Assalamualaikum, nilai matawang Ringgit Malaysia terkini sudah mencecah nilai RM4.069 untuk setiap $1 semasa artikel ini di tulis. Menyusutan nilai Ringgit sebenarnya kerana pengukuhan nilai US Dollar yang terlampau sehingga kerajaan China mengambil keputusan menurunkan nilai Yuan berbanding USD. China cuba menjadi negara yang lebih berdaya saing kepada negara rakan niaga yang lain berbanding Amerika yang semakin mahal.
Beberapa hari lepas ketika Kembara Tokyo aku berbual dengan kawan yang tanya adakah kita kena cari income kedua kerana masalah 1MDB dan USD2.6billion. Aku kata bukan saja masalah-masalah tersebut atau sebab pemilihan bakal President US tetapi askar Dajjal sedang mencorak ekonomi dunia kepada ketidak tentuan yg dahsyat. Mereka mengawal bukan sahaja nilai Dollar malah harga minyak mentah dan harga emas. Lihat sahaja ketika China nak lawan dengan menilai semula matawang Yuan mereka letupkan kawan industri Tianji yg boleh menyebabkan nama baik China terjejas dan merosakan ekonomi negara tersebut.
Semua ini akan sebabkan inflasi dan ketidak tentuan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Kalau China tak mampu lawan askar-askar Dajjal adakah Malaysia mampu? Jadi untuk rakyat Malaysia yg suka hidup lebih dari kemampuan dan suka salahkan orang apabila diri sendiri ada masalah. Bagus sangat kita cari income kedua.
Peluang kat Malaysia ada macam-macam sedangkan pekerja Bangladesh dan pendatang Kemboja dan Aceh boleh jadi jutawan di Malaysia apatah lagi kita. Cuma masalah kita impian ada tetapi nak buat tu yg macam-macam alasan diberi. Alasan pada diri sendiri utk sedapkan hati sendiri yg akhirnya menyusahkan keluarga sendiri. Kita takut bertindak walaupun dunia semakin susah. Ada orang lain kisah kalau kita susah?
Cerita memang boleh tapi tindakan terpulang pada diri sendiri. Ok bye kawan nanti kita ngopi lagi kat Tokyo, ni nak layan kekawan Jemaah Bisnis Denaihati. Mereka semua antara rakan-rakan yang berani bertindak.
172 Comments
Berdebar-debar sangat dengan keadaan ekonomi sekarang.. sangat tak menentu.. 🙁
Curahan rasa efie muhamad @ ..Merawat Anak Demam Selsema Secara Remedi di Rumah
Di zaman yang sulit ini kita perlu mandiri dan bertindak mengingat tingkat ekonomi yang semakin sulit.
Curahan rasa Ade Satrio @ ..Chart Tangga Lagu Jepang Terbaru
ekonomi sekarang berada pada tahap yang membimbangkan…semua rakyat Malaysia kena mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi…
Curahan rasa berita semasa online @ ..MOSTI Cadang Wujud Bandar Angkasa Dalam Tempoh 5 Tahun
Kecelaruan politik d malaysia faktor kemerosotan nilai wang ..kini ringgit menjadi sasaran..mereka yg x bertanggungjawab.
Curahan rasa Marzuki @ ..Peraduan Teka Silang Kata "Menang Dan Pandu" 2015
Hari ini heboh pula di media sosial, matawang Malaysia sudah POA.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Bibik + Perlunya Kita Ada Pendapatan Kedua
Wajib kena tambah pendapatan gini ❤ detiksihat ❤
Curahan rasa Cik Puan Ida @ ..Projek Penyusuan Extravaganza – Cara Banyakkan Susu Badan Dan Petua
saatnya ini mandiri secara ekonomi dengan tidak bergantung pada perusahaan lain.
Benar, dengar kata kakitangan kerajaan juga bakal berdepan dengan pemotongan elaun jika keadaan ini berlarutan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Lechitin : Teman Diet Yang Banyak Khasiatnya
kalau byk alasan..apapun tak jadi..
walauapapun…sentiasalah berdoa semoga Allah kurniakan kita ketenangan berbanding kesenangan..dapat 2-2 alhamdulillah
Curahan rasa hafizmd @ ..Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah dengan Bank
tinggalkan alasan yang ada, cari jalan penyelesaian dengan segera tanpa bertangguh.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sukatan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
makin bertambah laa kos untuk renew domain, fb ads dll…so, wajib kena tambah pendapatan 😉
Curahan rasa Amir @ ..Untuk Muslimin & Muslimah yang teringin nak buat duit tanpa modal, tapi tak tahu macam mana nak mula
ada jalan untuk buat duit dalam USD, jadi gunakan peluang bisnes di internet dengan sebaik baiknya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan
nak berblog pom kalau internet mahal nanti termasuk data phone lagi la sakit haha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Misteri Logo Malaysia Airlines Dalam Mission Impossible dan Transformers Dengan MH370 dan MH17
masa untuk cari pakej internet yang lebih rendah, apa pun kalau sudah ada income dari blog pastikan ia boleh cover kos blogging kita 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan
Ekonomi sekarang memaksa keadaan kita untuk bertindak lebih berani dan tanpa jemu
Betul tu, pilihan sentiasa ada di tangan kita. Jadi kitalah yang menentukannya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Lechitin : Teman Diet Yang Banyak Khasiatnya
asalkan ada matlamat, tindakan kita takkan sesekali berasa jemu, yang penting kita ada pelan tindakan untuk berjaya.
Kena cari peluang lain dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Kena bertindak dari sekarang 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..CARA PSIKOLOGI MENDIDIK ANAK MENGIKUT ISLAM
ya, ada desas desus menyatakan china tak mahu terima wang malaysia lagi, cuma tak tahu betul atau tak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sukatan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
ada jugak dapat mesej tu..entah betul entah tidak..
china sekarang terpaksa bersederhana dalam urusan ekonomi…us dollar mengukuh pasti ada kesan ke atas matawang lain…ermmm
Curahan rasa hafizmd @ ..Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah dengan Bank
ekonomi dunia pada waktunya akan collaps hanya ekonomi syariah yang akan bertahan jauh dari riba dan segala macam hal subhat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Hadirilah Kajian ilmiah/ Ta’lim Rutin Manhaj Salaf kota Pinrang
mari kita sama sama tegakkan sistem islam, bila sistem islam tertegak, jihad ekonomi pun bakal rancak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Lulus Peperiksaan Separa Perubatan
Baru terima wasap. Katanya bank di China mula tidak mahu menerima tukaran duit Malaysia. Tak psti benar @ tidak..
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Bibik + Perlunya Kita Ada Pendapatan Kedua
Comments are closed.