Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca berita Lavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.
Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.
Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.
Daripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.

Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza Maz, Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.
Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.
No related posts.
595 Comments
Kami pihak travel agency di Jepun juga nyaris ditipu oleh Lavender Mummy awal tahun ini (2015). Dia menggunakan taktik yang sama, tapi kali ni menggunakan nama Ustaz Syed Mohd Norhisyam pula (Kembara Sakura Bersama Ustaz katanya). Sewaktu berurusan dengan dia, banyak sangat info yang meragukan. Bila disiasat, barulah tahu yang dia menipu dan cuba gunakan kami untuk realisasikan penipuan dia.
Alhamdulillah tak terpedaya. Moga kita semua terpelihara dari tipu-daya begini.
https://www.facebook.com/bellepy.theaphrodite?fref=ts
Tengok pun tahu, yang ini pun dia juga. Masih aktif ber online rupanya.
Oooo… takutnya ada kes mcm ni…harap tak ada dah macm ni nanti
Curahan rasa Cik Ash @ ..Pengomen Popular April 2015 Blog Cik Ash
salam bro
membaca nukilan sumber kes penupian di blog bro ini…dunia sekarang…aduhai
Curahan rasa TiranaAduka @ ..G.S.T membebankan
kesian kat penipu yg merompak duit tu.mudah mudahan dia tersedar dan menyesal dengan apa yg dia dah buat.susahkan orang lain dan bagus la tertangkap.
kita yg tak terkena ni boleh bersimpati saja.apa apa pun perkara ni jadikan pengajaran buat kita semua….
sayapun ingat masa itu ia beri alasan kena rompak ketika keluar dari kantor jadi tak datang di SBB
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kebahagiaan Seorang Hamba
Adoyai…. dah tengok dah gambar suspek… sungguh tak sangka…. sebab tu kita semua kena sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan
Curahan rasa aLiXaL @ ..Piala Asia 2015 – Jepun Jagoan Bolasepak Asia Moden
Dasat betul minah ni. Hakikatnya tiada jalan Pintas untuk kaya. Sekian. Kita hidup berlandaskan agama. Bila hidup tiada pegangan agama…ssemua bende main bedal je…tetiba teremo pulak.^_^
berbuatlah sesuka hati dan lakukan kezaliman suatu saat nanti kamu dihalau kembali kepada Nya
sebab itu ada kata perpatah..sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua…jangan kita ligat sangat nak buat kerja jahat..nanti akhir akan kantoi juga..masa tu nasi dah jadi bubur..nak menyesala dah tak guna
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Semoga ia segera bertaubat sebelum Azab Allah jatuh kepada Dirinya
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
segala macam cara dihalalkan untuk mencari dunia apa mereka tak sadar dunia ini hanya sementara akhirat lah yang kan kekal
Ingatlah kepada tujuan kita yaitu akhirat dimana kita akan di hisab terhadap semua perrbuatan kita
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
mesti berhati-hati kita di masa yang akan datang bisa muncul lagi orang seperti ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
Comments are closed.