Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengikut “Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011” 29/10/2011 adalah penerbangan terakhir Jemaah Haji Malaysia dan ini bermakna hampir semua Jemaah Haji sudah berada di Mekah. Bersyukur kepada yang telah terpilih menjadi tetamu Allah SWT untuk musim haji 2011. Terpilih menjadi Tetamu Allah SWT bukan kerana banyak duit, bukan kerana sihat, bukan kerana muda, bukan kerana kita kenal orang Tabung Haji bukan kerana sebab-sebab dunia melainkan kerana kita dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu terhormatnya.
Tapi sayang sungguh kerana ramai Jemaah Haji yang tidak memaksimumkan peluang menjadi tetamu Allah dengan membawa ego, kekayaan dan kuasa bersama. Tidak kurang juga majoriti jemaah haji sibuk membeli belah dan mengirim balik berkotak-kotak hasil belian mereka melalui syarikat penghantaran. Tidak kurang ramai juga jemaah haji kurang ilmu untuk melaksanakan ibadah haji sehingga mengganggu kelancaran ibadah. Sayangkan dah datang jauh-jauh dengan kos yang tinggi tetapi ibadah haji tidak sempurna.
Niat mesti dijaga supaya tidak lari dari niat sebenar untuk menyempurnakan Rukun Islam ke lima mengerjakan haji dan umrah kerana Alllah SWT bukan kerana hal-hal dunia. Setiap saat di bumi haram di Mekah dan Madinah setiap jemaah haji tidak akan lepas dari ujian Allah Swt. Bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur. Antara Tips untuk dapat Haji Mabrur adalah banyakkan memberi makan/minum jemaah lain, banyakkan memberi salam dan banyakkan khidmat membantu jemaah lain yang memerlukan. Senang tulis tapi mujahadah nak buat.
Untuk Rakyat Malaysia seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, petang 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah ditetapkan tarikh lihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha. Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Sebanyak 30 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati dan Pulau Angsa, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, dan Sabak Bernam di Selangor.
Lokasi lain ialah Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Balai Cerap Al-Biruni, Putatan di Sabah.
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan; Menara Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis.
TERKINI : “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya. – BERNAMA
87 Comments
oh.. esok petang la tgk anak bulan.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Iphone 4S vs Canon 5DM2 – Full HD Video
🙂
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur..
mudah-mudahan insyaallah
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
Moga umat islam dapat mengerjakan rukun islam yg kelima ini dengan sempurna…insyaallah
semoga mereka dapat mengerjakan rukun ISLAM yang ke-lima ini dgn sempurna..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Gambar Bogel Penyanyi Tersebar Di Internet
semoga jemaah haji dari Malaysia selamat semuanya dan mendapat haji makrur..nak raya dah kita…:)
Curahan rasa derus @ ..Vidic Bersara Di Pentas Antarabangsa
Amin. Mudah-mudahan tiada apa bencana yang berlaku
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Umat Islam Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 6 November
kejap ja, raya pula…
Curahan rasa neo @ ..Perlukah Anda Menulis Blog Berniche?
Dah nak raya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
berapa hrie je lgie..hehe xsbr laa weyh
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
jangan lupa ibadah qurban.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Hiasan Merak Deepavali 2011
Last order equrban.com pada 3/11/2011 joom jangan tunggu lagi. Klik je banner Korban kat sidebar tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Plugin Waktu Solat WordPress dan Blogspot dilepaskan
memang ada niat untuk qurban
Curahan rasa Mus @ ..Memori Tahanan Perang Di Quailey’s Hill, Ranau
Puasa sunat Arafah jgn lupa
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Wajah Mayat Gadaffi Bekas Pemimpin Libya
Semoga ramai yang mendapat haji mabrur n di lindungi allah
Curahan rasa shah blogger @ ..Cara Buat Backlink Berkualiti Hubpages
Amin. Insyaallah 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Umat Islam Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha 6 November
kira2 28 ribu rakyat Malaysia tunaikan haji tahun ni…moga semuanya selamat insyallah…
Curahan rasa azura @ ..Syarat meminang Puteri Gunung Ledang
semoga tidak jadi perkara yang tidak diingini..
Curahan rasa Mus @ ..Memori Tahanan Perang Di Quailey’s Hill, Ranau
Insyaallah hendaknya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Wajah Mayat Gadaffi Bekas Pemimpin Libya
waw semoga slmat tibe….:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
moga diberikan kesihatan, rezeki dan peluang utk ke Makkah insyaAllah…
Amin….bgus2..
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
saya lahir dalam bulan Zulhijjah 🙂
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
Semoga saja untuk penentuan 1o Dzulhijjah di Indonesia tidak ada perbedaan lagi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Mentalist Trailer | DEDDY CORBUZIER Vs LIMBAD
Aku berdoa semuga tahun ini Haji Akhbar.
AMIN
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
moga2 tidak lagi 🙂
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
Selalu ke lain
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Wajah Mayat Gadaffi Bekas Pemimpin Libya
mcm selalu je..
aah mmg selalu
Curahan rasa eyra @ ..#21 Wordless Wednesday – #octtwtfest world record!
yup….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
aah
Curahan rasa arena84 @ ..Laptop Jabatan Taman Laut Adalah Paling Mahal di Malaysia (Best ke?)
info yg mnarik..tahnzzz 🙂
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
Comments are closed.