Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berikut adalah kenyataan daripada PM DS Najib Razak sebelum wira-wira negara mengempur penceroboh sulu di Lahad Datu. Kesabaran pasti ada tahapnya dan rakyat Malaysia merayu kepada Fanatik Politik untuk menghentikan berPOLITIK dan sama-sama bersatu hati mendoakan kejayaan wira-wira kita. Darah di balas darah … nyawa di balas nyawa.
Kenyataan penuh perdana menteri:
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA WIRA-WIRA NEGARA YANG GUGUR DALAM PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN NEGARA.
Semuga tiada lagi yang terkorban dan penceroboh keluar dari Tanah Air tercinta. Klik INI untuk dapat berita-berita terkini.
50 Comments
semoaga tanahair kembali aman dr ancaman musuh..
salam takziah buat keluarga yg terkorban,,,
muda2 lagi…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanita
Ya Allah kau limpahkanlah rahmat dan hidayah kepada seluruh rakyat Malaysia utk bersatu mempertahankan maruah negara. Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Curahan rasa sha @ ..HUGGIES DRY PANTS ‘CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE’ ROADSHOW
Kerajaan terlalu berlembut baik dgn pelampau2 dlm negara mahupun dgn penceroboh2 asing. Malaysia sepatutnya belajar dropd singapura yg tidak bertolak ansur dalam menanani anasir2 yg disufatkan boleh mengancam ketenteraman dan kedaulatannya…
Penceroboh perlu dilawan…semoga cepat selesai..Sama2 kita doakan buat perajurit kita…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kembalikan Momentum Berblog
moga rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa sweetkurma @ ..kejar mengejar di blog sweetkurma
Terdapat serangan dari pihak malaysia jam 7 pagi tadi menandakan malaysia sudah bersedia bertempur dengan penceroboh,di harap isu ini akan cepat selesai..amin
Curahan rasa RICH @ ..Facts About Getting Car Loans
Membela kedaulatan negara adalah harga mati bagi setiap negara
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tujuan Manfaat Pijat Bayi
Assalamu’alaikum Saudara.Indonesia izin baca materi di sini.Salam kenal
semoga kita beroleh kejayaan. amin..
Curahan rasa boni kacak @ ..Video Arahan Pertama Aku Untuk Team Penyamun Inc.
semoga semuanya selamat dan kembali aman seperti sebelumnya…
Curahan rasa Myvitrd @ ..4 Hari Tanpa Orang Tersayang Di Sisi
satu tindakan yang dinanti-nantikan dan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga semua akan selamat…
Curahan rasa syarih @ ..Angin Syurga | Misha Omar.
Jom sama-sama berdoa semoga semua anggota tentera selamat dan menegakkan maruah negara.
Curahan rasa hatiputera @ ..Kad Touch n Go Tidak Sah
sangat sedih dengan tragedi berdarah ni… al-fatihah dan takziah…
Curahan rasa staibaqhang @ ..Menjana Pendapatan Dengan DSLR / Fotografi. Adakah ini satu perlaburan?
“andaikata kami gugur semua.. taburlah bunga di atas pusara.. KAMI MOHON DOA.. MALAYSIA BERJAYA.. semboyan telah berbunyi.. menuju medan bakti..”
Curahan rasa KiD @ ..Minda Aktif 9A Plus untuk ILHAM
Comments are closed.