Terkini Wira-Wira Malaysia Mengempur Penceroboh Sulu

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berikut adalah kenyataan daripada PM DS Najib Razak sebelum wira-wira negara mengempur penceroboh sulu di Lahad Datu. Kesabaran pasti ada tahapnya dan rakyat Malaysia merayu kepada Fanatik Politik untuk menghentikan berPOLITIK dan sama-sama bersatu hati mendoakan kejayaan wira-wira kita. Darah di balas darah … nyawa di balas nyawa.

Kenyataan penuh perdana menteri:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA WIRA-WIRA NEGARA YANG GUGUR DALAM PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN NEGARA.

korban Lahad Datu

korban Semporna

Semuga tiada lagi yang terkorban dan penceroboh keluar dari Tanah Air tercinta. Klik INI untuk dapat berita-berita terkini.

50 Comments

  1. ikut berbela sungkawa untuk keluarga korban. saya juga tidak terlalu mengerti asal mula dari permasalahan ini, jd saya tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. saya hanya berharap semua pihak bisa menemukan jalan yang terbaik bagi semuanya
    Curahan rasa Bibit Suhardi @ ..Pantangan Yang Salah Dalam DietMy Profile

  2. nampak dah semakin serius.. inilah masanya kita semua bersatu hati menentang pengganas.. ya, mereka dah labelkan sebagai pengganas
    Curahan rasa KiD @ ..Gajet BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!