta melahirkan ramai penulis baru yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa akan datang. Di samping itu dapat menjana pendapatan melalui karya yang dijual.

ilham label grup buku karangkraf

Medium khusus dibina untuk penulis berkarya dan pembaca menikmatinya di laman web ilham.karangkraf.com dan laman page di Facebook iaitu www.facebook.com/IlhamGrupBuku. Karya terpilih akan diterbitkan di bawah label Grup Buku Karangkraf.

Karnival Karangkraf

Karnival Karangkraf akan diadakan pada 1-3 Febuari 2013 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. In shaa Allah, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pelawat.

karnival karangkraf 2013

Datanglah beramai-ramai. Masuk PERCUMA!


Spread the love

57 Comments

  1. Semoga portal ilham karangkraf dapat menjadi sarana tuk melahirkan penulis penulis produktif, jd bahan referensi pncari informasi didunia maya.

  2. wahhh best lah portal ilham ni, ada cara penulisan yang baik, memang dah lama cari, syukur alhamdulillah, dapat web ini dari blog yang dikenali sebagai ilham…. mmg lah kau ilhamku hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!