Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.
148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.
SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA
(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)
Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
- Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
- Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Penaja Cabaran iPhone 5s
Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh. Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :
- Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
- Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
- Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
- Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
- Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
- Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
- Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
- Kepada yang berminat sila PM di sini.
Cara pemilihan pemenang
Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.
6,837 Comments
Yihaa, akhirnya hari ni waktu yang dinanti-nantikan bakal tamat. Saya masih kurang pasti samada saya tersenarai atau tidak.
Hehehhe.. tulah setelah sekian lama menunggu waktu dan hari ni.. akhirnya.. dah mula boleh tarik lafaz lega.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Jangan dulu nik. tunggu beberapa jam lagi k. Baharu boleh tarik nafas lega, selega leganya. hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Selamat pagi semua peserta cabaran iphone 5s.. nampaknya dah masuk hari terakhir hari ni. Semoga kita berjaya ke peringkat seterusnya..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Harap-harap saya tersangkut masuk top 70. no. 70 pun boleh yg penting masuk haha
Insyaallah tersangkut tu.. hehehe. Tambah lagi komen sis.. saya doakan sis mara ke peringkat seterusnyam
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Cabaran kedua sudah berada di hujung pangkalnya. Ayuh kita berusaha lebih banyak untuk masuk ke cabaran seterusnya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Ya.a.. jom teruskan usaha kita sehingga jam 12.00 malam ni. Lepas tu baru boleh rileks..
Hari ni pun tak dapat nak komen lebih-lebih. busy ku meebihi abang Ajib kita. haha
Tak peee.. slow slow buat sis.. lawak pulak baca komen yang ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
cabaran untuk tugasan kedua sudah sampai ke hari terakhir! so jom sama2 berikan saingan terbaik sebelum bermulanya tugasan terakhir!
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Jom teruskan usaha saudari…
Kita masih punya masa walaupon dah di hari terakhirr..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Jika anda gagal, jadikan kegagalan sesuatu yang berguna. Jika kita gagal, kita pasti akan buat yang terbaik lagi agar kegagalan itu boleh mengubah kepada kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ya abg kamil.. kalah menang adat bertanding. Yg penting kita berusaha. Insyaallah bertemu dgn tangga kejayaan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Jika ada antara kamu yang berjaya, janganlah lupa kita rakan-rakan di sini. Kerana mereka juga lagi kita berjaya membawa pulang iPhone 5S.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Insyaallah tak akan lupa.. persahabatan kita kat sini kita teruskan.. bertegur sapa di kotak komen blog masong2 ye nanti..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Pelbagai ramalan yang kita boleh andaikan untuk task terakhir. Sejak cabaran pertama sampai sekarang, beliau Tuan Denaihati tidak pernah umumkan cara pemilihan yang dilakukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Haa. Ini buat kita tertanya tanya sampai tak boleh nak tidur malam. Hehehe.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Setiap hari fikirkan cabaran seterusnya.. ni dah nak habis cabaran kedua ni rasa legaa sikit. Mungkin boleh berehat sehari dua.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Masih berharap tugasan ke tiga ni tak sesukar tugasan komen mengomen ni.. penat alahai.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Hadiah yang besar seperti Iphone 5S memang menarik perhatian ramai. Hebatkah iPhone 5S ini jika dibandingkan dengan iPhone 6?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Dua dua ada kelebihan masing masing abg kamil .. tapi kita bertanding untuk iphone 5s. Jadi mesti ada kehebatan 5s yang kita ingin tahu sendiri.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Persaingan natar peserta memang sengit. Saya juga dah beberapa kali dipintas oleh rakan-rakan kita. Mereka kuat memecut tanpa henti dan kita saya pula memecut tanpa henti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Yaaa. Heheh.. kami semua nampak tu abg kamil.. saya pun bersaing hebat dengan PG. Heheh
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Di akhir nanti ada yang bersedih, ada yang berduka dan ada yang gembira. Itu sudah lumrah perasaan hidup yang ada setiap bernama manusia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Lumrah menyertai sesuatu pertandingan… bukan semua dapat menang nanti.. kita usaha je . Kalau ada rezeki nanti alhamdulilah..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Pasti akan dirindui tentang komen di sini. ASda bermacam ayat yang dibina. Ada yang berpantun lagi. Suasana begini ada terjumpa ke di mana-mana kontest.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Iyaaa.. meriah dan seronok wlaupun penat..
Dapat jumpa kawan2 baru alam maya lagi..bab berpantun tu memang abang kamil la menang.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Selama sebulan kita berkampung di sini. Apa perasaan anda bila ianya akan ditamatkan malam ini?
kejap je rasa masa berlalu. tak sempat la saya nak kejar bro. buat mana termampu. ape pun tahniah kekal ranking no. 1! 🙂
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Orang tua selalu berkata “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang”. Perupamaan begini menjadi satu perangsang dan semangat kerana dengan usaha bersungguh saja boleh berjaya. kita boleh lihat nanti siapa yang berjaya. Adakah yang berjaya itu bersungguh-sungguh atau hanya yang melihat saja yang berjaya?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Banyak kita lihat dan baca untuk berjaya kena berusaha, usaha yang bagaimana tu? Ini juga satu ujian bagi kita, nak sesuatu hajat itu tercapai atau sebaliknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Untuk mencapai sesuatu hajat, kita perlu berusaha. Usaha pula ada pelbagai cara. Cara yang boleh kita lihat ialah di contest ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Comments are closed.