Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca berita Lavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.
Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.
Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.
Daripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.

Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza Maz, Isabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.
Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.
No related posts.
595 Comments
Nasib baik tupai sudah jatuh ke tanah kalau tak? pasti penipuannya sudah berleluasa..
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Jom Aktifkan Mykad
semoga diberi hidayah kepada wanita ini..mampukah hidup dalam penipuan selamanya? Nauzubillah..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Children Grow and Learn with ChiChi & ChaCha Star Search
bila dah selalu menipu, ianya menjadi satu habit..lagi lagi untuk dapat duit..moga insaf
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
masa contest iphone 5 dulu saya dah rasa ada sesuatu yang tak kena dengan cheezemaz ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
dulu katanya kena rompak ya jadi tak bisa datang di kontes iPhone 5 itu
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Tak apa la sekurang kurangnya penipuan dia dah terdedah. Tak ada la mangsa lain selepas ni
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
cuma mungkin ramai lagi yang tak tahu,,jadi kita kena sebarkan lah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
Gelaran ratu penipuan internet? Memang satu gelaran yang bukan senang nak diberikan pada sesiapa. hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat gelaran nama tu! 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga tiada lagi yang akan dapat title ratu penipuan internet, hindarkan lagi perbuatan penipuan siber ini selagi boleh!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
penipuan siber yang tidak membawa apa-apa keuntungan dan faedah jika kegiatan anda terbongkar!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
malah akan menerukan lagi keadaan jika kegiatan anda terbongkar dek kerana perbuatan menipu ini. anda akan dicari sampai ke lubang cacing sekali pun!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
undang-undang tetap undang-undang, jangan teruskan perbuatan menipu dalam dunia siber jika anda takut pada undang-undang!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
cuma undang undang yang sedia ada cara pelaksanaannya masih lagi rumit
Curahan rasa cikgu naman @ ..Baiki cermin kereta retak
pada mereka diluar sana yang ingin mengikuti satu-satu pelaburan, PG sarankan untuk korang semak dahulu nama yang terlibat dalam pelaburan tersebut.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semak dan jangan buat keputusan terburu-buru. semoga kita tidak menjadi mangsa penipuan siber.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
PG dengan kakak hampir pernah menjadi mangsa penipuan siber. tapi atas dasar, tidak ingin ditipu, membuatkan PG, semak nombor akaun dan nama pemilik. ternyata, memang tersenarai dalam kes penipuan! syukur alhamdulillah, tidak menjadi mangsa penipuan!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
siapa pun kita, kaya raya miskin atau apa sekalipun, jika ingin berurusan dengan dunia siber ini, siasatlah dahulu. jangan menjadi mangsa siber ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
perbuatan penipuan siber ini harus dibendung sekiranya kita ingin melihat anak bangsa kita terus maju!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
jangan pernah menjadi mangsa penipuan siber sebab PG yakin, kita tahu akan selok belok dunai siber ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
PG berharap agar kesalahan penipuan siber seperti ini akan dibendung terutamanya jika melibatkan pelaburan yang menggunakan ribuan ringgit!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul, perkara ini harus dibendung dari awal agar tidak menjalar dengan lebih meluas.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
penguatkuasaan it juga rasanya perlu bertindak bagi membendung masalah penipuan siber ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
orang rumah juga boleh membantu melaporkan jika ada kesalahan penipuan siber yang berlaku di kawasan berdekatan anda.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
perkara ini iaitu penipuan siber seharus tidak patut berlaku di dunia it.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
siapa yang pernah terlibat sama dalam kes penipuan siber ini juga boleh tampil memberikan laporan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sepandai-pandai tupai melompat yang akhirnya jatuh ke tanah juga, begitu juga dengan lavender mummy, dimana penipuan beliau menggunakan nama ustaz kazim untuk pelayaran star cruise bersama peminat berjaya dikesan dan ianya adalah satu penipuan yang memang tidak boleh dimaafkan sebenarnya!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sering menggunakan gambar profile yang agak seksi sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa bak kata denaihati. mungkin ini akan menarik mangsa jatuh ke arah penipuan beliau!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
untuk pengetahuan semua, kak maz bukan hanya hadir pada satu-satu nama sahaja, nampaknya kak maz hadir dalam pelbagai nama seperti lavender mummy atau nama sebenar beliau nurzusilawati nadzri juga dikenali sebagai cheezemaz, isabella azry, mahligai gading, issabella cute dan juga lavender adzry jr!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
khabarnya kali itu penipuan kak maz aka lavender berjaya di kesan dek kerana semua advetorial yang ada dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog lain. hebatnya kak maz. agaknya macam mana beliau buat macam tu ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu..ramai dah terkena..licik sungguh si penipu ni..harap dapat balasan
datang dengan nama baharu iaitu lavender mummy dan hadir dengan projek baharu beliau iaitu peluang advetorial dan pengurus email. hebatnya kak maz. PG pun boleh tertipu kalau PG tak tahu tentang ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
PG yakin, pasti kak akma omar juga terkejut apabila mengetahui artikel tentang ini!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
nampaknya, kak maz aka lavender mummy, yang menggunakan nama cheezemaz tidak bertahan lama menggunakan nama cheezemaz, beliau masuk lagi dalam blog denaihati dengan menggunakan nama baru iaitu lavender mummy!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
nampaknya bukan denaihati sahaja yang menulis tentang penipuan lavender mummy ni rupanya. ramai lagi blogger kot yang tulis tentang penipuan beliau.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
strategi memberikan pulangan pertama dan selepas itu lesap begitu sahaja, memang sangat hebat! ada juga mereka seperti ini!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak pernah sangka ia bisa maduk dalam komuniti denaihati ini dan tanpa diketahui identitasnya
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
Comments are closed.