Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perkongsian kisah renovasi rumah dalam entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” dan “Renovasi rumah cara menjimatkan perbelanjaan dan masa” adalah pengalaman peribadi yang mungkin dapat membantu pembaca yang pasti suatu hari kalau bukan sekarang akan mengubahsuai rumah yang sedia ada atau yang bakal dibeli. Terima kasih juga kepada pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi yang pasti dapat membantu rakan-rakan yang lain. Sebenarnya tidak banyak informasi tips renovasi rumah boleh dicari di Google. Ada kajian menyatakan hampir 80% dari mereka melakukan RENOVASI rumah tidak berpuashati kerana proses menguruskan dan hasilnya tidak seperti apa yang mereka impikan.
Kami mungkin bukan sebahagian daripada 80% yang disebutkan oleh kajian tersebut. Sebelum memulakan renovasi rumah aku dan isteri telah mencari berbagai informasi reka bentuk terkini melalui pembacaan dan informasi di Google. Isteri membeli banyak majalah renovasi rumah untuk mendapat maklumat yang boleh membantu memilih reka bentuk dan jenis bahan yang sesuai dengan budget. Informasi awal untuk renovasi rumah sangat penting kerana maklumat ini dapat membantu pelukis plan melukis reka bentuk rumah mengikut impian tuan rumah dan membantu kontraktor memilih bahan binaan mengikut kehendak tuan rumah.
Antara fokus informasi yang kami cari sebelum renovasi rumah adalah pemilihan jenis jubin kerana keperluan antara yang terbanyak. Kami mencari tips pemilihan jubin yang dapat menjimatkan budget, bersesuaian dengan reka bentuk rumah, selamat dan tahan lama. Banyak kejadian tuan rumah kurang fokus pada kos jubin akhirnya terpaksa memilih jubin yang murah dengan kualiti rendah akibatnya merbahaya kerana licin dan mudah pecah yang menyebabkan kos lebih tinggi untuk baik pulih.
Pemilihan jubin tidak boleh di pandang ringan kerana banyak keperluan dalam renovasi rumah seperti jubin lantai luar rumah, jubin ruang tamu, jubin bilik, jubin lantai dapur, jubin dinding dapur, jubin lantai bilik air dan jubin dinding bilik air. Bukan mudah untuk memilih jubin yang sesuai kerana terdapat begitu banyak jenis-jenis jubin di pasaran dengan bermacam-mana jenis ukuran, warna, bahan, reka bentuk, kualiti dan berbagai kategori harga. Naik juling biji mata nak memilih jubin yang bersesuaian dengan perbelanjaan, reka bentuk rumah dan kualiti. Setelah membeli jubin yang sesuai dengan keperluan renovsi rumah jangan lupa memilih kontraktor yang mahir memasang jubin kerana bukan semua kontraktor boleh memasang jubin dengan kemas dan tahan lama. Aku setuju sangat cadangan salah seorang pembaca yang menasihatkan jangan pilih kontraktor dikalangan ahli keluarga kerana susah nak tegur kalau ada masalah.
Alhamdulillah dengan informasi reka bentuk jubin terkini yang diperolehi dari majalah, khidmat nasihat Bos Besar Al Ansar dan Kontraktor kami telah telah memilih jubin yang berbeza kualiti dan warna untuk lantai luar, lantai ruang tamu, lantai bilik, lantai dapur, lantai bilik air, dinding dapur dan dinding bilik air. Pemilihan jubin yang sesuai bukan semestinya yang termahal sangat penting kerana ianya boleh mengubah suasana rumah yang baru direnovasi menjadi lebih menarik. Kami gembira dengan hasil akhir jubin yang dipilih dan dipasang kelihatan kemas, tidak licin dan lebih penting dapat menceriakan suasana rumah.
Kesimpulannya sangat penting mencari informasi reka bentuk terkini luar dan dalam rumah, tips renovasi rumah dan tips memilih jubin daripada berbagai sumber sebelum memulakan renovasi dan jangan mengharap 100% kepada pelukis plan dan kontraktor untuk tidak termasuk dalam katogeri 80% yang tidak berpuashati. Jangan jadi bagai pepatah orang tua “Rumah siap pahat berbunyi”.
185 Comments
semoga suatu hari bisa sampai disini
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Buatlah yg terbaik utk rumah anda DH, pasti ramai menyukainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Gambaran suasana rumah Denaihati dah kelihatan lmenarik dan kemas walaupun belum siap sepenuhnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
ye bagaimana nanti kalau sudah jadi 100%
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Pasti bila dilakukan sebegini, boleh membuat rumah kita lebih menarik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Terima kasih DH, ada entri spt ini, ramai rakan2 yg akan mengambil tip2 ini utk diguna pakai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kalau tak mampu atau tidak ada rumah boleh juga masuk contest dari entri DH spt contest Makeover tile MML, dpt hadiah lumayan dgn renovasi rumah secara percuma. Wowwww……..!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kepuasan terhadap rekaan pasti teruja bila siap nanti, anak2 pasti gembira sekali, ruangan utk tetamu nampak cantik, pasti tetamu akan memuji nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Pasti keluarganya, anak2nya, sahabat handainya memuji suasana baru di rumah DH ni. Nampak cool, hati rasa ceria dan fikiran rasa nyaman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Lihat kepada rumah DH kita, warna digunakan amat ceria, sejuk mata memandang. Pasti indah dan menarik bila siap nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
pasti betah berlama-lama tinggal di dalamnya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Kalau tak yakin dgn rekaan sendiri boleh dicari di internet, majalah atau jurubina terlatih, pasti ada yg kita akan tertarik dgn rekaan terkini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Tip yg lebih menrik lagi, jgn cari kontraktor dari kalangan keluarga kerana jika silap atau salah susah nak tegur takut terasa hati. Bila dibiar tanpa ditegur, mulalah nampak akan kecacatan pd pandangan kita. Rumah akan jadi tidak menarik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Boleh dibuat di ruang dapur, bilik mandi, bilik air, ruang tamu atau di parkir kereta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Dengan rekabina jubin sekarang yg menarik, pasti rumah akan lebih menarik lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Boleh diparktikkan di rumah keluarga kita atau teman2 yg baru membina rumah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Tip renovasi rumah yg disarankan oleh DH memang yg terbaik
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
terbaik rancangan dan juga untuk jimat
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Comments are closed.