Menakjubkan Benua Sunda tempat asal Bangsa Melayu adalah Benua Atlantis yang hilang

Salah satu kajian asal usul Melayu yang menarik perhatian saya ialah Sejarah Tamadun Alam Melayu, Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda yang ditulis oleh Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan Teh dan Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

Antara bab yang menarik perhatian ialah kajian tentang Atlantis.

Antara yang terawal membicarakan tentang Atlantis ialah Plato (427-347 SM) yang merupakan murid kepada Socrates, dalam bukunya Timaeus And Critias.

Pada tahun 1999 kisah tentang Atlantis mula dicetuskan kembali oleh Prof Stephen Oppenheimer di dalam bukunya ‘Eden in The East’.

Sebelum munculnya kajian Oppenheimer, pada 1888 Helena Petrovna Blavatsky telah memuatkan kisah pasal Atlantis ini dalam bukunya The Secret Doctrine.

Cerita Plato Tentang Atlantis

Dikatakan Plato mendapat cerita Atlantis ini daripada datuknya Dropides. Dropides pula mendengar cerita Atlantis ini daripada Solon (638-558 SM).

Manakala Solon pula dapat berita ini daripada sejarah Mesir kuno. Manakala orang-orang Mesir pula mendakwa ia adalah cerita orang generasi terdahulu mereka yang pernah berniaga dengan orang Sunda.

Dalam sejarah awal kemunculan Falsafah Yunani oleh Seven Sages, memang banyak teori-teori mereka yang diambil daripada Tamadun Mesir Kuno, termasuk dalam riwayat hidup Thales Of Miletus.

Atlantis

Solon dan Thales kedua-duanya merupakan Seven Sages. Kita juga tahu bahawa Mesir dan sekitar Afrika merupakan antara tempat terawal tamadun manusia. Cuma antara yang dibincangkan ialah lokasi sebenar Atlantis.

Plato beranggapan bahawa Atlantis berada di Lautan Atlantik mengadap ‘Pillars of Heracles’. Padat dengan jutaan penduduk, tamadun yang tinggi, elit dan celik huruf.

Manakala Oppenheimer lebih jelas mengatakan bahawa Atlantis itu di Benua Sunda yang telah tenggelam di sekitar kawasan Nusantara. Dari sinilah membiaknya tamadun ke tempat tempat lain.

Daripada teori Plato ini, Pierre Vidal-Naquet pada 2001 mengatakan bahawa lokasi Atlantis terletak antara Rock Gibraltar dan Gunung Djabel Musa. Namun teori ini ditolak oleh Prof Aryso Santos (2005).

Atlantis dari sudut pandang Stephen Oppenheimer

Antara yang mengatakan Atlantis itu di Sunda ialah Oppenheimer dan Santos berdasarkan kajian yang panjang dan penemuan penemuan bukti arkeologi.

Oppenheimer mengatakan bahawa Atlantis itu merupakan pengasas Tamadun Manusia terawal membenihkan tamadun asing hingga ke China, Mesopotamia dan Greece.

Antara kajian yang dikemukakan bagaimana kisah ini boleh ‘diriwayatkan’ oleh orang-orang Mesir dalam banyak generasi kerana orang-orang Sunda bertebaran ke seluruh dunia untuk berniaga, termasuk Mesir.

Barang-barang dari Sunda banyak dipakai di Mesir akan diceritakan selepas ini insya Allah. Yang jelasnya, ialah dahulunya wujud perdagangan peringkat global.

Santos pula menyatakan bahawa Atlantis di Benua Sunda, hujahan empirik, lengkap dan mendalam tentang gunung berapi yang meletus secara domino mengakitbatkan gempa dan tsunami raksasa.

Banjir yang terjadi pada zaman Nabi Nuh, Tsunami Lautan Hindi yang melanda Acheh pada 2004, Taufan Katrina pada 2005, dan Tsunami Tokoshima Jepun pada 2011 turut dijadikan kajian.

Iaitu fenomena-fenomena seperti ini dianggap sebagai bencana yang pernah menimpa Sunda satu ketika dahulu, dan akhirnya menenggelamkan Antlantis (atau separuh Sunda).

Para pengkaji menganggap bahawa selain daripada banjir dan tsunami, Sunda dilenyapkan disebabkan letusan gunung berapi yang sememangnya banyak di sekitar Nusantara hari ini.

Gunung-gunung berapi yang meletus ini menyebabkan pemanasan global, seterusnya menamatkan zaman ais. Ini juga antara faktor mengapa paras air naik, dan menenggelamkan Atlantis.

Sejarah Sunda hakikatnya menzahirkan kepada kita bahawa di sana masih banyak rahsia-rahsia Allah SWT yang kita tidak ketahui. Umur manusia yang pendek tak mungkin boleh tahu dengan jelas sejarah yang panjang.

Tetapi manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan mengkaji, bukannya untuk menentang Allah SWT, sebaliknya merasa kerdil dengan kekuasaannya yang membangunkan tamadun atau meruntuhkannya.

وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ مِن قَبْلِكُمْ لَمَّا ظَلَمُوا ۙ وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ وَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. (Surah Yunus 13)

Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video berkenaan asal usul Melayu @ bit.ly/denaihatiTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!