Tamadun awal Kedah Tua di Sungai Batu

Di Indonesia ada Borobudur

Di Kemboja ada Angkor Wat

Di Mesir ada Piramid

Di China ada Tembok Besar

Kesemua ini menjadi simbol sejarah yang dilawati oleh pelancong seluruh dunia. Saya sendiri sudah menjejaki Angkor Wat, Piramid Giza dan Tembok Besar China.

Video sejarah penipuan penjajah di Kedah Tua dan Penang

Di Rome mereka jaga tapak tamadun sejak sebelum masihi yang dijaga dengan baik. Berjuta pengunjung datang setiap tahun untuk menyaksikan termasuklah saya pada tahun 2012.

Nak masuk ke tempat-tempat ini bukan murah bayarannya namum berjuta-juta pelancung dari seluruh dunia datang setiap tahun.

Video asal usul Orang Melayu Menurut Kajian DNA dan Islam

Dan banyak lagi ikon sejarah di negara seperti Mexico, Chile, India, Thailand dan sebagainya yang ada tapak tamadun dahulu yang di jaga dengan baik.

Di Malaysia kita bangga ada Tamadun Kedah Tua di Sungai Batu yang sudah ada sejak 788 tahun sebelum masihi tetapi tiada siapa yang menghargai kewujudannya selain para pengkaji.

Pemerintah termasuk juga penduduk tempatan lansung tak menghargai apatah lagi kalau nak diharap orang politik.

Video yang sangat Menakjubkan Benua Sunda tempat asal Bangsa Melayu adalah Benua Atlantis

Butanya kita dengan sejarah dan potensi ekonomi yang boleh dihasilkan.

Penemuan tapak ekskavasi Sungai Batu yang berkeluasan 4km persegi di Sungai Batu, Kedah membuktikan kewujudan sebuah tamadun prasejarahan bangsa melayu kuno seawal 788 Sebelum Masihi yang terkenal sebagai pusat peleburan bijih besi dan merupakan sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara dan juga meletakkan tamadun awal Sungai Batu lebih tua dari pengasasan Rom kuno.

Bukan semua negara di dunia ini mempunyai tamadun peninggalan beribu tahun dahulu. Tanah Melayu memang istimewa bumi yang terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!