Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MAHA2018 atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism 2018 telah bermula pada 22 November 2018 dan akan berakhir pada 2 Disember 2018. Ramai usahawan dan peniaga kecil sederhana ke pameran ini yang merupakan acara dwi tahunan.
Petani, peladang, nelayan dan yang mengusahakan dari tepi jalanan kini sudah bergerak seiring dengan kepesatan dan pembangunan dalam industri asas tani. Sebab itulah ramai yang ingin datang melihat produk-produk usahawan ini di MAHA2018.
Namun bagi yang kurang biasa dengan lokasi di Maeps Serdang tau ke pameran MAHA ini, perlu serba sedikit ketahui tips ke sana. Tips dan trick ke MAHA 2018, Maeps Serdang.
.
.
Tarikh : 22 November hingga 2 Disember 2018
Masa 10.00 pagi hingga 7.00 malam
.
.
1. Lokasi Pick up & Drop off Tram: 31 lokasi . Jumlah Tram: 17 unit berkapasiti 500 orang.
2. Shuttle bas 6 unit Percuma. Putrajaya Sentral, IOI City Mall, KTM Komuter Serdang.
3. Datang seawal yang boleh jika nak parking yang dekat sikit dengan dewan. Lambat, jem dekat sejam!
4. Caj parking RM5. Bila keluar, ada barrier menunggu. Guna Touch N Go lebih mudah dan pantas nanti.
5. Pakai kasut. Jangan pakai selipar cabuk, kasut tumit tinggi atau yang menyukarkan berjalan jauh.
6. Bawa beg yang selesa atau lebih mudah pakai beg sandang.
7. Baby stroller tidak digalakkan. Pakai baby carrier memadai.
8. Bawa air masak atau mineral di dalam botol.
9. Pakai topi, sapu sunblock atau bawa kipas kecil.
10. Standby payung lipat untuk cuaca hujan atau panas.
11. Kawal bajet tunai anda untuk berbelanja. Agro Bank juga ada sediakan beberapa mesin ATM di Hall A.
12. Yang datang dari jauh, boleh cuba guna MyCar / Grab atau MAHA rider.
13. Kaunter bayar saman PDRM paling ramai orang di Hall B.
14. Jika lama di sana, bawa powerbank. Charging station ada juga di Hall A.
15. Surau dan toilet ada juga disediakan.
16. Selamat berjalan kaki dan shopping. =)
Share kepada yang lain okay!
#MAHA2018
57 Comments
Mungkin ramai yang tidak menyedari, sebenarnya MAHA telah berusia lebih 90 tahun sejak pertama kali diadakan pada 1923.
Lebih 3.5 juta pengunjung dijangka memenuhi setiap ruang di Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 yang akan berlangsung sehingga 2 Disember ini.
Mungkin lebih kot pengunjung yang datang MAHA untuk tahun ni. Pelancong pun ramai juga yang datang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Agrobank menawarkan hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM2 juta bagi pengunjung bertuah yang singgah ke pavilion mereka di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018), di sini
haaa apa lagi kome moh lah kita berkunjung kr Agrobank punya booth
dua juta? bannyak tu!! siapa lah yang bertuah dan menang salah satu hadiah yang di tawarkan
Katanya, seramai 95 usahawan ditempatkan di Empayar Makanan dengan bertemakan ‘Makanan Menyatukan Kita’ turut menampilkan keunikan menu bagi tarikan pengunjung.
Ramai pergi boleh mencuba pelbagai makanan yang dijual kan, Ada yang viral dan ada yang tidak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kali ni banyak makanan yang telah diinovasi. harap makanan ini akan kekal dan bukannya bermusim
bagus kalau ada tips untuk ke MAHA ni senang siapa yang nak pergi MAHA nanti ni
Betul tuh takde lah mereka yang baru pertama kali mengunjung ke MAHA n tarkial kial apa yang perlu nak buat nanti
Peringatan pada semua jangan parking sebarangan kerana lori tarik senantiasa menunggu peluang tarik kereta. Terutamanya di rumput MARDI.Nak lepaskan kereta kena bayar RM100.
Tambahan, kalau rasa iman x kuat nak handle anak tempat sesak; x perlu bawak anak 😅
Ha, memang pun jangan bawa anak-anak bersama. kadang tempat sesak dengan panas lagi nanti mengamuk je anak-anak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
betul. akhirnya kita yang susah kerana anak asyik merengek.. nak tgk barang pun susah, hehe
Tips sangat berguna….Alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk pergi bersama keluarga.. seronok..
Alhamdulillah seronok kan, saya tahun ni pun tak dapat pergi juga, insyaAllah next 2 years anak dah besar boleh pergi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Teringin nak pi. Insyaallah kena plan elok2 supaya tak stress dan dapat nikmati semua yang best
Curahan rasa Raihanah @ ..Cara Terbaik Kembalikan Fungsi Buah Pinggang
Bagi yang punya bisnes, pameran ini boleh memberikan idea untuk besarkan bisnes atau mengembangkan idea bisnes yang baru.
Curahan rasa ayba @ ..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Memang banyak idea bisnes yang boleh dipelajari oleh orang bisnes sempena pameran MAHA ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau tempat kecil dan tidak banyak pameran, boleh main redah je. Tapi bila melibatkan tempat pameran yang besar, kena lah buat persediaan. Supaya datangnya kita itu berbaloi, mengujakan dan menjadi kenangan yang kekal.
Tempatnya luas sangat..nak jalan kaki memang seksa jgk la kot..nasib ada perkhidmatan tram..pastikan kena bwk payung jgk 👍
Belum berkesempatan pergi lagi untuk tahun ini. InsyaAllah jika ada kelapangan nak juga singgah.
Belum ada rancangan nak pergi, anak anak pun masih kecil, takut tak tahan panas.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam, Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Dan Bukit Mahkota
Betul. Hati teringin nak pergi, tapi memikirkan ada anak-anak kecil macam malas nak bersesak
betul jgk tu. kalau anak ada kecil mmg tak sesuai ke tempat ni.. panas pula, nnt tak selesa
dengan tips sebegini senang untuk pengunjung buat perancangan ke MAHA…takdelah buang masa sahaja..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara Mudah Naikkan Bilangan Followers Di Instagram
Comments are closed.