Dengan ketegangan yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel, ramai yang menyatakan bantahan terhadap Israel, dan tidak kurang juga daripada Malaysia.
Selain pihak kerajaan, beberapa kumpulan pengodam dilihat telah melancarkan serangan terhadap web-web Israel dalam menyatakan bantahan.
Menerusi artikel yang dimuatnaik amanz.my, kumpulan Dragon Force Malaysia difahamkan telah menggodam lebih 120 laman web Israel dibawah #OpsBedil, dan meninggalkan mesej bantahan pada laman-laman yang digodam, dan nyatakan sokongan terhadap Palestin.
Melalui perkongsian kumpulan penggodam berkenaan, ratusan web dilihat telah digodam, selain turut berkongsi akses kepada pangkalan data pengguna Facebook.
Dragon Force Malaysia mengeluarkan kenyataan 4 Juta data peribadi Rakyat Israel di Facebook dibocorkan melibatkan nama, no telefon, alamat dan Link ID Facebook#OPSBEDIL
— Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@Marchfoward) May 14, 2021
walau bagaimanapun pihak DragonForce memaklumkan status mereka telah diturunkan oleh pihak Facebook.
Sebelum ini, beberapa tahun lepas, pelbagai kumpulan penggodam tempatan turut pernah melakukan perkara sama dalam menyatakan bantahan kepada Israel melakukan serangan terhadap Palestin.
Selain penggodam di Malaysia, penggodam Indonesia juga dilihat melakukan perkara sama dalam nyatakan bantahan.
Berikut antara senarai laman web yang digodam oleh kumpulan hacker Malaysia, klik sini.
Kredit: amanz.my
5 Comments
Alhamdulillah… A langkah bagusnya kalau hackers godam dan musnahkan semua website pornografi jugakk… Amal maaruf nahi munkar
syukur alhamdulillah. hackers dari malaysia antara yg top 10 dalam dunia. Dan kali ni malaysia dan indonesi bergabung dan dapat mengetepikan perbezaan ideologi. terbaik.
Curahan rasa MOHD RAFHAN @ ..Iklan Raya Halo Telco 2021 – Jaringan Prihatin
serangan dibalas serangan, namun pertahanan dalaman perlu diperkuatkan juga, agar tiada pihak yang ditimpa tangga. Semoga misi berjaya
Comments are closed.