Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dunia ini, terdapat pelbagai jenis rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Mempunyai rumah jenis flet, apartment, teres, banglo mahu pun rumah besar banglo bertingkat adalah lumrah dan kebiasaan penduduk dunia. Namun, pernah tak terfikir untuk membeli rumah di atas kapal?
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Memiliki satu unit rumah di atas ‘bandar terapung’ bernama The World dan mengelilingi dunia di atasnya adalah satu impian menakjubkan.
Dalam catatan, The World merupakan sebuah kapal pesiar terbesar dan paling mewah yang ada di bumi. Kapal berukuran 644 kaki dilengkapi dengan berbagai fasiliti premium yang bukan calang-calang orang dudukinya.
Dengan panjang 196 meter, The World berlayar dengan berat 43,524 ton, dilancarkan pada 28 Februari 2001
Apa istimewanya The World ini?
Ia mempunyai pusat golf, gimnasium 650 meter persegi dan spa, dan merupakan satu-satunya kapal di dunia dengan gelanggang tenis bersaiz penuh.
Di dalam kapal The World ini ada apartment. Harganya antara USD3 juta hingga USD15 juta. Unit-unit itu dijual hanya dengan jemputan dan penghuni mesti mempunyai nilai pendapatan bersih sekurang-kurangnya USD10 juta untuk layak membelinya.
Apartment di dalam The World ada beberapa jenis seperti Studio, Studio satu dan dua bilik, kediaman dua bilik dan kediaman tiga bilik.
Nak beli apartment di The World? Lupakan sahaja kerana ia telah habis dijual pada tahun 2006. Jom lihat beberapa gambar eksklusif dalam kapal The World.
Kapal The World itu mengibarkan bendera negara Bahamas. Ia telah mengembara 641,000 batu nautika sejak dilancarkan pada tahun 2002, bersamaan dengan 30 kali mengelilingi bumi.
The World juga mempunyai laluannya tersendiri dan tahun demi tahun ia akan melalui tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Pada masa artikel ini ditulis, The World berada di Cape Town, Afrika Selatan.
Nampaknya seperti akan melalui pantai timur semenanjung Malaysia pada Oktober – Disember 2019 nanti.
Pengunjung biasa memang takkan dapat naik kapal The World ini. Hidup di atas kapal ini penuh dengan kerahsiaan. Bak kata pembeli yang sudah lama menginap di apartment The World ini, Opah Winfrey pun belum tentu dibenarkan beli apartment di situ.
Terdapat kod kerahsiaan dan privasi. Mereka tidak mahu paparazzi di The World. Bagi mereka, ia adalah tempat perlindungan dan tempat jauh dari dunia luar. Kita tidak akan mengetahui siapa yang tinggal di sini.
Setiap tahun, The World ini akan berlayar ke lebih 150 destinasi dan mereka juga akan membuat ekspidisi. Antara yang menarik lokasi di Greenland timur, Namibia, Antartika, Georgia selatan, Kepulauan Falkland dan banyak lagi.
Mereka tidak menghabiskan masa hanya di atas kapal, tetapi mereka juga turun ke darat melihat dunia dan kawasan yang mungkin tidak ramai yang melaluinya.
84 Comments
Tahun depan boleh tengok, mana tahu dia berlabuh dan melancong ke Malaysia pulak.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
hanya yang berduit dan berpangkat sahaja mampu menginap di sini.. mereka yang dah penat berkerja mencari juta juta dollar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Oprah yang kaya raya pun belum tentu dibenarkan beli apartmen atas kapal mewah ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
siapa sangka, hiasan dalaman bak hotel mewah siap ada padang golf ini hanya di atas sebuah kapal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
saya yakin celeb hollywood mesti pernah naik kapal ni.. sebab mreka mahukan privasi tnpa paparazzi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
kalau oprah pun belum tentu boleh naik, apa lagi kita yang entah siapa siapa ni kan?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
kita sekadar tengok dari luar pun sudah memadai..
mungkin kehidupan semewah begini belum layak lagi untuk kita ketika dunia yang sementara ini
Bukan calang-calang orang mampu untuk membeli apartment di atas kapal persiaran mewah The World ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
ye.. oprah tu kira antara yg paling berkuasa di dunia.. dia sendiri belum tentu dapat naik. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
ye la..tengok harganya tu pun lain macam mahalnya. siapa la yang kaya giler beli apartment atas The World ni
Best dan untungnya tiada siapa yang mengetahui siapa yang tinggal di atas kapal mewah The World ni.
Wah, sudah 30 kali mengelilingi bumi. Kiranya sepanjang hari dia menjelajah dunia lah ye.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
powerkan kapal ni? kapal ni macam sentiasa bergerak.. sentiasa ada penumpang. agak agak berapa la tiket ye
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
sebab dah terlalu kaya..
kehidupan cuma untuk dinikmati dengan keseronokan dan kebahagiaan..
alangkah beruntungnya mereka.
berbanding kita terpaksa bekerja siang dan malam mencari duit demi sesuap nasi
tak gak tu. Akan berhenti berlabuh di beberapa tempat yang terpilih. Tempat lak bukan calang2
uish sepanjang hari selam mana The World ni dah belayar kelilingi dunia ek. Mcm lama tu
Untungnya tiada siapa yang mengetahui siapa yang tinggal di atas kapal mewah The World ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
terdetik juga dalam hati saya…
siapakah yang mendiami apartment dalam kapal mewah tersebut
adakah orang muda atau orang tua
sangat untung. Tiada paprazi yang mengejar cerita hidup mereka. Privasi diorang memang dijaga rapi
Harga apartment USD3 juta hingga USD15 juta? pendapatan bersih sekurang-kurangnya USD10 juta untuk layak membelinya. Amazing!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
entah berapa gaji bulanan mereka yang bercuti di sini.. mungkin orng macam trump dan bill gates shj. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
itu pendapatan bersih setiap bulan ke tahun tu agk2 nya? tapi memang WOW sangat siapa yang memiliknya
amazing sgt tu. Dah macam mustahil kaw kaw bila nak ada semua tu dlaam masa terdekat ni hehe
Siap ada gelanggang tenis bersaiz penuh. Seronoknya tak terasa seperti berada di atas kapal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
ada spa, kolam renang, dan bilik conference besar macam universiti. betul betul besar ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
gelanggang tennis yang bersaiz penuh memang besar…
ini dapat menunjukkan kapal tersebut jauh lebih besar dari yang pernah kita bayangkan…
Gelanggang tenis tu dah biasa atas kapal. Tang lapangan golf tu lagi gempak haha
Kapal pesiaran terbesar dan paling mewah yang ada di bumi siap dilengkapi dengan berbagai fasiliti premium yang bukan calang-calang orang dudukinya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Memiliki satu unit rumah di atas ‘bandar terapung’ bernama The World adalah sesuatu yang menakjubkan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
memang menakjubkan. Tak pernah lagi jumpa impian orang lain nak ada rumah ada The World ni.
Tak pernah terfikir diminda untuk memiliki apartment di atas kapal mewah sebegini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Wahhhh belayar setiap tahun ke 150 destinasi! Bestnya siapa yang dapat menjelajah dunia macam ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Subhanallah, apartment diatas kapal The World ni sungguh mengagumkan. Seperti di atas darat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kan..harganya pun dah macam beli banglo 2,3 biji hehehe.. siapalah si pemiliknya kan
malah di darat pun kalah..
kerana kelengkapan amat mencukupi..
dari soal makan minum dan riadah ..
semuanya ada dalam kapal The World
Comments are closed.