Taubat ku taubat Nasuha – Episod Akhir

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang teruja setelah membaca 3 episod awal cerpen “Taubat Ku Taubat Nasuha“ yang disiarkan sebelum ni dan tak sabar menanti sambungannya. Joom kita sambung baca episod terakhir. Cerpen bersiri pertama adalah hasil nukilan Rakan Blogger Latifahbee Kay tuan punya blog Puanbee.com. Semuga ada pengajaran disebalik kisah.

Selepas di tahan reman selama empat belas hari , kes aku telah di hadapkan di mahkamah , aku menerima hukuman 20 tahun di penjara dan 2 kali sebatan. Sungguh menggigil aku tika itu .. tidak dapat ku bayangkan 2 kali sebatan itu. Dulunya aku hanya mendengar bagaimana peritnya diri banduan di sebat. Kini aku adalah banduan yang akan di sebat. Adakah aku mampu menerima sebatan itu ? hanya Allah yang mengetahui..

Kini penjara Taiping menjadi tempat tinggal rasmi aku . Umurku kini lanjut entah aku akan hidup di atas dunia yang fana ini lebih panjang atau tidak ? . .. Entah .. entah aku meninggalkan dunia di dalam penjara besi ini .. bagaimana lah hidup aku akan datang. Aku sendiri tidak dapat bayangkan.

Aku mengharapkan keampunan cucu aku . Aku menunggu cucu ku datang melawat aku dari hari ke hari , namun tiada bayangan wajahnya , hanya anak aku yang datang menjenguk setiap dua bulan atau tiga bulan sekali , setiap kali itulah juga aku bertanyakan keadaan cucuku , apakah dia telah maafkan aku ?

taubat ku taubat nasuha

Setiap tahun aku menghantar surat kepadanya di dalam surat itu aku meminta ampun dan maaf. Aku berharap dia maafkan aku seikhlas hatinya walaupun aku tahu aku seorang manusia keji yang tidak layak memohon maaf.. setiap kali tibanya hari raya aidul fitri, hati ku meruntun-runtun untuk balik ke rumah dan merasa ketupat pulut hasil tangan anak ku. Aku begitu teringin menyambut hari raya bersama keluarga, apatah lagi tika tibanya hari raya lagu raya berkumandang bertambah meruntun – runtun jiwa ku untuk pulang dan beraya bersama keluarga aku.

Aku teringin melihat cucu aku sebelum aku pergi.

Aku sangat-sangat memerlukan ucapan keramat ” jaja maafkan atuk ” maaf dari cucuku.

Namun hampa … Aku mendengar cerita dari anak ku .. cucu ku seorang yang bijak pandai. Anak aku telah menunjukkan beberapa keping gambar cucu ku ketika majlis menerima anugerah di sekolah nya. Hati ku sayu … sungguh marah cucuku pada diriku .. aku berdosa , namun aku hanya manusia biasa , inilah ujian dan dugaan yang di takdir kan oleh Tuhan pencipta seluruh isi dunia ini.

Aku sendiri tidak minta untuk terjadi perkara begini , namun aku tahu aku lalai dan terlalu mengikut bisikan syaitan durjana .. menakluki aku ke arah neraka jahanam.

Walau apa pun .. Allhamdulillah .. hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku berdoa semoga cucuku dapat melupakan peristiwa hitam di dalam hidupnya dan meneruskan hidup sebaik mungkin. Aku berdoa semoga cucu ku berjaya dunia akhirat dan menjadi insan yang positif. Aku berdoa agar cucu ku itu berkahwin dan mempunyai zuriat. Aku berdoa semoga cucu ku dan anak ku di beri hidayah agak memaafkan aku suatu hari nanti.

Aku bersyukur kerana aku tidak terlambat untuk menginsafi segala dosa ku di atas dunia ini.

Pernah sekali aku bertanyakan . .. bagaimana? siapa? yang mula-mula mengetahui kes aku melakukan pekara terkutuk itu kepada anak ku ..

Anak ku menceritakan .. bahawanya pada hari terjadinya Jaja di masukkan ke hospital . Jaja jatuh pengsan di sekolah. Memandangkan Jaja seorang budak yang pendiam, berwajah pucat seolah sedang kesakitan, pelajaran makin hari makin merosot. Cikgunya mengesyaki ada sesuatu telah berlaku pada Jaja. Lantas cikgunya terus membawa ke hospital . Jaja ditanya oleh doktor yang merawat di hospital. Jaja mengaku .. ada sesuatu detik hitam yang berlaku di dalam hidupnya.

Hasil dari usaha doktor yang merawat Jaja itu perbuatan aku di bocorkan. Doktor sendiri telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyakat untuk mengambil alih kes ini. Di bawah akta pencabulan dan penderaan kanak-kanak. Pegawai dari Jabatan Kebajikan tersebut sendiri telah pergi membuat laporan di balai polis berdekatan .

Anak ku mengetahui pun dari mulut pegawai kebajikan masyarakat yang bertugas pada waktu itu. Anak ku sendiri memohon ampun dan maaf kerana terpaksa akur menyumbat aku ke penjara.

Tidak .. tidak salah perbuatan anak ku itu. Aku yang bersalah ..

Ayah mohon ampun dan maaf sekali lagi pada Zu .. Zu tidak bersalah .. biarlah apa orang kata ..tindakan Zu tepat .. ketahuilah … Ayah tidak marah dan ayah menyesali perbuatan ayah ini Zu ” ucapan maaf dari ku untuk Zu buat kali terakhir mungkin.

Zu membalas “Ayah .. walau apa pun .. Zu maafkan ayah dan ayah halalkan lah makan minum Zu .. cuma …. ” perkataan Zu terhenti disitu ..

Diam dan sunyi .. esak tangis Zu kedengaran jelas walaupun cuba dilindungnya kesedihan itu.

Cuma … cuma apa Zu ? .. ” Selepas beberapa ketika, aku bersuara .. aku juga tidak sanggup melihat Zu menangis dan berasa serba salah pada diriku.

Zu minta maaf, Zu tidak dapat memujuk Jaja datang melawat ayah disini. Jaja seolah-olah ingin terus melupakan ayah, Zu serba salah … walau apa pun ayah tetap ayah Zu dunia dan akhirat … ayah .. Jauh di sudut hati Zu .. tidak pernah sesekali Zu membenci ayah .. ” Zu berkata tersedu-sedu .. cuba menenagkan dirinya namun tidak berjaya. Berderai juga air mata Zu di pipinya.

Aku memahami kedudukan Zu .. lantas aku memujuk Zu ..

Tidak mengapalah Zu .. Ayah redho .. walau apa pun yang terjadi .. Ayah sendiri berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan hukuman ayah di dunia ini , kerana ayah tidak sanggup menerima hukuman di akhirat sana. Dan ini semua telah tertulis Zu .. ”

=====================================

” Cucuku jaja yang ayu jelita , cerdik dan lemah lembut … Atuk memohon seribu keampunan dari mu cu .. atuk kini tidak berdaya lagi , atuk kerap sakit di dalam penjara besi ini , atuk seolah dapat merasakan ajal atuk semakin hampir , atuk sentiasa berdoa Allah menerima taubat atuk , atuk taubat nasuha cu !! atuk sangat berharap cu dapat memaafkan atuk dan mendoakan atuk ketika atuk telah tiada di dunia ini lagi.

Atuk tidak sengaja tergelincir di lembah hina. Atuk tidak sengaja lupa dan alpa akan tanggungjawab atuk nan satu .. atuk tidak sengaja memperlakukan cu seperti itu .. Atuk sedar atuk hidup bertuhanan syaitan dan berlandaskan kejahilan suatu waktu dahulu .. . Atuk si pendosa yang kini semakin lemah .. berdoa agar cu maafkan atuk buat kali terakhir..

Apabila malaikat Izrail menjemput atuk nanti. Atuk berharap .. cu telah pun memaafkan atuk .. setiap hari atuk hidup dengan luka penyesalan tiada penghujungnya. Setiap hari atuk menyesali segala perbuatan atuk .. Hati mati dan tidak menyemai perasaan cinta dan takut pada Allah merupakan ke salahan atuk paling tidak dapat di maafkan. Atuk sangat takut .. sejuk dan panas silih berganti apabila teringatkan MATI . Atuk tidak sanggup di matikan di dalam perasaan besalah terhadap mu cu.

Atuk berharap .. mengharap dan memohon kepada mu cu ..

Dengan sisa hidup Atuk yang berbaki ini. Biarlah atuk mencoretkan apa yang terbuku di hati atuk hanya untuk mu .. bukan untuk mengingatkan mu kepada kisah silam nan hitam bagi mu. Tetapi sekadar coretan penyesalan tiada penguhujungnya. Mengharapkan keampuannan dari mu cu tika atuk telah tiada di dunia ini.

Atuk menyayangi mu cu .. atuk redho jika cu tidak dapat memaafkan atuk buat kali terakhir. Mungkin ini hukuman yang pasti atuk akan terima.

Penyesalan tiada penghujungnya … maafkan atuk ya .. “

==================================================

Ya Allah .. apa aku dah buat? aku membiarkan perasaan dendam dan hasutan untuk tidak mempedulikan atuk ku? Aku menjatuhkan hukuman kepada manusia sehingga ajalnya hampir tiba? Aku memutuskan silaturahim dengan orang yang begelar atuk? Salahkah tindakan aku ini?

Aku telah terlambat … kini Atuk tiada lagi .. bagaimana aku ingin mengucapkan .. sepatah perkataan keramat .. ” Jaja Maafkan atuk ” itu di hadapan atuk ? Mata ku berkaca lagi .. menitis perlahan di pipi ku .. panas dan semakin deras ..

” Jaja ……….. jaja ………… buat apa tu ? duduk dalam bilik lama-lama? mari lah tolong mak kat dapur ni .. sat lagi orang nak datang baca tahlil, cepat tolong mak apa yang patut kat sini .. duk dalam bilik buat apa ? ” kedengaran suara emak memanggil aku di sambung pula dengan bebelan tidak berhenti .. henti ..

Ye la .. ye lah mak oii .. jaja turun sekarang laaa .. ” Aku membalas jeritan emak sambil mengesat air mata , seolah-olah tiada apa yang belaku .. namun hati kecil ku ..bermonolog sendirian ..

Kini sudah masuk hari ke- 44 tarikh kematian atuk . Atuk telah kembali ke rahmatullah di saat atuk menunaikan solat subuh di dalam penjara. Atuk telah pun menyampaikan wasiat kepada warden penjara .. dan meninggalkan sepucuk surat bertajuk Taubat ku taubat nasuha buat ku. Aku sendiri telah membaca berulang kali .. hampir remuk kertas putih yang di tulis tangan oleh atuk . Aku faham akan penyesalan atuk ..

Percayalah atuk .. Jaja telah lama maafkan atuk ..cuma jaja tidak mampu berhadapan dengan atuk ketika atuk di dalam penjara besi itu. Jaja tidak mempunyai kekuatan untuk melihat atuk di sana… Jaja terasa besalah .. sebab itu lah Jaja tak pernah jejak kan kaki untuk melawat atuk ..

Jaja berharap atuk tenang di sana ..

Semoga Allah menerima taubat atuk .. dan Jaja percaya .. tidak ada pendosa yang bertaubat tidak di terima oleh Allah .. taubat nasuha dari atuk sangat bermakna buat Jaja .. Jaja kini bebas tanpa ada rasa dendam atau benci kepada atuk .. tenang lah di sana wahai atuk di samping orang beriman ya atuk .. ”

Doaku ..

Ya Allah .. tiada satu perkara terjadi tanpa kebenaran dari mu…

Tiada daya aku menepis dugaan dan takdir mu.

Redha dan pasrah meniti hidup ..

Menitip kemaafan sesama manusia mengharapkan cahaya keindahan buatku…

Melapangkan jiwa merenung dosa ..

Merungkai misteri keindahan takdirmu…

Mengulit kenangan tiada bertepian..

Membebaskan roh dan jasmani menuju syurga Allah ..

Tanpa ada anasir jahat di hati ..

Semoga semua umatmu , makhluk – MU di dunia ini tersadar dari mimpi indah duniawi…

Semoga menerima hidayah mu cahaya terang menerangi hati bersujud ..

Bertaubat .. memohon keampunan kepada – Mu ..

Ampunkan dosa atuk ku , aku dan juga ibuku Ya Allah ..

Amin ~

Hatiku bebas dan tenang sekarang ” desir hati ku pelahan .. lalu menyimpan senaskah surat terakhir dari atuk . Lantas belalu pergi untuk menolong emak di dapur menyediakan masakkan untuk kenduri arwah khas buat atuk tersayang.

~Tamat~


Spread the love

45 Comments

  1. Tak dikira ternyata Anda dalam membuat sebuah informasi sangat bagus sekali dan kratif, tunjunkan terus fostingan terbarumu terimaksih gan.

  2. Bagus sekali, ini sangat bermanfaat dan penting sekali untuk di ketahui. Terimakasih informasinya ya gan. Terus berkembang dalam membuat imajinasi baru.

  3. semoga cerita ini akan jadi pengajaran buat kita semua….. buat kaum lelaki supaya jangan hidup bertuhankan syaitan… kerana syaitan hanya mendapat kejayaan bila kita mendengar segala hasutannya… banyak kes2 sebegini terjadi kerana bisikan syaitan. hingga seorang datuk yang sepatutnya menjadi pelindung kepada cucu kesayangan, bapa yang menjadi penaung seorang anak gadis, telah bertukar menjadi sebaliknya. semuanya kerana mendengar bisikan syaitan yang menggoda nafsu kita..
    Curahan rasa boni kacak @ ..Aku Terlupa Untuk Minta BantuanMy Profile

  4. Tiba2 tak puas hati sebab anak dia boleh pulak jenguk ke penjara nangis2 sebab jaja tak dapat datang. Macam..patutnya mak dia nangis hina perbuataan keji bapak dia makan anak dia sendiri. Cerita ni anti-klimaks pada pendapat saya. Hahah sorry!..Saya aspek cerita ini lebih kepada penderitaan atuk tu di atas perbuataan hina dia tu. bukan tangisan mak jaja dan jaja konon kesiankan atoknya. macam terima pulak perbuataan atok nya..mcm it is as easy just to say SORRY bertaubat..and Im done… *still marah atok tu lah*
    Curahan rasa Qashmere @ ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!