Top 18 Blog Paling Popular Malaysia MSMW2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah MSMW2013 sudah selesai dan lebih hebat daripada MSMW2012. Paling hebat apabila malam anugerah MSMW2013 dikuasai oleh Blogger di kalangan Rakan Denaihati. Ini satu permulaan yang baik yang mesti diurus dengan baik kerana bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan.

MSMW2013

Lebih kurang 170k pengundi telah memilih Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 mengikut katogeri. Tahun ini panganjur telah meningkatkan sistem pengundian dimana menolak undian yang berbeza melalui IP yang sama. Penganjur berjanji untuk meningkatkan lagi sistem undian untuk MSMW2014 untuk memastikan hanya yang terbaik terpilih.

MSMW2013

Senarai pemenang untuk MSMW2013 sangat berbeza jika dibandingkan dengan Top 23 Blog Malaysia Paling Popular MSM2012. Hanya blog Denaihati.com dan Ariffshah.com yang terpilih semula itu pun untuk katogeri berbeza dan kedua-dua blog dinominasi oleh rakan-rakan. Terima kasihlah kepada rakan yang telah menominasi blog Denaihati.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]

Senarai Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 (Sumber – Anarm.net)

  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)

Paling menarik dalam anugerah ini apabila Blogger disebalik blog OhCikgu terdedah rupanya toke cendol banting .. memang terbaik. Tahniah kepada semua pemenang terutama kepada Blogger baru, teruskan perjuangan dan jadi yang terbaik kerana masa depan di dalam tangan kita seperti kata salah seorang ahli panel seminar MSMW2013 bahawa sosial media telah mengambil alih media lama.

Jangan selesa dengan kejayaan dan terus mencari ilmu kerana dunia blogging sentiasa bergerak berubah sebagaimana berubahnya Google.

MSMW2013

Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia yang sudi menganjurkan majlis gilang gemilang untuk Blogger Malaysia walaupun semacam kurang mendapat sokongan daripada komuniti Blogger. Terima kasih berjuta-juta lemon kepada semua rakan Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain yang sudi mengundi semua blog Rakan Denaihati. Tunggukan pengumuman pemenang cabutan bertuah untuk pengundi.


Spread the love

128 Comments

  1. owh patut la tetibe jalan nak masuk ke blog saya malam ni agak sesak.. rupanya aliran trafik datang dari sini.. kekekeke.. terima kasih tuah atas backlink tersebut.

    kat sini jugak nak ambil kesempatan in person ucapkan tahniah kepada tuan dan juga terima kasih tak terhingga sebab masukkan saya dibawah network tuan. banyak perkara yang saya pelajari dari sehari ke sehari semenjak masuk ke group DH.

    semuga group tersebut terus memberi inspirasi kepada rakan yang lain. amin..

    p/s: sekarang ni berehat sekejap… sebab nak ambik momentum. insyaallah dalam masa terdekat akan kembali aktif.
    Curahan rasa Azman Ishak @ ..Perlu menetas sebelum boleh bertelur, Perlu jadi murid sebelum boleh menjadi guruMy Profile

  2. blogger cendol tu kalau amati gaya bahasa dia mmg boleh cam, yg beza cuma kata ganti nama je. patut kawan mcm was2 je dgn blog titan dan ohcikgu tu, heheh..

    moga bertambah2 rezeki pemenang lepas ni dan boleh la buat contest utk para reader.. heh
    Curahan rasa fariq @ ..Contoh Surat Perletakan JawatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!