Terkejut 73% usahawan IKS Malaysia buta ICT

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi menjemput blog Denaihati, satu-satunya Blog di Malaysia bersama media-media lain ke majlis “Industry SME Roundtable” . Majlis yang dihadiri oleh bos besar Intel Malaysia, SME Bank dan SME Corp bertujuan untuk menjelaskan kedudukan usahawan IKS Malaysia dan melancarkan insentif terbaru dari Intel Malaysia.

Alhamdulillah kehadiran aku sebagai blogger di majlis “Industry SME Roundtable” memberi pendedahan yang baik dan aku telah dijemput untuk menghadiri “SME CEO Forum 2013” anjuran SME Corp dan Business Media International. Terima kasih kepada Pengurus Besar Business Media International yang telah memberi aku pas VIP secara percuma walaupun sepatutnya kena bayar ribuan ringgit. Itulah kehebatannya networking.

usahawan IKS Malaysia dan ICT

Di dalam ke dua-dua majlis ini berbagai informasi terkini usahawan IKS Malaysia telah dikongsikan dan yang paling mengejutkan sekali daripada 645,136 usahawan IKS Malaysia yang berdaftar hanya 27% sahaja yang menggunakan ICT itu pun majoriti hanya menggunakan komputer dan internet untuk urusan biasa bukan untuk pemasaran.

Pelik juga rasa dengan kadar celik ICT yang tinggi di Malaysia dengan berbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menjadikan ICT pemudah kehidupan dan bisnis, masih ada 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. Kerajaan mensasarkan pada tahun 2020, 41% sumbangan GDP negara adalah daripada IKS berbanding 32% pada tahun 2010. Sasaran ini akan hanya tercapai sekiranya usahawan IKS Malaysia menggunakan ICT sebagai satu sistem dalam bisnis mereka kerana telah banyak terbukti bahawa ICT dapat membantu meningkatkan perolehan sesebuah syarikat IKS.

Usahawab IKS Malaysia terutamanya Usahawan Melayu mesti menerobos sempadan diri, memecahkan kebutaan ICT dengan meneroka kehebatan ICT menggunakan blog, sosial media, sistem pembayaran online dan sistem mobile untuk menembusi pasaran tanpa sempadan bukan sahaja di Malaysia tetapi keseluruh pelusuk dunia yang tercapai oleh kuasa Internet. Jangan kita terus menjadi usahawan Melayu yang hanya mengharap tongkat daripada Kerajaan untuk berjaya dan apabila bantuan habis maka lenyaplah kita daripada dunia bisnis lalu menjadi antara usahawan yang menyalahkan Kerajaan kerana tidak menyediakan bantuan untuk usahawan Bumiputera … sampai bila???

Video contoh Usahawan Kampung yang berjaya menakluk dunia

Baca juga : Gandakan pendapatan syarikat anda dengan blog dan sosial media

Program Latihan Usahawan IKS

Kepada usahawan IKS Malaysia jangan malu untuk belajar menggunakan ICT kerana telah terbukti ICT berjaya meningkatkan jenama dan jualan sesebuah syarikat. Contohnya eQurban.com, Little Scarf Collection dan banyak lagi usahawan IKS yang telah berjaya berkembang bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui Malaysia dengan kuasa ICT.

eQurban contoh sebuah syarikat yang melangkaui Malaysia pemasaran dan operasinya. Baca kisahnya di FB eQurban.

Qurban & Aqiqah di Kemboja

Kepada Usahawan IKS Malaysia yang nak belajar bagaimana nak maksimakan ICT dalam perniagaan jangan malu jangan segan sila contact Akademi Denaihati Network. Kami menyediakan program khas untuk usahawan IKS Malaysia dengan yuran yang berpatutan dan paling penting akan menjadi mentor sehingga berjaya. Bertindaklah dari sekarang kerana dunia perniagaan bergerak begitu pantas atau anda akan ketinggalan dan terus mengeloh menyesali nasib. Yakinlah usahawan IKS Malaysia khasnya usahawan Melayu boleh menjadi usahawan dunia apabila kita mempunyai jiwa dunia dan tidak menjadi sebahagian daripada 73% ushawan IKS yang buta ICT.

Intel Level Up Your Business

Intel Malaysia dengan kerjasama SME Corp dan SME Bank menyediakan berbagai latihan kepada usahawan IKS Malaysia untuk meningkatkan kemahiran ICT. Bagi menyuntik semangat Intel Malaysia menyediakan insentif khas kepada usahawan IKS Malaysia dengan hadiah RM20,000 untuk meningkatkan sistem IT anda. Kepada semua usahawan IKS sila ambil peluang dan dapatkan maklumat di Intel Level Up.

Baca juga : Malaysia SME E-commerce Bundle Plan – Webshop999.com

Kalau mereka yang cacat boleh kenapa kita tidak …


Spread the love

60 Comments

  1. Selamat petang. Saya merupakan seorang pembantu penyelidik di sebuah universiti. Saya memerlukan statistik usahawan mikro di Malaysia berdasarkan negeri. Adakah tuan tahu mana-mana laman web yang boleh membantu saya. Setakat ini saya dapati laman web SME corp dan Jabatan Perangkaan Negara tidak mempunyai statistik berdasarkan negeri. Terima Kasih.

  2. Assalamualaikum,

    Dengan prasarana yang disediakan oleh kerajaan seperti wifi percuma dan pusat ICT di dalam bangunan UTC yang menyediakan kemudahan komputer dan internet percuma, sewajibnya dapat membantu dengan lebih proaktif lagi dalam memasarkan produk dan perkhidmatan IKS di Malaysia. Umur bukan jadi penghalang untuk menggunakan IT dalam perniagaan. Nak seribu daya.

    Rakyat Malaysia terutamanya remaja dan belia masih lagi ada yang mensia-siakan kemudahan yang ada dengan melayari internet sekadar untuk hiburan. Internet adalah salah satu lubuk pengetahuan dan ilmu. Namun jika kita bijak menggunakannya ia akan membantu kita menjana pendapatan yang memuaskan terutamanya kepada peniaga kecil kerana dengan komputer dan internet, ia dapat membantu peniaga dan usahawan kecil serta sederhana dalam menerobos ke pasaran yang lebih luas lagi.

    Pada 25 September 2013 lalu, saya telah dijemput untuk memberi ceramah berkaitan dengan keusahawanan pada pelajar Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Dari maklumbalas mereka, masalah utama yang menghalang generasi belia kita menceburkan diri dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan ialah “tiada duit / modal”.

    Lalu sebahagian yang saya katakan pada mereka ialah jangan letakkan modal itu hanya terhad pada duit semata. Kepetahan berkata-kata, berpengetahuan luas dan ramai kenalan juga satu modal. Saya juga telah memberitahu mereka beberapa model perniagaan yang KURANG dan TANPA menggunakan duit sebagai modal utama serta bertindak bijak dalam menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan dan menjual produk keluaran mereka. Cerita selanjutnya ada dalam artikel saya : Ceramah usahawan di Kolej Komuniti Selandar

    **********************************************

    Video Tutorial 12 Jam | Cetak Tshirt Asas Silkscreen

    Kelas Belajar ASAS Komputer Dan ICT di Melaka
    Curahan rasa Ahmad Zaki @ ..SEMINAR INSPIRASI & FORMULA USAHAWAN (SIFU) – 7 MENTOR, 7 INDUSTRIMy Profile

  3. Lumrah di Malaysia apabila jurang teknologi digital di antara golongan muda dan tua masih lagi lebar. Rata-rata usia pertengahan 30’an adalah usia yang stabil kewangannya di mana mereka boleh memberikan tumpuan terhadapnya. Manakala golongan muda pula, walaupun pengetahuan tentang teknologi mereka lebih baik, tetapi kekangan kewangan membantutkan cita-cita dan harapan mereka menjadi usahawan.

    Ramai yang berminat, tetapi kekurangan modal dan dana.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!