Tips mendidik anak mengikut peringkat umur

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah Rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW;

1. Baru lahir sehingga mumayyiz

Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anaknya. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun anak bongsu dengan bersikap adil kepada setiap anak-anak.

2. Umur 7 tahun sehingga baligh (14 Tahun)

Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan berikan mereka tanggungjawab yang perlu dilakukan seperti dirikan solat. Kalau mereka ingkar, pukullah mereka dengan niat untuk mengingatkan mereka bukan untuk menyeksa.

3. Umur 15 tahun sehingga dewasa (21 tahun)

Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

4. Umur 21 tahun ke atas

Hendaklah para ibubapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas ataupun foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.

Kredit: Kun Anta, excelqhalif


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!