Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
blog Denaihati bukanlah blog kisah poligami seperti blog Sweetkurma yang banyak berkongsi kisah poligami tapi pernah sekali menulis entri bertajuk “Poligami pengalaman peribadi“. Dah baca ke … kalau belum baik cepat-cepat klik entri tu lepas tu klik pulak link blog Sweetkurma.
Baru-baru ini aku terima email dari seorang pembaca setia. Katanya dia cuma beberapa kali email kepada blog Sweetkurma nak kongsi artikel poligami tetapi tak ada maklumbalas makanya dia kirimkan kepada aku. Menarik juga artikel “tips jumpa bakal madu” memang aku tak ada pengalaman tapi mungkin boleh jadi panduan kepada yang berkenaan. Jom baca.
Aku terpanggil untuk menulis “tips jumpa bakal madu” kerana menerima “private message” dari seorang teman yang bertanya tentang tips jumpa bakal madu, tidak bertanya lebih, diri ini beranggapan yang teman ini ingin berkahwin dengan lelaki yang sudah punya isteri. Aku tidak langsung bersangka sangka terhadap teman ini, kerana bercerita tentang jodoh, ianya seperti rezeki yang telah ditentukan, namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Oleh itu cari lah jodoh yang baik, siapa jodoh kita? dengan siapa? semuanya kerja Allah SWT, atas dasar ini, Allah perintah kepada kita untuk terus berusaha dan berdoa. kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT tentang jodoh kita. adakah ianya lelaki bujang, duda atau suami orang?
Kalau ianya melibatkan suami orang atau lelaki yang sudah punya isteri..! adakah itu pilihan kita…? atau ianya satu ketentuan dari Ilahi bahawa jodoh kita sememangnya dengan lelaki yang sudah punya isteri…? bagi kita yang terlibat sudah tentunya itu lah jodoh yang Allah beri untuk kita iaitu dengan lelaki yang sudah punya isteri…!
Itu semua kata kita, tapi adakah masyarakat akan berkata perkara yang sama, iaitu sudah jodoh kita, mungkin ada yang kata “YA” dan mungkin juga ada yang kata “TIDAK”, maksudnya kita sememangnya “gatal” memilih suami orang sebagai calon suami… begitu juga pandangan di pihak isteri sedia ada oleh bakal suami kita, tentunya dan aku berani kata bahawa “kita segaja gatal memilih suami dia di sebabkan, mungkin rupa-parasnya, kedudukannya, hartanya dan macam2 lagi”.
Kalau ada isteri yang betul2 sanggup atau sedia menerima orang baru sebagai madu dalam hidupnya, sudah tentu-tentunya dan aku berani kata bahawa akan ada syarat2 yang dikenakan terhadap suami dan juga bakal madunya…. ini kerana aku sendiri punya pengalaman lebih 13 tahun hidup bermadu, dimana aku menjadi yang kedua, sentiasa bermohon terhadap Ilahi cukup lah tu kannnn…. risau juga aku ni ya…. biasa lah aku pun ada perasaan cemburu, kan itu tanda sayang….
Berhubung dengan tips tu, sebenarnya tidak lah susah sangat, mungkin yang menyebabkan teman aku tu bertanya atas perasaan gementar, risau dan mungkin tahap ketakutan yang terlalu tinggi untuk bertemu dengan bakal madu dia….
Bagi aku, tak perlu terlalu takut atau risau akan di marahi atau di maki-hamun (bahasa kasarnya), kerana peranan suami sangat besar dalam soal memberi penjelasan kepada isterinya atas niat baiknya untuk berpoligami, si suami lebih tahu akan isterinya, bila isterinya sanggup berjumpa, bermakna si suami sudah 80% berjaya menyakinkan isterinya tentang niat sucinya itu…..kerja kita sebagai madu hanya 20% sahaja….
Apa yang perlu teman aku lakukan adalah, betul kan niat mengapa mahu berkahwin dengan lelaki tersebut, kalau kerana Allah, demi sunnah Rasul dan demi menghindar dari berlaku perkara-perkara yang menjerumus kepada maksiat….
Selainnya, buat solat istikharah, mohon petunjuk Ilahi, apa yang patut dilakukan, berdoa agar Allah permudahkan segalanya…inshaAllah niat yang baik, apa tah lagi untuk mendirikan masjid, Allah akan bantu…. Allah maha pemberi…
Bagi aku sendiri, aku memang suka membaca dan mengamalkan surah2 pendek supaya Allah lindungi dari niat jahat sesama insan, supaya lidah kita lancar ketika berbicara dengan bakal madu, agar hati madu jadi lembut bila melihat kita dan yang paling penting adalah redha Allah SWT…. moga kita menjadi “permata” buat isteri dari suaminya….
Contoh surah2 pendek yang penulis selalu amalkan, sebahagiannya adalah :-
- Surah Yaasin (ayat yang ke 9)
- Surah Ali-Imran (ayat yang ke 200)
- Surah Al-Taubah (ayat 123 – 124)
Kalau boleh dalam perjalanan hendak berjumpa tu bersalawat lah sebanyak mungkin….. banyak lagi surah2 pendek yang boleh di amalkan…. agar Allah permudahkan segalanya, aminnn
Nasihat aku, jika sudah diterima sebagai madu tu, biarlah jadi madu yang berhemah, tidak tamak, tidak dominan terhadap suami, kena banyak bertolak ansur, kena banyak bersyukur bahawa kita telah di pilih oleh Allah SWT untuk berkongsi suami (ini lah yang aku sering lakukan dan sentiasa berusaha untuk menjadi madu yang terbaik)…. yang penting jangan berhenti untuk terus kekal dan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah…
Mengecapi hidup bahagia dalam rumahtangga tidak terletak kepada pasangan yang tidak berpoligami atau bermadu, orang yang berpoligami atau bermadu ini juga layak atau boleh mengecapi kebahagian di dunia dan mudah2an hingga ke Jannah, asasnya bagaimana kita menjalani hidup yang sudah ditakdirkan buat kita….
Sekian yang aku boleh kongsikan tentang tips berjumpa dengan bakal madu ini, kalau ada salah dan silap, dalam keikhlasan member tips ini, hanya kemaafan sahaja yang penulis pohon….
Mungkin pembaca entri ini punya tip-tip yang boleh dikongsi, kerana penulis yakin banyak lagi tip-tip yang boleh di kongsi bersama…
Wassalam
105 Comments
Orang yang mampu bermadu ini memang satu anugera Allah yang hebat.
Curahan rasa faizal @ ..5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
Harap dipermudahkan bagi diri ku…. dugaan pertama baru ku terima… harap aku masih mampu bertahan
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Menang RM3,000 Setiap Hari Dengan “80 Days Drink to Cash Contest”
moga yang bermadu atau dimadukan senantiasa bahagia dunia akhirat
rare sungguh tips macam ni..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Semak Keputusan SPM 2013 dengan SMS je!
ada tips untuk jumpa bakal madu ya hehe,
Tapi apa – apa pun, aku nak kata, lelaki yang berani menyatakan keinginan berkahwin lagi ialah, lelaki yang berani.
Curahan rasa onlajer @ ..Kekosongan Jawatan Disektor Awam
untung laaa moga bhagia selamanya kepada yg berumah tanga,selamat menjaga rmh tnga dngn baik…aminn
Belum ada jodoh,.. hihi
Tapi ni macam kes Hanez Suraya je.. bermadu dengan suami orang 😀
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Pengalaman Pertama Solat Sunat Istisqa ( Solat Minta Hujan )
Bila sebut bermadu ni,ramai juga yang beritahu seorang suami itu kena adil dan saksama , barulah bahagia , cukuplah kalau hanya setia pada yang satu
Curahan rasa wazy @ ..Koleksi Terbaru NEW BALANCE
Doktor pernah berseloroh dgn wife CD selepas melahirkan anak pertama kami 3 minggu lepas..
Doktor: sakit tak bersalin..ada benda yg lebih sakit tak drp bersalin?
Wife: sakit doc..mmg tader benda lain dah yg lebih sakit..
Doktor: sebenarnya ada…1000x lagi sakit drp bersalin…rasa manis tapi sakit bertahun…bersalin sakit kejap je…
Agaknya Ini lah dia maksud doktor tersebut !
Curahan rasa Zufar @ ..Bercuti ke luar negara dengan Airbnb
mungkin ramai yang 1000x sakit drp bersalin, tapi ada juga yang 1000x lebih baik dengan bermadu dengan niat yang betul, berilmu dan patuhi hukum syarak.
Curahan rasa Denaihati @ ..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
kebanyakan isteri tak nak bermadu…walaupun madu itu manis…tp awas, madu juga boleh jadi racunnya.
wow bermadu… macam menarik bunyinya..
Curahan rasa encikarman @ ..Adsense – jangan klik ads adsense sendiri
Assalamualaikum Tuan Denaihati,apa khabar?Semoga dalam keadaan terbaik.
Tips bertemu bakal madu,Hmm…
;).Sebelah isteri saya tuan ,mempunyai abang yang ada dua isteri.Setiap kali balik kampung isteri saya ,bawa kedua-dunya sekali.Anak-anak abang ipar saya ini pun takde masalah juga.Memang terbaik
Curahan rasa Mohd Azrin Abu Bakar @ ..Lima Faktor Prestasi Manchester United Sangat Teruk Musim Ini.
terima kasih perkongsiannya, ini contoh yang terbaiklah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
Bila bermadu kena jaga sebaiknya. Insyallah akan ada kebaikan untuk semua. 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran
Apabila kita menonton cerita tentang situasi seorang isteri berjumpa bakal madu kali pertama, kita dah dapat membayangkan kesedihan yang bakal di alami oleh isteri tersebut… Tetapi situasi yang sebenarnya hanya Allah yang tahu… Sekiranya suami dapat meyakinkan isteri tentang dengan perkahwinan berpoligami kehidupan mereka lebih bahagia daripada kehidupan sebelumnya, saya percaya tentu isteri tersebut akan berjumpa bakal madu dengan berlapang dada…
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi terbaru isteri saya, Cantik Tak? (Bahagian 36)
Saya setuju. Kena ternagkan kepada mereka sampai ketahap tersebut.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran
bermadu manis untuk suami tetapi pahit bagi isteri..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kehilangan Kakiblog.my Masih Misteri
Betul tu. Jika bersetuju baru jadi manis.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran
Emm kebanyakan isteri memang susah nak terima madu dengan cara yang baik..selain daripada sayang dan cinta akan suaminya, dia takut untuk terima dugaan suatu hari nanti suami hilang keadilan…semua ni sebab sayang suami la..kot suami kena tanggung lebih banyak dosa… terima kasih untuk perkongsian ni…
Curahan rasa Hafizul @ ..Program Jobdirumah – Antara Realiti dan Fantasi
Comments are closed.